Hari kedua di Johor Bahru... Pepagi lagi Khairuns-Khairuns sekalian dah pergi terjun swimming pool. Sementara aku kat bilik berkemas-kemas. Nanti nak keluar terus check-out.
Lepas swimming bebudak ni semua kelaparan. Haaa... tadi sebelum nak terjun pool tak ingat nak breakfast.
Semalam ada kawan yang suggest satu lagi tempat makan murtabak best. Katanya kat Kampung Kurnia. So, lepas check-out, kitorang terus ke sana.
Senang jer nak cari kedai murtabak kampung kurnia ni. Yang famous kat sini ialah murtabak cheese. Meleleh-leleh cheese dia!
Cheese dia memang banyak giler! Kalah pizza!
Serious sedap dan puas hati sangat! Insya Allah kalau ada rezeki kalau sampai JB lagi tentu kitorang akan ke sini lagi.
Destinasi seterusnya ialah ke Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos. Selalunya lalu jer. Kali ni kitorang berhenti bergambar jap. Unik tau stadium ni. Warna #jdt.
Hmmmm... bergambar kat luar jer lah sebab tak boleh masuk dalam.
Kat stadium ni jugak, belakang dia ada Markaz Bos. Wajiblah singgah.
Masa masih awal lagi, tapi dah tak tahu nak pusing ke mana. Enche Neezam ajak ke Angsana. Tapi rasa macam boring jer... shopping complex. Dekat dengan Nilai pun ada. Huhuhu...
So, tetiba, kitorang decided ke Forest City. Tak pernah pergi pun. Pernah dengar jer.
Forest City ni ambik masa lebih kurang 30 minit dari pusat bandar JB.
Apa yang ada kat sini? Actually, Forest City ni kawasan pembangunan baru yang diorang nak bangunkan. Untuk maklumat lanjut, bolehlah klik kat sini. Malas nak citer panjang-panjang.
Ramai sangat orang kat sini hari ni terutamanya warga cina mainland, cina yang berasal dari China. Semua nak beli rumah atau aset kat Forest City ni. Tak suka Seram pulak aku tengok. Katanya, petang ni Dato' Lee Chong Wei nak datang ke sini. Sebab tu ramai giler kat sini hari ni.
Kat sini ada pantai jugak. So, kitorang jalan-jalan kat pantai jer lah.
Kat area pantai banyak statue pelbagai jenis. So, kitorang ligat tangkap gambar jer lah.
Overall, tak best sangatlah Forest City ni. Tak der yang menarik sangat pun.
Lepas tu, kitorang terus bertolak balik ke Segamat. Tapi sebelum tu, kitorang singgah kat Ayer Hitam. Enche Neezam teringin nak makan putu bambu Juriah kat sana. Sedap katanya...
Alang-alang dah sampai sini, kitorang berjalanlah kat pasar Ayer Hitam. Tak banyak berubah dari dulu. Banyak barang-barang rumah, barang-barang tembikar, kerepek-kerepek dan jajan.
Dan cuaca... punyalah panas... Berpoloh ketiak den!
Alhamdulillah... kitorang selamat sampai kat rumah mak ayah enche Neezam sebelum isya'. Penat giler jalan dua hari ni. Tapi seronoklah... Dapat spent time dengan dengan suami dan anak-anak.
No comments :
Post a Comment