♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...
Amin... ♥
Wednesday, April 30, 2014
Monday, April 28, 2014
Sunday, April 27, 2014
Happy bornday my baby boy!
5 tahun dah!
Besar dah baby boy aku...
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt. Semoga Naufal membesar dengan lebih sihat dan menjadi anak yang soleh. Amin...
So, bersempena dengan harijadi Naufal hari ni, kitorang rancang nak bawak dia tempat dia boleh enjoy. Memula ingat nak gi theme park. Tapi takut hujan plak. So, kitorang decide bawak Naufal dan Reena main-main kat sini jer.
Ayah pun tumpang sekaki! Huhu...
Enche Neezam sempat buat kerja kat sini.
Plan asalnya, bawak Niesreena dan Naufal main kat sini. Then kitorang nak bawak makan kat Secret Recipe, beli kek 1 slice untuk Naufal. Tapi masa bersiap pagi tadi, Naufal request nak tiup lilin. So, aku rasa, Naufal nak celebrate birthday dia and happy happy!
Terus call adik, check kalau diorang available petang ni dan terus tukar plan. Lepas dah puas main-main kitorang balik KL. Sambut birthday Naufal dengan famili aku kat rumah mak abah.
Thanks sumer untuk sambutan hari jadi Naufal. Walaupun ringkas jer, tapi yang penting sumer berkumpul sama-sama. Thanks emak dan adik, susah-susah beli kek dan memasak bagai. Speghetti sedap! And thanks sumer untuk hadiah Naufal! Oh... dan hadiah Reena jugak... tak pasal dapat hadiah gak. Huhu... (^-^)y
Happy birthday, Naufal!
We all love you soooooo much!
Thursday, April 24, 2014
Throwback Thursday | Mushroom hair Naufal
Cute kan?!
Rindu nak tengok Naufal berambut macam ni lagi
He is turning 5 this coming Sunday!
Oh! How time flies so fast!
Tuesday, April 22, 2014
Takziah teacher
Semalam dapat perkhabaran sedih dari cikgu sekolah Naufal.
Teacher sekolah Naufal yang telah berbulan-bulan terlantar koma, akhirnya telah meninggal dunia pagi semalam. Terkejut dan sedih dengan berita ni. Masa teacher Minal dalam koma ari tu, kitorang sempat melawat beliau kat hospital.
Tadi aku bagitau berita ni kat Naufal, masa aku jemput dia kat sekolah. Naufal kata, "Naufal tahu dah. Tadi cikgu bagi tahu. Kesian teacher Minal. Teacher Minal ajar Naufal ABC". Niesreena pun sedih jugak bila dengar berita ni.
Takziah kepada keluarga teacher Minal. Semoga tabah menghadapi kesedihan ini. Jasa teacher Minal mengajar Niesreena dan Naufal di tadika Islam Miftahul Ulum selama beberapa tahun ini tidak akan dilupakan.
Monday, April 21, 2014
Ke Ganu kiter keje...
Who ever thought that I would sit here for this course!
#haei
Giler kan? Hahahhaha...
Alhamdulillah... Settle dah sumer. Memang tak sabar nak balik rumah!
Tadi firefly dari lapangan terbang Kerteh delayed for almost 40 minutes sebab masalah teknikal. Cuak plak aku dengar... Boleh guna perkataan lain tak? Perkataan 'masalah teknikal' sangat menakutkan hokey! Padahal atas sebab kelewatan ketibaan jer... Haaaiiiissssshhhh...
Sampai lapangan terbang Subang terpaksa ambil teksi pulak balik ke Nilai. Tunggu teksi jer pun dekat setengah jam! Nak nangis rasa.
Enche Neezam tak sanggup nak jemput sebab malas nak tempuh jem. Sabar jer lah... Tapi memang betullah... 8.00 malam memang tengah jem lagi area Subang... Lebih-lebih lagi bila hujan pun turun. Lagilah!
Alhamdulillah... Selamat sampai kat rumah pukul 10.30 malam tadi.
Sampai rumah, tengok Niesreena dan Naufal masih study. Biasanya pukul 10 malam dah dikerah masuk tidur. Tapi malam ni sebab nak tunggu mama balik katanya...
(^-^)
Ayah Khairuns pun tengah gigih buat persediaan diorang ke sekolah esok. Alhamdulillah... nampak gayanya, semuanya under control bila mama tak der. Hehehehe... Bolehlah outstation lagi kot? Huhuhu... Iyoooolah tu... Mama yang tak sanggup!
Actually, aku memang tak ingat, bilakah kali terakhir aku travel sorang-sorang jauh gini?! Hmmmmmm...
Never!!!
Sorang-sorang tau! Tak kenal sesaper pun! Haaaiiiissshhhhh...
Mungkin masa belajar kat UTM Johor Baru dulu pernah kot beberapa kali balik sorang-sorang KL-JB. Tapi tak kerap sebab mesti berteman. Ramai geng dan kroni asal KL. So mesti ada at least sorang teman.
Lepas belajar... mana pernah jalan jauh-jauh ghaib sorang-sorang. Mana-mana gi mesti ada boypren teman, husband teman, anak teman, mak teman, adik teman, kawan teman! \(^-^)/ Oh! I'm so lucky!
So, ni pengalaman baru bagi aku. Huhuhu... Mungkin korang-korang dah biasa outstation manjang. Tak kesah dah... Tapi aku... tak biasa... serius! Kepala otak asik ingat rumah dan kerusi empuk kat office jer... Huhuhu...
But I did it! Huhuhu... poyo!
Oh my katil dah memanggil-manggil! Mata pun dah bertongkat! Jumpa sumer dalam mimpi yer...
ZZZZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...
Friday, April 18, 2014
❤ Mak & Abah ❤
Salam pagi Jumaat kengkawan...
Cepatnya rasa minggu ni - macam semalam baru mula minggu baru, hari ni dah nak ke hujung minggu semula.
Tapi hari Ahad yang lepas baru jer jumpa emak dan abah, tapi rasa rindunya macam dah lamaaaaaaa sangat tak jumpa. Tak puas jumpa hari tu... :(
Untung adik-adik aku yang tinggal dekat-dekat dengan rumah emak dan abah. Hari-hari boleh jumpa, boleh peluk, boleh cium, boleh salam tangan emak abah... boleh tatap raut wajah mak abah yang semakin tua tu...
Aku selalu call emak... borak-borak... gelak-gelak... gurau-gurau... Aku selalu kacau emak... bila aku call emak, buat-buat macam cina lah... bangla lah... tapi emak tetap kenal... "Alaaaa... ni mesti Julie..." huhuhu... Kalau aku 2-3 hari tak call, emak selalu sms... bertanya khabar... lengkap love love sumer tau... my sweet emak...
Aku jarang call abah... kalau call abah pun, cakap tak sampai seminit, then abah mesti kata "nak cakap dengan emak?" Heheheh... Tapi sekarang abah dah pandai watsapp... Aktif gak kat group famili kitorang... Hehehe...
~ Sweet couple ❤ My emak & abah ~
Kalau balik KL, emak mesti masak lauk kegemaran aku. Kadang tu, aku cakap ngan emak, jangan masak, aku belanja makan luar... Nak bagi emak rehat. Cuti masak dan makan sedap-sedap kat luar. Tapi emak kata aku jarang balik. So, bila aku balik, emak nak masak sedap-sedap untuk aku sekeluarga.
Emak dan abah bukan jenis pemarah. Abah aku lembut orangnya, walaupun orang kata "abah ko polis mesti garang!" Teettt XXXXXX... Abah aku bukan macam tu! Seingat aku, dia tak pernah pun naik tangan kat kitorang adik beradik. Tapi... kalau abah marah... memang takutlah... Ayatnya, walaupun lembut, tapi berbisa... Sampai sekarang aku takut kena marah dengan abah... Huhuhu...
Kalau ada komplot dengan adik, mesti ada ayat "agak-agak abah marah tak?" Hehehe...
Emak... biasalah... dulu suka membebel... dah menurun kat aku... huhuhu... Tapi sekarang emak suka bagi nasihat... Hmmmmm... mungkin dulu, sebenarnya emak bagi nasihat... tapi aku yang anggap emak membebel. Hehehe... Bila dah besar panjang ni, barulah aku tahu, betapa berisi dan betulnya bebelan emak tu.
Aku sayang sangat kat emak dan abah. Aku nak berbakti pada diorang dengan apa yang termampu.
Emak dan abah aku tak suka menyusahkan anak-anak. Tapi anak-anak jer asyik menyusahkan diorang... huhuhu... betul tak adik? Joy?
Di hari Jumaat yang mulia ni, aku nak kongsi satu artikel yang aku jumpa tadi. Ini sebagai panduan untuk aku dan adik-adik aku serta semua kengkawan yang masih ada emak dan abah. Hargailah mak dan abah sebab diorang takkan ada galang gantinya...
❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤
Tanggungjawab Anak Terhadap Ibubapa
Ibubapa mempunyai kedudukan yang tinggi lagi mulia di sisi Allah swt. Merekalah yang menjadi sebab kelahiranya anak-anaknya. Mereka lah yang memelihara, mengasuh serta mendidik anak-anak itu dengan sempurna, termasuklah makan minum, pakaian, lindungan dari segi keselamatan serta kasih sayang. Segala pengorbanan kedua ibu bapa terutama ibunya tidak ternilai besarnya jika hendak dibalas. Jasa ibubapa adalah amat banyak.
Antara adab atau tanggungjawab seorang anak terhadap ibubapanya adalah seperti berikut:-
❤ Sentiasa taat dan patuh terhadap suruhan /ajaran ibubapa. Sesuai dengan perintah Allah swt supaya pertama-tamanya beribadat kepadaNya dan selepas itu taat kepada kedua ibubapa.
❤ Hendaklah bercakap dengan lemah lembut dan suara yang rendah ketika bertutur dengan ibubapa. Jangan sekali-kali membantah dan mengherdik mereka dengan apa jua perkataan kerana perbuatan itu ditegah Allah swt.
❤ Sentiasa hormat dan kasih sayang kepada kedua ibubapa.
❤ Jangan sekali-kali menderhaka kepada mereka, kerana derhaka kepada kedua ibubapa adalah suatu dosa besar. Anak yang tidak mendapat keredhaan ibubapanya tidak akan mendapat keredhaan Allah dan ibadatnya tidak diterima Allah swt.
❤ Sentiasalah mendoakan dan meminta keampunan untuk mereka, sama ada mereka masih hidup atau setelah mereka meninggal dunia dengan berdoa:-
❤ Hendaklah memanggil ibubapa dengan panggilan yang disenangi mereka.
❤ Gembirakanlah hati ibubapa dengan menolong kerja rumah disamping melayani mereka dengan penuh kasih sayang atau dengan memberikan apa juga bantuan mengikut keperluan yang dihadapi semasa menghadapi saki baki hidupnya.
❤ Ucapkan salam dan pohon kemaafan daripada ibu bapa ketika bertemu dan berpisah dengan mereka.
❤ Muliakan sahabat-sahabat ibubapa, hubungkan tali silaturrahim dengan keluarga dan sahabt-sahabat mereka.
❤ Apabila mereka sudah lanjut usia (tua) dan uzur, hendaklah dipenuhi segala keperluan mereka. Selalu menziarahi mereka kerana dengan ini boleh mengembirakan mereka dan sebagai melahirkan kesyukuran kepada Allah terhadap jasa bakti yang telah dinikmati.
❤ Apabila ibubapa meninggal dunia, anak hendaklah membanyakkan berdoa untuk keselamatan dan mendapatkan rahmat dari Allah swt. Banyakkan bersedekah dan membacakan ayat-suci Al-Quran untuk dihadiahkan pahalanya kepada mereka. Semua kebajikan yang dilakukan akan diterima berterusan pahalanya untuk mereka di sisi Allah swt. Inilah satu kaedah yang berterusaa yang menghubungkan antara anak dan ibubapa walaupun jasad mereka tidak ada lagi.
Semoga panduan ringkas adab atau tanggungjawab anak terhadap ibubapa ini dapat dihayati serta dikongsi bersama oleh kita semua dan anak-anak zuriat kita.