♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Thursday, December 31, 2015

My review... Dilwale 2015

Semalam dating dengan enche Neezam.

Gi tengok

Diwale

Aku memang minat giler dengan pasangan Shah Rukh Khan dan Kajol. Last time masa citer 'My Name is Khan' pun aku gi layan kat panggung wayang. Siap bawak Niesreena masa tu umur 3 tahun! Tu lah first time Niesreena tengok wayang. Memang Niesreena terkejut giler tengok TV besar! Hahahha...

Ok balik pada citer Dilwale.

Masa tahu ada citer baru SRK dan Kajol aku memang excited sikit lah. Tapi macam tak cadang nak tengok kat wayang. Mungkin nak tunggu kat Astro First ke kan. Tapi bila tengok video music Gerua, jadi macam tak sabar. Memang kena tengok kat wayang!

Seriously! Memang best giler!

Berbaloi-baloi gi tengok.

Tajuk citer Dilwale tapi tak der kena mengena atau kesinambungan langsung daripada cerita Dilwale Dulhania Le Jayenge lakonan diorang dulu.

Genre Dilwale kali ni ialah romantik komedi dan aksi. Cerita ni mengenai permusuhan 2 kumpulan mafia then anak masing-masing bercinta plak, si Kaali (SRK) dan Meera (Kajol) ni lah tapi of courselah ditentang keluarga. Bunyi macam clishe, kan? Tapi cerita Dilwale ni tak sama macam cerita hidustan yang lain. Expect the unexpected!

Percintaan SRK dan Kajol dalam filem memang sangat-sangat menyentuh perasaan; ekspresi diorang memang nampak sangat diorang mencintai antara satu sama lain. Tak boleh bayangkan kat luar filem, diorang tak der perasaan cinta!

Walaupun kisah cinta ni melibatkan kumpulan mafia, ada tembak-tembak, lawan-lawan bagai, tapi aksi sumer menarik dan sebenarnya walau citer pasal mafia tapi lebih banyak lawak. Dalam tengah serius sedih kecewa pun ada selit lawak jugak. Johny Lever yang memang terkenal sebagai pak lawak dalam banyak cerita bollywood pun ada dalam filem ni dan dia memang lawak!

Tapi bahagian yang paling aku gelak tak boleh cover bila Shakti dan Anwar buat cerita pasal kisah cinta Ramlal dan Pogo pada adik Kaali iaitu Veer dan bila Veer dah tahu 'cerita lampau' abang dia, then Veer dan Sidhu nampak 'Ramlal' tengah nak mesin baju! Hahahhaha... kelakar giler. Kalau korang tak tengok lagi memang korang tak paham apa aku merepek ni. So, gi lah tengok!!!!

SRK nampak segak dengan jambang dan Kajol! OMG! Seriously cantik giler!

Lagu-lagu dalam Dilwale sumer best! Yang paling aku suka Gerua! Lagu best! Scene cantik. Kajol cun!

Seriously, kalau korang peminat cerita hidustan, aku memang 100% recommend citer ni. Gi lah tengok! This is the best Bollywood movie ever created!

Enche Neezam... jom second round!

Tuesday, December 29, 2015

Rezeki yang tak dijangka

Kadang-kadang dapat rezeki yang tak dijangka ni bila dapat memang sangat menyeronokkan.

Contohnya macam jumpa duit dalam poket. Walaupun itu poket kita sendiri, tetiba tengok ada RM10 ada dalam poket memang rasa seronoknya. Rasa bersyukur sangat, kan?

Alhamdulillah, pagi ni dapat rezeki yang tak dijangka dan buat aku senyum lebar.

Syukur alhamdulillah. Rezeki anak-anak.

Jom bekerja lebih kuat lagi!

Sunday, December 27, 2015

Kalendar Kuda 2016

Yey! Akhirnya dapat jugak kalendar kuda 2016.

Setelah berbelanja di situ.

Aku... setiap kali akhir tahun memang cari kalendar kuda berbanding kalendar lain yang lebih cantik dan lebih menarik designnya. Sebab kalendar kuda ni lebih jelas dan senang nak baca. Dan paling best sekali semua cuti dalam Malaysia dia ada tulis dan cuti sekolah kotak mesti warna kuning. Jelas!

Sekarang ni masih menanti kalendar kuda atas meja macam tahun lepas punyer. Saper nak bagi?! Angkat tangan!

Untuk dapatkan secara online, boleh download dari babab.net. Thank you, babab.net!

Atau dari page *juliet le sweetheart.

Friday, December 25, 2015

Kontraktor pilihan hati

السلام عليكم

Seronoknya cuti! Cuti panjang plak tu!

Semalam berkesempatan berjumpa dengan kontraktor, Jacky, untuk urusan renovate rumah kat rumah pertama kitorang. Rindunya kat rumah tu. Tak sabar nak balik... Sebab tu lah nak reno cepat-cepat, so bolehlah balik cepat ke rumah tu balik.

Walaupun rumah kitorang sendiri tak sebesar rumah yang kitorang duduk sekarang ni. Tapi perasaan duduk kat rumah sendiri jauh lebih seronok dan tenang!

Apa yang kitorang nak buat kat rumah tu dah dinyatakan kat Jacky dan insya Allah harap-harap dia dapat tolong merealisasikan.

Insya Allah... kitorang berhajat untuk tambah 2 buah bilik tidur, sebuah dapur basah dan stor sahaja buat masa ni.

Sebelum ni kontraktor yang sama jugak renovate rumah adik dan lepas tu rumah emak. Emak dan adik memang puas hati sangat dengan hasil kerja Jacky yang sangat kemas, halus dan bersih. Kalau emak rasa puas hati maksudnya memang betullah puas hati tu sebab my emak is cerewet! Huhuhu...

Excitednya! Tak sabar rasanya nak balik semula ke rumah sendiri. Jacky kata kerja-kerja renovation mungkin mengambil masa lebih kurang 6 minggu. Insya Allah. Dapatlah beraya kat rumah sendiri tahun depan. Yey!

Semoga segala urusan dipermudahkanNya.

Amin!

Thursday, December 24, 2015

Salam Maulidur Rasul 1437H

Salam Maulidur Rasul dan selamat bercuti!

Wednesday, December 23, 2015

Wordless Wednesday | Started soon... Insya Allah...

Tuesday, December 22, 2015

Persediaan balik ke sekolah

Alhamdulillah... Persediaan Niesreena dan Naufal untuk kembali ke sekolah hampir 100% siap.

Awal bulan hari tu aku dah beli buku-buku sekolah Niesreena dan Naufal kat sekolah. Dah siap tulis nama dan balut! Edeeeehhhh... Rasa susah nak tengak dah pinggang ni. Banyak betul buku kena balut.

Buku-buku teks pun dah siap dibaiki tang mana yang dah hampir nak koyak.

Almari buku sekolah pun dah dikemaskini. Buku-buku sekolah yang lama dah diasingkan satu tempat. Buku-buku baru dan yang masih boleh digunakan lagi semua dah masuk rak buku.

Satu tingkat Niesreena dan satu tingkat Naufal.

Buku-buku Naufal tahun 1 masih tak dapat lagi ni. Lepas ni lagi penuhlah almari. Nak balut lagi.... Adehhhh... Harap-harap dapat yang dah siap balut! Amin!!!

Tingkat mama pun ada jugak!

Bahagian enche Neezam, jangan tanya yer. Satu rak kat sebelah, semua tingkat enche Neezam punyer. Huhuhu...

Hujung minggu yang lepas kitorang gi beli pakaian sekolah pulak. All in one day! Lega rasa. Settle dah!

Kitorang tiap-tiap tahun kalau nak beli baju sekolah mesti balik Segamat. Sebab kat Segamat ada satu kedai ni; Pasaraya Ku. Kat sana semua barangan keperluan sekolah memang dijual dengan harga yang murah! Murah giler!

Baju kemeja sekolah Naufal, kain cotton harganya baru RM8.90 sehelai, seluar biru RM19.50 sehelai dan sepasang baju Melayu putih RM19.50.

Baju sekolah kanak-kanak perempuan sekolah rendah dan menengah pun ada dijual kat sini. Baju sekolah Niesreena tiap-tiap tahun memang beli kat sini. Walaupun harganya murah, kualitinya bagus. Memang puas hati dan aku memang rekomen pada kengkawan semua.

Tahun ni jer baju Niesreena kena beli kat tempat lain sebab kat Pasaraya Ku tak der jual baju warna kuning. So, puaslah cari kat kedai-kedai sekitar Segamat.

Alhamdulillah, dapat gak cari. Harga baju kurung kuning RM20 sehelai, kain coklat RM20 sehelai, kemeja lengan panjang RM15 sehelai dan tudung lycra kuning RM8 sehelai. Murah ke mahal? Tapi hari tu aku compare dengan Canggih memang jauh berbezalah harga. Kemeja kuning jer RM30++ sehelai. Double the price! Mungkin kualiti Canggih jauh lebih canggih.

Siap semua baju-baju! Kitorang memang beli set untuk 5 hari terus sebab baju sekolah aku basuh pada hujung minggu sahaja! Huhuhu...

Kasut sekolah, beli kat Bata ada promotion 2 pasang RM59.00.

Kasut Niesreena kat kedai kasut biasa, RM27.90 sepasang.

Beg sekolah jer tak dapat lagi. Kalau pakai beg tahun lepas, aci tak? Huhu...

Alhamdulillah, urusan transit, transport dan mengaji untuk Niesreena dan Naufal pun dah settle. Dapat rate pun murah jer. Syukur ya Allah... Terima kasih kerana memudahkan segala urusan. Bersyukur sangat!

Biasalah bulan Disember, perbelanjaan banyak habis dan tertumpu pada barang keperluan anak-anak ke sekolah. Kalau boleh nak berikan yang terbaik untuk diorang. Semoga Niesreena dan Naufal dapat tengok pengorbanan ayah dan mama dan menjadi anak dan pelajar yang cemerlang dunia dan akhirat. Amin...

Monday, December 21, 2015

Dah 10 ribu!

السلام عليكم

Selamat hari Isnin semua!

الحَمْد لله

Facebook page *Juliet le Sweetheart dah mencecah 10,000 likes!

Terima kasih kepada semua yang sudi 'like' page aku. Actually, terkejut jugak. Kenapa tetiba naik mendadak pulak, tapi mungkin kita semua mempunyai minat yang sama... kot... huhuhu...

Apapun... Alhamdulillah... Semoga page ni dapat memberikan manfaat dan berguna kepada kita semua. Seperti yang aku pernah bagitahu dulu, actually, semua perkongsian kat page tu aku simpan untuk rujukan aku sendiri. Tapi sebab USB drive aku hampir penuh, so aku kongsikan kat page. So, bolehlah kongsi jugak dengan korang semua. Insya Allah, akan lebih banyak lagi perkongsian yang lebih bermanfaat akan aku kongsikan bersama.

Insya Allah jugak dalam masa terdekat ni, kitorang bercadang untuk renovate rumah. Target raya tahun depan dah masuk rumah baru. Insya Allah, kalau berkesempatan, aku akan update satu persatu.

Semoga segala urusan dipermudahkan Allah swt... amin...

Sekali lagi... terima kasih banyak kepada semua yang sudi 'Like' page aku yang tak seberapa tu. Ikhlas dari hati dan sanubari. Cewah! Hehehehehe...

Korang... mehlah singgah page *Juliet le Sweetheart. Kalau suka, bagi 'Like' satu yer...

y(^^)y

Sunday, December 20, 2015

Mama, Niesreena nak pet!

Niesreena memang suka nak membela binatang. Dari dulu request nak membela kucing atau arnab. Aku je tak kasi sebab aku memang tak pandai bela pet. Tapi aku pun suka kucing!

Lagipun Niesreena tak boleh main dengan sebarang kucing. Kadang-kadang lepas main dengan kucing, muka Niesreena akan bengkak, merah-merah dan gatal-gatal satu badan.

Tapi alhamdulillah dengan si Lexie ni, elok pulak tak der naik gatal-gatal ke hapa. Serasi kot...

Dah sebulan Niesreena duduk kat rumah mak tok dan ayah tok sepanjang cuti sekolah ni. Makin manja pulak Lexie dengan Niesreena. Dulu kalau Niesreena nak dokong mesti Lexie marah. Sekarang ni Lexie redhoooooo je lah.

Tuan Lexie sekarang kat Kazakhstan. Insya Allah Krismas ni baliklah dia. Mesti Lexie rindu giler. Huhuhuhu...

Oklah... sekian cerita pasal kucing. Huhuhu...

Dan Niesreena, sorry. Mama tak dapat nak benarkan Reena bela kucing buat masa ni. Main je lah dengan kucing maksu ni yer...

back to top