♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Tuesday, April 1, 2014

Tips dan Doa | Bila anak demam panas

Assalamualaikum wbt

First of all, thanks pada keluarga dan kawan-kawan yang bertanyakan keadaan Naufal dan mendoakan Naufal. Alhamdulillah, Naufal dah beransur baik hari ni. Subuh tadi Naufal masih demam. Tapi siang sampai ke malam ni dah tak demam dah. Harap-harap akan terus baik dan tak datang demam lagi dah. Amin...

Hari ni, aku masih bercuti untuk menjaga Naufal kat rumah. Insya Allah... kalau keadaan Naufal hari ni ok, esok, aku perlu jugak pergi kerja. Empat hari EL! Banyak kerja di pejabat yang terbengkalai...

Walaupun Naufal dah tak demam, Naufal masih perlu berehat kat rumah dan menghabiskan antibiotik yang hospital bagi ari tu. Kena makan on time! Empat kali sehari! Nasib baik Naufal jenis senang makan ubat. Nasib baik jugak ada mak tok yang tolong jaga Naufal kat rumah. Bolehlah tolong pantau dan berikan Naufal ubat on time! Tq mak tok!♥

Sepanjang menjaga Naufal kat hospital hari tu, aku ada berjumpa dengan ibu-ibu yang lain yang dok jaga anak masing-masing yang tak sihat. Tapi ramai-ramai budak kat situ, Naufal jer yang demam panas, budak-budak lain kebanyakkannya kena jangkitan paru-paru dan susah bernafas. Kesian...

So, masa kat hospital, Naufal masuk air, makan ubat dan cucuk antibiotik on time. Selain tu, aku sentiasa bawa Naufal pergi mandi, minum air banyak-banyak dan jugak tampal cool fever kat dahi dan badan Naufal. Aku biarkan Naufal berlenggeng tanpa baju dan sentiasa dab badan Naufal yang panas dengan air.

Inilah yang akan aku buat setiap kali Naufal atau Reena even ayah diorang kalau demam.

Tapi sebenarnya ada banyak remedi tentang penjagaan semasa demam ni kan? Setuju tak?

Ada orang kata kena kerap mandi, ada orang kata jangan mandi, ada orang kata dab pakai air sejuk, ada yang kata gunakan air panas, ada orang kata jangan pakai baju, ada orang kata kena selubung pakai stokin bagai, ada orang kata itu... ada orang kata ini...

Sampai pening... tak tau mana yang betul ntah!

Aku pun bukannya pandai sangat... So, kenalah rajin baca, bertanya dan buat kajian... Cewah...

Tapi biasanya, ini yang aku selalu buat... Kongsi dengan korang yer...

~ 1 ~

Mandi! Mesti kena mandi untuk turunkan panas badan. Basahkan badan perlahan-lahan dengan air sejuk dari kaki ke kepala.

~ 2 ~

Dab atau demah atau jelum atau basahkan badan. Ok... aku belajar sesuatu yang baru sepanjang jaga Naufal kat hospital kali ni. Sebelum-sebelum ni aku akan letakan kain basah atas kepala. Tapi... doktor dan nurse yang merawat Naufal kata jangan letak kain basah pada kepala atau badan sebab nanti haba panas tak lepas. Kain boleh digunakan untuk dab badan. Tapi jangan biarkan atas kepala!

Ada orang kata letak asam jawa kat air dab tu lebih baik. Mungkin boleh try jugak kan...

Cool fever tak elok dilekat di dahi?

Korang mesti tau kan apa tu cool fever? Atau kool fever? Atau bye-bye fever? Pernah guna?

Aku akan gunakan setiap kali Niesreena atau Naufal demam.

Ada ibu-ibu kat situ yang tegur aku agar aku tak tampal cool fever di dahi. Sebab? Haba yang terkumpul kat dahi tu akan terus berkumpul kat situ dan tak keluar. Demam lagi tak baik dan takut kat kepala pulak sakit.

Hmmmm... betul ker? Tapi bukan ker cool fever tu memang design untuk lekat kat dahi untuk menyerap panas ke? Hmmmm??? Aku ikut jugak lah cakap ibu tu - bukak balik cool fever tu dan tampal kat belakang badan Naufal. Mungkin betul.... kot?

But actually, it is okay to put cool fever at forehead. It is design like that. Aku dah check dengan doktor dan doktor kata ok je!

~ 3 ~

Rendahkan suhu bilik. Sentiasa buka kipas atau pendingin hawa biar keadaan di bilik sentiasa sejuk dan dingin.

~ 4 ~

Berpakaian nipis. Kalau berlengeng atau tak berbaju lagi baik. Bila sesekali terasa sejuk, tutup badan dengan selimut untuk seketika. Naufal sepanjang kat hospital pakai spentot jer. Bila dia mengadu sejuk, aku selimutkan kejap dan perlahan-lahan bukak selimut semula.

~ 5 ~

Banyakkan berehat. Apabila demam, badan akan berasa lemah. Tapi sebenarnya pada masa yang sama badan sedang menentang kesakitan dan perlukan banyak tenaga untuk sembuh. Kurangkan aktiviti yang kurang penting. Jadi, banyakkanlah berehat... Baring dan tidur adalah lebih baik buat masa ni...

~ 6 ~

Banyakkan minum air. Masa first day kat hospital hari tu Naufal dehydrated. Sebab tu kena masuk air. Selalunya aku akan sediakan air penyejuk badan cap kaki tiga tu dan 100 plus.

Enche Neezam jugak akan bacakan ayat-ayat sebagai penawar ke air. Sekarang ni pun ada banyak jual air-air penawar kat pasaraya yang boleh dibeli terus.

~ 7 ~

Amalkan doa. Walaupun ni point nombor 7... Tapi sebenarnya, inilah yang pertama sekali kita perlu lakukan. Banyakkanlah berdoa kepada Allah swt agar anak-anak atau sesiapa yang sakit tu cepat sembuh. Apa pun kita dengan usaha kita tapi Dia yang menentukan segalanya...

Sebenarnya ada banyak doa yang boleh diamalkan. Antaranya seperti di bawah ni. Doa-doa ni boleh dibacakan terus pada anak dan air samada air minum atau air dab badan.

Bacakan

1. Al-Fatihah (1x)

2. Ayat Kursi (1x)

3. Selawat Syifa’ (1x)

4. Doa Nabi Ibrahim a.s (1x)

Maksudnya : "Wahai api, jadilah engkau sejuk kepada Ibrahim dan peliharalah kesejahteraannya!" (Surah al-Anbiyaa’ : ayat 69)

atau;

5. Doa demam panas (1x)

Maksudnya : "Dengan nama Allah yang Maha Besar, aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung daripada kejahatan setiap urat yang menggelegak dan daripada kejahatan panas api neraka."

atau;

6. Doa penyejuk (1x)

Maksudnya : "Ya Allah! Kasihanilah kulitnya yang lembut, tulangnya yang halus dan uratnya yang sempit daripada terlalu panas. Wahai Ummi Mildam (nama asal sakit demam), jikalau engkau sesungguhnya beriman dengan Allah yang Maha Agung, maka janganlah kau sakit kepala, janganlah kau pahitkan mulut dan janganlah kau minum darah. Berpindahlah darinya kepada orang yang menyekutukan Allah dengan tuhan yang lain."

atau;

Kesemua 6 doa-doa di atas. والله أعلم

Sumber : sini

Hmmmm... panjang berjela post aku kali ni. Semoga post kali ni dapat memberikan manfaat kepada kiter-kiter yer. Mungkin lain orang, lain caranya... Apa pun caranya, tujuannya tetap sama...

Semua yang kita buat ni hanyalah ikhtiar. Semoga apa yang kita buat ni mendapat syafaat dan dimakbulkan Allah swt.

Amin...

No comments :

back to top