♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, February 15, 2016

Hampir setahun... hati serabut!

Hampir setahun peristiwa hitam tu berlaku.

Sejak kejadian, aku jarang sangat tidur lena di waktu malam. Sangat jarang! Satu malam dua tiga kali terjaga. Kalau terjaga sebelum jam 4 pagi, hati aku akan berdebar-debar yang teramat sangat. Aku akan jenguk ke luar tingkap, takut-takut kalau... nauzubillah...

Selepas kejadian tu, aku selalu mimpi yang menakutkan, mimpi orang masuk rumah, mimpi orang hayun parang, mimpi yang sama berulang-ulang, mengigau, terjerit-jerit bila terjaga tengah malam, mengigil, menangis... Macam orang giler. Kesian enche Neezam. Dia pun terkejut bila aku jadi macam tu.

Tapi alhamdulillah... lepas beberapa bulan, sedikit-sedikit mengingau, menjerit dan menangis tu dah tak der.

Kadang-kadang bila terjaga tengah malam, aku akan beralih tidur kat lantai bilik tidur. Pandang ke arah bawah pintu bilik. Tengok kalau ada bayang-bayang orang kat luar bilik dari bawah pintu tu.

Kalau enche Neezam tak der kat rumah, tidur dengan anak-anak, kunci bilik dan tarik meja solek atau kerusi berat ke pintu. Niesreena dan Naufal tidur atas katil dan aku akan tidur kat depan pintu.

Mata tak boleh lelap. Asyik melihat cahaya di bawah pintu. Jantung berdebar-debar kencang, badan mengigil... takut terlihat kelibat atau bayang-bayang orang. Telinga pun sangat alert.

Bukan kat rumah ajer. Even pergi bercuti, kat hotel atau balik rumah mak abah atau rumah mertua pun tetap akan terjaga tengah malam. Tapi perasaan takut dan debarannya kurang sikit.

Dua tiga kali terbangun setiap malam menyebabkan aku sakit kepala hampir setiap pagi.

Hampir setahun.

Sejak akhir-akhir ni, lagi teruk perasaan takut aku.

Trauma yang amat sangat.

Takut peristiwa yang sama berlaku lagi.

Peristiwa tahun lepas berlaku betul-betul selepas cuti CNY.

22 Febuari 2015.

Ya Allah... Hilangkanlah perasaan trauma ini...

Ramai orang tanya... kenapa masih duduk kat rumah tu?

Sebab amanah dan tanggungjawab.

Insya Allah... dalam beberapa bulan lagi ni, enche Neezam akan tamatkan dan lepaskan tanggungjawab itu secara baik. Sebagaimana enche Neezam diberikan tanggungjawab dan kepercayaan itu secara baik maka enche Neezam akan tunggu tamatnya tanggungjawab itu dan lepaskan secara baik juga.

Inysa Allah... lepas tu kitorang akan balik ke rumah kitorang sendiri. Aku pun dah tak sabar nak balik.

Lagipun sekarang ni rumah ni dah dilengkapi alarm dan pegawai keselamatan pun sentiasa datang check. Even kat atas bukit, laluan perompak-perompak bangsat tu pun ada pegawai keselamatan yang bertugas setiap malam.

Terima kasih sangat.

Tapi aku tak tahu kenapa perasaan ni masih tak boleh nak stabil seperti sediakala.

Lebih-lagi bila dengar ada rumah kakitangan kat kawasan perumahan kakitangan uni yang kena rompak jugak bulan lepas. Sama... Modus operandi yang sama... Jumlah perompak yang sama... Alatan yang sama... Waktu kejadian yang sama...

Nauzubillah...

Tak tahu lah bila polis akan dapat tangkap bangsat-bangsat tu. Sampai hari ni aku ingat muka si celaka tu.

Malam tadi... takut aku lebih teruk... aku tidur lepas pukul 4.30 pagi; sejam jer tidur. Mata tak boleh lelap. Malah tak boleh nak buat apa-apa. Cuma baring dan pandang ke bawah pintu sambil baca ayat-ayat yang boleh aku ingat. Jantung berdegup kencang sepanjang malam, telinga super alert dan dalam otak ni terfikir macam-macam kemungkinan yang teruk dan buruk.

Sebab kejadian yang lepas berlaku selepas cuti panjang raya CNY, pagi hari Isnin, hari pertama budak-budak naik sekolah lepas cuti panjang.

Allahu Akbar.
Hanya pada Allah aku memohon perlindungan.

Aku tak tahu apa nak jadi dengan aku ni.

Sampai bila...

May be it is time for me to seek doctor's advice...

Hati serebut!

2 comments :

Unknown said...

Hopefully akan sembuh nanti k...sian dia...

NabilaHasyim said...

sy dulu pun trauma juga, xleh dgr apa2 bunyi atas bumbung rumah, (sbb pencuri masuk melalui bumbung dan turun melalui laluan siling) jd klu dgr je, mmg terasa diri terancam..huhu..

semoga awak terus tabah.
semoga Allah melindungi kita semua dr orang2 yg berniat jahat. Amin.

back to top