Nice!
This is our love story...
Love of Dr. Khairunneezam
Blessed with 3 adorable kids
Khairunniesreena & Khairunnaufal & Khairunneeyaz
♥
Sepang, Malaysia
♥
♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...
Amin... ♥
Pandai Niesreena berlakon kan? Comel!
(^-^)
Rindu sangat kat dak-dak kecik ni; Niesreena dan Naufal.
Rindu nak cium diorang!
Rindu nak peluk diorang!
Rindu nak marah diorang! Huhu...
My babies...
Waaaaaa.... tak boleh jadi ni!
Hujung minggu ni nak balik kampunglah! Rindu!!!!
Rindu kat enche Neezam jugak!
Cepatlah balik!
Waaaaaaaaaa... Rinduuuuuu...
Bukan main lagi emak dan abah - request aku buat Laksa Johor hari ni! Bulehhhh... no problem! Apa saja demi mak dan abah. Kata emak, Laksa Johor aku buat memang sedap. Hehehe... kembang kempis hidungku mendengarnya...
Tapi kan korang... memang Laksa Johor air tangan aku sedap... Ngeeeeeeee....
Nampak menyelerakan tak? Serius yummilicious!
Laksa Johor aku buat kali ni version tak der bahan gatal-gatal, sebab ada orang allergy. Udang sekor pun tak der masuk. Otak udang pun tak masuk. Cuma pakai ikan tongkol, ikan sardin dan ikan kurau masin jer. Nasib baik menjadi dengan enak sekali!
Jemput tengok!
~~(^-^)~~
Eh... Chop! Chop
Kalau nak resepi bolehlah klik kat sini yer... Dah berkurun dah resepi ni kat sini.
Selamat mencuba...
Ada jugak yang bertanya cara potong timun untuk Laksa Johor ni. Cara potong timun dia memang lain sikit. Nak jelaskan pun susah gak. Maybe in the next post aku cuba tunjukkan caranya yer...
Pagi-pagi lepas subuh, aku terus bertolak balik ke KL. 7.30 pagi dah terpacul depan rumah mak. Terkejut emak aku. Huhuhuh...
Plan hari ni nak jalan-jalan dengan mak. So, memandangkan Niesreena dan Naufal pun takder, enche Neezam pun tak der, kitorang plan gi meronda-ronda berdua-dua jer - aku dan emak jer! Abah tinggal kat rumah baik-baik yer... ~~(^-^)~~
Lepas sarapan, aku dan emak gi Ikea. Ada benda yang aku dah aim kat sana dan alhamdulillah masih ada stok lagi. Seronok ke Ikea tanpa anak-anak; barulah aman damai dan fokus sikit nak tengok dan belek barang-barang. Kalau bawak Niesreena dan Naufal, hmmmmm... asik nak risaukan diorang jer... nak tengok barang betul-betul pun tak boleh.
Lepas tu kitorang ke pasar Jalan TAR. Dah lama aku tak ke sini. Dulu, masa aku kecik-kecik, pasar Jalan TAR ni bukak malam Sabtu jer; start dari depan Sogo tu, hinggalah dekat ke dataran. Tapi sejak tahun 90-an rasanya, pasar ni dipindahkan kat Lorong TAR sebelah Pertama Komplexs atau Campbell hinggalah ke Jalan Masjid India. Memang panjang giler! Dari pagi dah bukak dan tak lah mengganggu laluan jalan raya.
Banyak sangat barang yang dijual kat sini; daripada aksesori wanita hinggalah ke makanan! Tudung jangan cakaplah... memang banyak giler. Lebih-lebih lagi tudung bertinkek-tingkek ni. Telekung bermacam warna dan corak dan murah-murah! Ada satu kedai ni, jual brooch murah-murah! Hmmm... apa lagi... boronglah...
Kalau orang luar datang KL, pasar Jalan TAR ni memang tempat wajib datang. Rugi kalau tak singgah!
Tapi yang aku jengkel dan kesalkan, ada banyak jugak peminta sedekah kat sini! Boleh kata sepanjang aku dan emak berjalan pergi dan berpatah balik, aku didekati lebih kurang 10 orang peminta sedekah! Tak kira usia, jantina dan bangsa! Memula bagilah jugak, tapi kalau dah ramai sangat, tak boleh lah kan... Nak tengok barang pun terganggu...
Masa aku berhenti tengok baju kat satu kedai ni, ada sorang budak perempuan lebih kurang 7-8 tahun. Dari rupa dia, rasanya berbangsa pakistan. Dia datang kat aku dan terus menghulurkan surah Yasin kecil pada aku. Dengan keadaan aku sedang memegang baju, aku tak sempat nak ambil Yasin yang dia hulurkan dan aku katakan pada budak tu "Tak per lah dik". Tapi dia tetap jugak hulurkan dan letakkan Yasin tu pada lengan aku dan Yasin tu terus jatuh ke tanah. Ye lah... walaupun lenganku lebar tapi tak stabil dik non oi!
Budak tu terus jerkah aku dan kata "Kenapa tak ambil?!" Aku terus kata pada dia "Kan saya dah kata tak nak. Kenapa you bagi jugak?". Sambil tunduk untuk mengambil Yasin yang jatuh tu, budak tu sempat memijak kaki kanan aku. Obviously dengan sengaja! Aku terkejut dan dengan spontan terus angkat kaki aku yang dipijak tu dan TERpijak pulak kaki dia. Ya... TERpijak... Memang aku tak sengaja. Budak tu terus menangis sambil mengusap kaki dia yang dipijak aku tu. Aku kesian pada dia, tapi dalam masa yang sama aku rasa sangat marah dengan tindakan dia yang biadap tu. Aku cakap pada budak tu, "Kurang ajar betul eh kau ni! Biadap betul!". Budak terus bangun dan kata "F**k You!". Then dia keluar dari kedai tu dengan kawan-kawan dia.
Ya Allah... Sabar jer lah... Tapi waktu tu aku tak marah... aku tergelak. Aku tak sangka budak perempuan elok bertudung, mengharapkan simpati dengan meminta sedekah, boleh keluarkan perkataan macam tu. Mengucap panjang aku...
Pekerja kat kedai tu nampak insiden yang berlaku dan dia kata budak-budak tu memang macam tu. Diorang akan dapatkan jugak duit. Pekedai pun selalu jadi mangsa. Dalam sehari sampai 7-8 kali datang mintak sedekah. Pandai demand plak tu. Seringgit tak nak!
Seorang dari pelanggan kat situ menyampuk perbualan kitorang. Kata dia, kekawan budak tadi tu ada mintak jugak kat dia. Kata peminta sedekah tu "derma kak seiklas hati". Tapi bila bagi seringgit, diorang tak nak. Mintak 5 hengget. Seikhlas hati apa namanya tu. Then aku cakap dengan pelanggan tu, "tu maksudnya, seikhlas hati dia, bukan seikhlas hati awak". Haaaiiiisssshhhh... sabar jer lah... Spoil mood betul!
Sepanjang perjalanan aku dan emak lepas tu, aku teringat kat budak tu. Mesti sakit kaki dia kena pijak dengan aku. Dia dah lah kecik halus jer dan aku pulak... ehemmmm... besar dan of courselah berat! Bayangkanlah... Mesti sakitkan... Kesian jugak. Sorrylah dik sebab tak sengaja... tulah... cari pasal lagi... kan dah kena!
Apa-apa pun... happy sangat hari ni sebab dapat jalan-jalan dengan emak. Other than the incident happened, emak memang nampak happy... Aku pun seronok jugak. I love you emak!
Allahu Akhbar! Alhamdulillah Ya Allah...
Akhirnya hari Jumaat sampai jua. Hari yang memang aku *dan msC* tunggu-tunggu minggu ni. Dari pagi hari Ahad aku sangat nervous untuk menghadapi minggu ni. MsC lagilah...
Hari Isnin, pergi kerja dengan jantung berdegup kencang dan seluruh badan terasa menggeletar! Sepanjang aku bekerja, inilah minggu yang paling nervous! Giler nervous!
Walau apa pun, kitorang kena hadapi minggu ni... kena hadap! Walau apa jua implikasi... kena hadap! Huhuhu...
Tiba di venue, aku terbayang muka-muka singa-singa yang bakal baham kitorang... Ya Allah...
Rabbi yassir wala tu' assir. Rabbi tammim bil khair. Rabbi zidni 'ilman war-zuqni fahman...
Selamatkanlah kitorang Ya Allah...
Lima hari yang sangat nervous dan sangat-sangat memenatkan Dugaan kecil dari Allah...
Tapi Alhamdulillah... singa-singa tu rupa-rupanya sangat jinak dan pengakhirannya sangat baik! Sangat-sangat baik! Macam tak percaya kitorang berjaya hadapinya... Rasa terharu dan nak nangis sangat bila kitorang berjaya! Dan diorang sangat menghargai usaha kitorang selama 5 hari ni... Berbaloi-baloi rasanya...
Syukur Alhamdulillah... Terima kasih Ya Allah... :')
Betul kan - kita yang merancang, Allah yang menentukan. Kitorang buat benda yang biasa kitorang buat selalu. Tak pernah ada masalah. Tapi minggu ni Allah nak duga. Tiba-tiba jalan yang lurus tu jadi berliku. Memang kitorang kelam-kabut - fizikal dan mental! Pada waktu-waktu macam ni, kiter akan dapat belajar banyak benda, banyak pengajaran untuk persediaan akan datang. Pada waktu-waktu macam ni jugak kiter dapat kenal siapa kawan dan siapa 'kawan'.
Terima kasih Ya Allah atas dugaan, jalan dan pertolongan yang telah Engkau berikan. Bersyukur dengan pengakhiran yang sangat baik.
Hujung minggu nak release dan relax. (^-^)
Setiap kali masuk musim cuti persekolahan aku mesti kena tinggal 2 minggu sebab enche Neezam kena jadi 'Uncle Neezam'!
Huhuhu... Sebenarnya tu lah nama manja enche Neezam bila masa Kem Permata Insan.
Kem kali ni kat Banting. Walaupun tak jauh tapi sebab komitmen, enche Neezam kenalah dok kat sana selama 2 minggu. Hari ni enche Neezam dah gerak ke sana. Dua hari ni untuk buat persediaan mental dan fizikal para mentor sebelum para permata semua sampai pada hari Sabtu ni.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Permata Insan, bolehlah lawat laman web diorang kat sini yer:
Awal Naufal bangun pagi ni. Nak ke konsert katanya... Konsertlah sangat kan...
Sebenarnya hari ni ialah
Hari Ihtifal dan Konvokesyen Tadika Islam Miftahul Ulum
Naufal ada buat persembahan hari ni dengan budak-budak sebaya Naufal - 4 tahun. Diorang nyanyi madley. Macam-macam lagu nyanyi. Naufal selalu praktis kat rumah. Comel jer goyang-goyang kepala. Hehehhe..
Jom tengok salah satu lagu yang diorang nyanyi...
Naufal menerima hadiah tempat kedua dalam kelas. Kata cikgu, Naufal memang advanced. Alhamdulillah... Tapi yang dapat tempat pertama tu lagi super advanced - kaki tangan pun advanced kata cikgu! Hmmm... paham-paham jer lah yer... huhu..
Mama dan ayah bangga sangat dengan Naufal. Malas belajar pun boleh gak dapat tempat kedua dengan keputusan yang cemerlang. Alhamdulillah...
Semoga Naufal dan Niesreena akan terus cemerlang dunia dan akhirat. Amin...
Hmmm... petang tadi, Niesreena dan Naufal dah berangkat pulang ke kampung. Ayah tok dan mak tok dah ambil diorang. Eh... diorang gi berjalan dulu sebelum balik Segamat. Minggu depan pun jalan lagi. Seronok diorang, memang suka sangat duduk hotel.
Sunyilah rumah... Tinggallah aku dan enche Neezam berdua jer. Yey!
Hehehhe...
Finally
And the little Khairuns are so excited!
Ayah dia lagi lah...
\(^^)/
And I'm so happy!
Yippie ya yeee!!!
Alhamdulillah...
Yey! Hari terakhir persekolahan 2013
Alhamdulillah... Niesreena berjaya bersekolah penuh tanpa poteng sehari pun! Well done sayang!
Niesreena excited nak masuk tahun 2. Buku teks tahun 2 yang Niesreena baru dapat pun dah habis dia selak-selak. Harap-harap tahun depan, Niesreena dapat masuk kelas yang terbaik kat sekolah.
Tahun depan, Naufal akan bersekolah di tadika yang sama jugak. Tahun kedua di tadika... Naufal kata "Naufal sayang kat tadika Naufal. Naufal sayaaaaaannnggg kat cikgu Baei. Naufal sayang kat ustazah...". Amboi...
So, Niesreena and Naufal, enjoy your last day at school today okay! Lepas tu enjoy holiday kat kampung sebelum kiter gi bercuti!
Yey!
Pagi ni aku sempat pergi ke Hari Anugerah Kecemerlangan 2013 kat sekolah Niesreena. Ramai jugak ibubapa yang datang. Penuh dewan!
Alhamdulillah, hari ni Niesreena naik ke pentas untuk 4 anugerah iaitu:-
Pelajar Cemerlang Aliran 4A (Subjek Teras 90% ke atas)
Matapelajaran Terbaik (Matematik)
Kedudukan Dalam Kelas terbaik (Kedua)
Anugerah Kehadiran Penuh 2013
Niesreena jugak the 7th best student dikalangan tahun 1.
Alhamdulillah... Bersyukur dan happy sangat. Aku dan enche Neezam tahu Niesreena dah buat yang terbaik. Insya Allah... tahun depan, kitorang akan bantu Niesreena untuk dapatkan yang lebih baik lagi. Usaha lagi!
Mama dan ayah bangga sangat dengan Niesreena.
Congratulations, Reena!
Hujung minggu yang lepas, kitorang tak kemana-mana pun. Habiskan masa kat rumah jer. Macam biasa buat kerja rumah; mengemas, vakum, mop, membasuh, menguruskan kain baju, etc. Buat kerja rumah, memang tak pernah habis!
Macam biasa, hari Sabtu dan Ahad, memang laundry day. Dan macam biasa jugak, aku akan ada pembantu sorang yang rajin sangat dan sukaaaa sangat tolong aku menyidai pakaian.
Rajin sangat kan. Menurun ayah dia. Beruntung rasanya...
Naufal dah mahir sangat dah bab-bab sidai baju ni. Tapi Naufal akan pilih sidai baju dia dan kakak dia jer. Pilih pun hanger yang saiz kecil jer. Ok lah kan... dari tak der langsung...
OK!
Happy Monday everyone!
Jom kerja!
Semangat! Semangat!
\(^^)/
Juliet le sweetheart's on FB. Jom 'like'!
y(^-^)y
Blog Developed by Juliet le Sweetheart
Powered by blogger.com