♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, February 26, 2016

Dokumen-dokumen untuk MP Sepang

Fokus bulan March dan beberapa bulan akan datang ni, Insya Allah pada projek renovation rumah.

Ingat tak last time aku ada post mengenai 'Kontraktor Pilihan Hati'? Well, kitorang tak dapat gunakan dia atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.

Tapi tak per... Mungkin tak der rezeki. Perancangan Allah lebih baik. Kitorang dapat kontraktor lain. Harga dia pun lebih kurang jer daripada quotation kontraktor yang lepas. Cuma hasil kerja dia tak tau lah macam mana... tawakal jer lah yer... Harap-harap ok lah...

Last week aku watsapp kontraktor tu, Vin nama dia, tanya bila boleh start. Walaupun dah tahu, last time dia kata pertengahan bulan tiga baru dia boleh start sebab ada 2 projek lain on the list. Dia memang jenis siapkan projek satu-satu. Sajer jer sebenarnya aku watsapp dia. Just nak keep in touch. Takut dia lupa kat rumah aku. Hehehhehe...

Nasib baik Vin reply, dia kata dia dah contact dengan arkitek yang deal dengan MP Sepang dan dia akan suruh arkitek tu contact aku dengan segera.

Alhamdulillah... malam tu arkitek tu, Mr Tang, watsapp dan listkan semua dokumen yang diperlukan.

So, dokumen-dokumen yang diperlukan untuk submit pada MP Sepang ialah:-

(1) Salinan lengkap S & P
(2) Cukai taksiran 2016
(3) Cukai tanah 2016
(4) Salinan IC tuan rumah

Mr Tang juga mintak detail apa renovation yang kitorang nak buat. Dia kata actually contractor dah explain kat dia, tapi just nak double confirm. So, aku bagilah plan aku macam kat bawah ni.

~Tingkat bawah~

Haaaa... macam kontraktor sangat tak? Huhuhu...

So, basicly kitorang just nak tambah 2 bilik tidur lagi, satu kat tingkat bawah dan satu kat tingkat atas dan extend dapur, supaya jadi dapur basah. Actually, rumah kitorang ni dah sedia ada dapur basah, cuma aku rasa dapur basah tu besar sangat. So, aku dan enche Neezam setuju untuk jadikan ia sebagai bilik. Insya Allah bilik study.

Then kitorang extend dapur kat ruang belakang untuk dapur basah. Kitorang cadang nak tarik sampai tembok belakang, tapi Mr Tang kata memang takkan dapat approval dari MPSP. Kalau ikut MPSP, Mesti ada at least 7 kaki kat belakang! Banyak tu! Baik tak payah extend!

So... Mr Tang kata... *** secret ***

Saper nak tahu, boleh pm tepi.

y(^-^)y

~Tingkat atas~

Kat tingkat atas, cuma ada 2 bilik yang sangat-sangat luas. Hall tak der. So, memula ingat nak buat hall, tapi bila pikir balik... tak payahlah... sebab rumah yang kitorang tengah duduk sekarang ni ada hall kat atas pun jarang sangat guna. So, terus jer gunakan ruang tu untuk bilik tidur - bakal bilik tidur Naufal. Insya Allah...

Dan untuk pembayaran pulak total ialah RM3,000. Pembayaran ni termasuk RM500 deposit untuk tong roro, processing fee untuk MPSP, architectural drawing dan structural drawing untuk diserahkan kepada MPSP.

Pembayaran ni bukanlah dibuat sekali gus tapi pada mengikut pecahan-pecahan berikut:-

(1) Upon confirmation, RM500.00 - maksudnya bila kita dah setuju nak upah arkitek tersebut
(2) Upon completion of all drawings RM2,000.00
(3) Upon submission obtaining permit RM500.00

Bila kita dah submit pelan rumah untuk renovation kat MPSP, kita akan terus dapat permit untuk renovation dan terus boleh mulakan kerja-kerja renovation.

Pagi tadi aku dah email semua dokumen-dokumen yang dikehendaki dan enche Neezam dah buat 1st payment. Biasalah... tang bayar kena bagi kat Mr Banker. Huhuhu...

So, ini second step untuk memulakan kerja renovation rumah. First step hari tu, ialah mencari kontraktor - harga berpatutan dan kualiti kerja terbaik. Insya Allah... setiap progress aku akan kongsikan kat sini untuk jadi panduan kitorang akan datang. Atau mungkin panduan untuk korang-korang yang merancang untuk renovate rumah gak.

Hmmmm... nombor contact kontraktor dan architect aku kongsikan kemudian, hanya jika aku puas hati dengan kerja diorang ok.

y(^-^)y

Doakan semuanya berjalan lancar yer.

2 comments :

NabilaHasyim said...

Wah bagus ni..
Teruskn sharing..
Nk follow utk rujukan..
Semoga dimudahkan urusan..

Juliet Le Sweetheart said...

Terima kasih, Nabila... Insya Allah... :)

back to top