♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, November 10, 2013

Tips ¦ Tumbuk cili kering

Emak kata, kalau nak makan sambal tumis sedap, kena buat dari cili kering yang kiter giling atau tumbuk sendiri. Barulah makan sambal tumis dengan nasi panas boleh berpeluh-peluh kesedapan.

Tapi orang sekarang ni sumer nak cepat. Kadang tu malas. Mesin jer cili kering. Atau lebih mudah lagi, beli jer cili dah siap giling. Hehehe... Aku lah tu...

Betul tau sebenarnya sambal tumis dari cili kering yang giling atau yang ditumbuk memang jauh lebih sedap dari guna cili yang dimesin. Tapi nak menumbuk cili kering yang selalunya menjadi masalah sebab kena ambil masa untuk cili menjadi lumat.

So, hari ni aku nak bagi tips untuk memudahkan kerja menggiling atau menumbuk cili kering. Ada beberapa jenis cili kering yang dijual di pasaran dan aku suka beli cili kering jenis ni...

Mak panggil ni cili kering keteng. Dia lebih kerenyok. Kalau satu jenis lagi tu, dia tak menggerutu macam ni, dia licin jer.

Kalau nak senang tumbuk cili ni senang je. Panaskan cili kering ni sekejap kat microwave sebelum menumbuk. Aras panas medium high selama 1 minit sahaja.

Lepas keluar dari microwave dan menyejuk, cili kering akan jadi garing. Dan bila tumbuk, sekejap je hancur! Senang kerja!

Antara menu hari ni, sambal tumis kering dengan kentang, ikan pari bakar dengan kuah asam. Oh my favorites! Makan dengan nasi panas-panas. Tambah lagi dengan ikan sepat masin. Peerrgggghhhh!

Semua orang makan banyak tengahari ni. Beloved hubby makan bertambah, Niesreena pun sama... Alhamdulillah....

So korang... Apa menu hari ni?

posted from Bloggeroid

back to top