And...
We are moving...
Againnnnnnnn????!!!
Ya laaa... Lebih kurang setahun duduk kat sini, kitorang terpaksa berpindah lagi. Kali ni sebab berkhidmat untuk negara. Tapi alhamdulillah... ada jugak rumah untuk berteduhkan...
Hmmmm... Ni kali ke berapa pindah ek? Tak ingat dah... Huhuhu...
Tapi kali ni kitorang pindah tak bawak banyak barang sebab rumah fully furnished. Cuma tak der mesin basuh dan dapur jer. Ooooo... dan astro! Penting tu! So, kenalah bawa! Y(^-^)Y
Benda lain kitorang bawa sikit-sikit jer... kot... Tapi bila dah listing... rasa macam banyak jugak barang nak dibawa. Huhuhu...
Pindah kali ni tak jauh pun. Cuma jarak 8 kilo jer antara rumah sekarang dengan rumah baru. So, kalau ada barang yang tak dibawa pindah esok, boleh balik bila-bila jer untuk ambik. But yet... banyak jugak kerja yang perlu dibuat dan aku... tak mula apa pun lagi! Haaaiiiisssshhhh...
So, hari ni nak kongsi tips berpindah rumah. Post kat sini sebagai rujukan aku sendiri pada masa akan datang -- Of course akan pindah lagi! -- Dan semoga dapat menjadi panduan bagi korang-korang yang nak pindah masuk ke rumah baru! Excited kan? Super!
Tips Pindah Rumah
☑ Pastikan korang buat tempahan lori atau movers dua ke empat minggu sebelum hari berpindah.
☑ Dapatkan maklumat yang lengkap seperti lori jenis apa, lori berapa tan, berapa orang pekerja, harga, kos-kos tambahan, insurans, polisi pembatalan, orang yang akan bertanggungjawab ketika proses pengangkutan barang, dan lain-lain. Jangan lupa tawar menawar harga atau tanya kalau ada diskaun. Mana tau bernasib baik... dapatlah harga lebih murah.
☑ Pastikan segala alamat surat telah ditukar ke alamat baru 2 minggu sebelum berpindah. Untuk pindahkan Astro, boleh call customer service 3 hari sebelum berpindah. Untuk Astro Beyond seperti yang kitorang guna, buka dan pasang semula free of charge!
☑ Jika korang ada anak-anak, pastikan ada orang yang menjaga anak-anak korang semasa korang sibuk berpindah. Penting tau!
☑ Barang-barang yang tidak akan digunakan lagi sehingga korang berpindah, bolehlah dipek terlebih dahulu.
☑ Sediakan satu beg berisi pakaian dan keperluan korang untuk satu dua malam semasa berpindah. Sebab mungkin korang tak kan sempat atau terlalu penat unpack.
☑ Barang-barang yang akan korang gunakan terlebih dahulu setelah berpindah ke rumah baru perlulah dipek berasingan dan dimasukkan paling akhir ke dalam lori.
☑ Pastikan barangan dimasukkan ke dalam kotak dan diasingkan mengikut bilik.
☑ Labelkan kotak-kotak tersebut dengan jelas.
☑ Untuk baju yang tergantung di dalam almari baju, boleh gunakan kotak dengan penyangkut atau wardrobe boxes. Tak perlukan keluarkan penyangkut atau hanger satu persatu. Nanti bila di rumah baru, boleh terus gantung!
☑ Tapi kalau nak lebih jimat boleh balut atau wrap macam kat bawah ni. Senang!
☑ Untuk baju berlipat, masukkan ke dalam beg pakaian.
☑ Masukkan buku-buku ke dalam kotak yang kecil. Ini kerana buku-buku walaupun sedikit tapi sebenarnya agak berat!
☑ Ingat tau, makin berat sesuatu barang, maka makin kecil/minimum saiz kotak yang diperlukan.
☑ Jangan guna kotak-kotak lama sebab kiter tak tahu sekuat mana kotak tu sebenarnya.
☑ Jangan gunakan peta pelekat jenis duct tape. Sentiasa gunakan pita pelekat khas untuk packing.
☑ Pastikan setiap kotak ditutup dengan pita pelekat.
☑ Untuk barangan elektrik, pastikan korang baca manual barangan tersebut jikalau ada arahan khusus untuk bawa barang tu berpindah.
☑ Jika barangan elektrik tersebut masih ada kotak asal adalah lebih baik. Jika tiada, balutkan dengan bubble wrap.
☑ Balut barangan elektrik yang besar-besar bagi mengelakkan calar atau pintu terbuka semasa proses mengangkut.
☑ Pastikan peti ais telah dimatikan sehari sebelum hari berpindah. Kosongkan peti ais dan lekatkan dengan salotep semua bahagian yang mudah bergerak di dalam peti ais. Contohnya; tempat telur dan pembahagi dalam peti ais.
☑ Sebelum korang tanggal wayar-wayar peralatan elektrik yang rumit-rumit tu, pastikan korang tangkap gambar wayar-wayar tu terlebih dahulu. Takut terlupa pulak nanti macam mana nak pasang nanti kan?
☑ Pastikan gas memasak ditutup dengan betul dan tidak bocor semasa dibawa berpindah.
☑ Pinggan mangkuk merupakan bahagian paling rumit. Tips untuk membungkus barangan kaca, boleh klik gambar kat bawah.
☑ Dokumen-dokumen penting seperti surat beranak, kad kesihatan, buku bank, passport dan lain-lain, perlu disimpan dan dibawa berasingan dengan barang-barang lain. Lebih baik dibawa atau diletakkan di dalam kereta korang sendiri terlebih dahulu. So, nanti tak lah tercari-cari dalam kotak-kotak yang banyak tu kan...
☑ Pastikan korang mempunyai duit yang mencukupi semasa berpindah.
☑ Jangan lupa untuk sediakan bekalan makanan dan minuman pada hari korang berpindah. Bukan sahaja untuk diri sendiri tapi juga untuk mereka yang membantu korang!
☑ Jika ada barang-barang korang yang masih elok dan boleh digunakan tapi korang rasa macam tak nak bawa berpindah sekali, bolehlah dermakan kepada tempat-tempat yang sepatutnya.
☑ Sebelum meninggalkan rumah lama, sila pastikan rumah tersebut dalam keadaan baik seperti mana korang mula-mula masuk dahulu. Bersihkan dan baiki bahagian yang rosak.
☑ Ucapkan selamat tinggal pada jiran-jiran beberapa hari sebelum berpindah. Kot ada pinggan mangkuk jiran yang masih ada di rumah, jangan lupa pulangkan! Huhu...
☑ Last but not least, don't stress!
Huhuhu...
So, selamat berpindahlah pada semua yang nak berpindah yer....
And Julie! Chaiyok! Cepat pack-up!
*** tapi dalam hati sebuk nak tonton 'My Love From The Star' yang dah direkod! Canner niiiiiii???
Semangat! Semangat!!!!
5 comments :
Kalau nak on peti ais bpe lama kne tggu eak??
Peti ais boleh on sejurus selepas peti ais tu dah diletakkan betul-betul kat tempat mana awak nak. :)
terima kasih atas tipsnya sangat bermanfaat sekali..
Salam sis...klau pindah jauh ..boleh tak peti ais tu off lama2?...contoh 3@4bln ke?...atau stengah thn ke?...rosak ke x klau kita off lama?...
Post a Comment