Allahu Akhbar! Alhamdulillah Ya Allah...
Akhirnya hari Jumaat sampai jua. Hari yang memang aku *dan msC* tunggu-tunggu minggu ni. Dari pagi hari Ahad aku sangat nervous untuk menghadapi minggu ni. MsC lagilah...
Hari Isnin, pergi kerja dengan jantung berdegup kencang dan seluruh badan terasa menggeletar! Sepanjang aku bekerja, inilah minggu yang paling nervous! Giler nervous!
Walau apa pun, kitorang kena hadapi minggu ni... kena hadap! Walau apa jua implikasi... kena hadap! Huhuhu...
Tiba di venue, aku terbayang muka-muka singa-singa yang bakal baham kitorang... Ya Allah...
Rabbi yassir wala tu' assir. Rabbi tammim bil khair. Rabbi zidni 'ilman war-zuqni fahman...
Selamatkanlah kitorang Ya Allah...
Lima hari yang sangat nervous dan sangat-sangat memenatkan Dugaan kecil dari Allah...
Tapi Alhamdulillah... singa-singa tu rupa-rupanya sangat jinak dan pengakhirannya sangat baik! Sangat-sangat baik! Macam tak percaya kitorang berjaya hadapinya... Rasa terharu dan nak nangis sangat bila kitorang berjaya! Dan diorang sangat menghargai usaha kitorang selama 5 hari ni... Berbaloi-baloi rasanya...
Syukur Alhamdulillah... Terima kasih Ya Allah... :')
Betul kan - kita yang merancang, Allah yang menentukan. Kitorang buat benda yang biasa kitorang buat selalu. Tak pernah ada masalah. Tapi minggu ni Allah nak duga. Tiba-tiba jalan yang lurus tu jadi berliku. Memang kitorang kelam-kabut - fizikal dan mental! Pada waktu-waktu macam ni, kiter akan dapat belajar banyak benda, banyak pengajaran untuk persediaan akan datang. Pada waktu-waktu macam ni jugak kiter dapat kenal siapa kawan dan siapa 'kawan'.
Terima kasih Ya Allah atas dugaan, jalan dan pertolongan yang telah Engkau berikan. Bersyukur dengan pengakhiran yang sangat baik.
Hujung minggu nak release dan relax. (^-^)
No comments :
Post a Comment