السلام عليكم
Hari ni hari ke empat berpuasa. Dan di hujung minggu ni, aku dan keluarga balik ke Segamat untuk berpuasa bersama-sama dengan famili mertua. Meriah betul bila semua balik dan berbuka bersama. Seronok!
Alhamdulillah... Niesreena dan Naufal pun masih belum tinggal puasa lagi. Semakin hari, diorang nampak semakin kuat dan bersemangat. Tak lembik macam hari pertama hari tu.
Actually hari ni aku nak post something yang agak emotional bagi aku. Lepas aku post pasal Naufal 1st puasa ari tu, tetiba aku dapat pm bawah ni kat fb aku.
Seriously... aku agak sentap jugaklah bila tengok msg ni lebih-lebih lagi sebab yang hantar tu pun aku tak lah kenal sangat cuma aku tahu dia tu student husband. Oh ya... lengkap dengan msg...
"Budak 6 tahun tak perlu dipaksa berpuasa. Kesian tengok sampai lembik."
Kalau koranglah, ibu-ibu... sentap ke idok?
So, aku pikir balik... lepas aku post pasal Naufal puasa kali pertama hari tu, mesti ramai yang fikir aku ni emak yang kejam, hati kering, paksa anak puasa sampai lembik! Budak tu baru 6 tahun!!!
اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ الْعَظِیْمَ
Husnuzon... rasa macam tak mampu. Aku tahu budak tu berniat baik. Selalu pun aku selalu perasan yang dia selalu berdakwah dan post kat fb tu yang baik-baik jer. Tapi I don't think you need to be so sarcastic!
Apa yang buat aku sentap sangat?!
Ko rasa????
Sebab ayat dikongsikan tu seolah-olah aku dan suami tak mendidik dan memaksa anak-anak aku solat! Tapi melebihkan puasa!
Besar betul tuduhan tu!
Yup, aku kongsi kat blog dan fb, Naufal belajar puasa. Tapi perlu ke aku kongsi jugak tiap kali aku paksa Naufal dan Niesreena solat? Perlu ke aku kongsi bila mana diorang kena bantai sebab tak solat atau silap kelakuan solatnya? Perlu ke aku kongsi setiap kali diorang mengaji dengan ayah dia? Perlu ke aku kongsi setiap kali kami solat berjemaah?
Ibubapa zaman sekarang ni dari anak baru berusia 4 tahun dah hantar pergi pra-sekolah. Tak cukup dengan tu, hantar lagi gi tuisyen, hantar gi kelas tambahan, kelas piano, art class, kumon bagai.... Zaman aku dulu, umur 7 tahun baru first time jejak kaki ke tadika. Tadika KEMAS ok. Ada kekawan lain yang tak gi tadika pun, terus masuk darjah 1 masa usia 8 tahun. Masa darjah satu, kitorang masih belajar kenal 1, 2, 3 dan ABC. Masih mengeja A. a.. Y.A.M yam... Ayam!
Budak zaman sekarang? Masuk darjah 1 dah wajib pandai membaca tau! Kalau tak... memang ketinggalanlah. Apapun, Niesreena dulu tetap mula ke tadika masa usia 7 tahun. Alhamdulillah... sebelum masuk darjah 1 dah pandai membaca.
So, salahkah ibubapa nak mengajar anak diorang berpuasa pada usia yang lebih muda? Ada ke hadis yang mengatakan budak sebelum 7 tahun tak boleh berpuasa? Sorry to ask this... but I really want to know!
And some more, aku tak PAKSA Naufal berpuasa. Aku dan suami MENGAJAR anak-anak kitorang berpuasa. ME! NGA! JAR!
Aku start ajar Naufal berpuasa tahun ni sebab aku tahu dia dah mampu. Padahal last year, ada kawan sebaya dia, 5 tahun, yang dah mula berpuasa sebulan penuh! Naufal, 1 hari pun tak puasa. Aku pun tak pernah kejut Naufal bangun sahur sebab aku rasa masih tak perlu lagi.
Tahun ni Naufal 6 tahun, aku tahu Naufal dah mampu untuk berpuasa. Dan Naufal sendiri pun kata dia nak belajar berpuasa. Sebab tu kitorang cuba ajar dia berpuasa tahun ni.
Niesreena pun mula berpuasa masa usia dia 7 tahun. Masa usia dia 6 tahun, dia cuba puasa tapi dia selalu tak dapat berpuasa penuh. Aku tahu dia tak tahan dan kitorang pun tak paksa. Alhamdulillah, start belajar puasa pada usia 7 tahun, Niesreena terus berpuasa penuh. Begitu jugak tahun lepas, Niesreena puasa penuh.
Insya Allah, tahun ni Niesreena berazam untuk berpuasa penuh lagi. Aku doakan Niesreena dapat capai azam dia.
Alhamdulillah... setakat ni pun Niesreena dan Naufal masih berpuasa penuh. Semakin hari diorang semakin bersemangat dan tak lembik macam hari pertama. Aku dan suami pun selalu bagitau Niesreena dan Naufal, kenapa kita kena puasa. Puasa bukan untuk suka-suka ajer! Bukan untuk dapat duit raya ajer!
Alhamdulillah... dah beberapa hari ni kitorang selalu solat tarawih sama-sama. Walaupun solat sunat jer, kitorang tetap ajak Niesreena dan Naufal solat sama-sama. Lengkap sampai witir.
Ha! Ambik! Aku memang emo. Semua nak cerita! Bukan sebab nak menunjuk ke nak riak ke apa. Tapi biar orang lain tak sibuk nak pikir aku ni ajar anak-anak puasa je lebih, solat ke tak?!
Bab Solat... Sejujurnya memang susah nak jaga solat anak-anak. Setiap kali nak kena tanya, "Dah solat ke belum?", "Tadi kat sekolah solat tak?" Kadang-kadang tu belum masuk isya' diorang dah tidur.
Tapi percayalah... aku dan suami sentiasa mendoakan anak-anak kitorang menjadi hambanya yang soleh dan solehah. Semoga berjaya di dunia dan di akhirat dan menjadi ahli syurga kelak. Kitorang sering mendoakan diorang dikurniakan kesihatan yang baik agar dapat sentiasa beribadat kepadaNya.
Aku percaya, setiap ibu bapa nak kan yang terbaik untuk anak-anak. Bukan memudaratkan anugerah Allah anak-anak syurga ni. So, terpulanglah kepada ibu bapa macam mana cara yang terbaik untuk anak-anak diorang.
Ada ibu bapa yang nak anak-anak dia masa usia 2 tahun mesti dah pandai berenang, 3 tahun dah pandai membaca, 4 tahun dah hafaz Quran. Semuanya mesti advance! Terpulang... Setiap ibu bapa ada cara didikan diorang memasing... Ikut kemampuan masing-masing.
So, orang luar tu, selagi ibubapa tu tak memudaratkan anak dia, so korang tak payahlah nak sibuk-sibuk masuk campur, sacas bagai...
Anyway, thanks to YOU for your concern. Tapi kadang-kadang tu kalau nak berdakwah tu kenalah pada tempatnya. Tak perlulah nak tunjukkan awak tu bagus sangat. Dan tak perlulah tunjukkan orang lain ni bodoh sangat. Awak tu kahwin pun belum lagi. Esok-esok awak cari isteri yang soleh dan semoga awak dikurniakan ramai anak yang comel dan sihat. Nanti awak ajarlah anak awak puasa pada usia 10 tahun yer... Good luck!
No comments :
Post a Comment