Pada yang tak tau... kitorang anak beranak ni memang suka main air. Sukaaaaa sangat!
Google punyer google... tetiba terjumpa tempat ni.
First impression???
Memang tempat ni owesome giler!!!
Service masa nak check-in memang lembab sikit. Tapi sebab kitorang check-in pukul 3 tu memang tengah peak hour. So, ramai sangat nak check-in. Kaunter check-in pulak ada 2 jer. Terpaksa beratur panjang dan agak lama.
Bila masuk bilik... sangat puas hati! Bilik memang sangat selesa! Actually kitorang ambik suite. Ada beranda... ada 2 biji air-cond satu bilik! Dengan kipas lagi! Pemurah sungguh! Huhuhu...
Dari beranda, boleh nampak water park dia. Naufal dan Niesreena apa lagi... melompat-lompat tak sabar nak turun! Actually aku pun tak sabar! Hehe...
Ni salah satu water slides yang ada kat sini... Kire ni yang paling basic lah. Niesreena dan Naufal memula ligat main ni jer... Nak gi yang tinggi sikit, takut...
Tapi lepas turun dengan enche Neezam dari slides yang tinggi dan berpusing-pusing tu, barulah diorang berani main kat slides tinggi pulak. Berpusing-pusing lagi! Haiiishhh... tak tau takut betul... Aku yang seram! Huhuhu...
Kat sini ada 4 jenis water slides. And amazingly, Niesreena dan Naufal berani naik semua slides yang tinggi-tinggi ni tanpa rasa takut! Congrats enche Neezam sebab berjaya yakinkan diorang! Memang tak tau takut langsung! \(^^)/
Slides kat sini memang selamat untuk semua peringkat umur. Even Naufal pun turun sorang jer. Lepas jatuh dalam pool, Naufal dan Niesreena boleh survive sendiri sebab pool kat tempat diorang landing tu just tinggi bahu Naufal jer.
Yang bestnya kat sini, sebab water slides dia semuanya dekat-dekat. So, aku boleh duduk satu point dan tengok jer Niesreena dan Naufal main dari jauh. Orang pun tak ramai sangat dan tempat ni terbuka untuk penghuni hotel jer. So tak perlulah nak beratur panjang bagai sebab nak tunggu turn nak turun water slides.
Actually selain main air, ada banyak lagi aktiviti kat sini. Boleh sewa basikal baring yang diorang panggil Tricker Ride, tapi mahal... RM10 untuk 10 minit jer kalau tak salah. Pastu ada games room, playground, gym then ada satu kawasan berpasir ala-ala tepi pantai dan beberapa games kat situ. Lupa plak nak snap gambar. Tapi menariklah!
Alhamdulillah, cuaca pun ok sangat. Mendung jer... Best!
Niesreena dan Naufal main air sampailah terdengar siren pukul 6.45 petang. Security dan suruh naik sebab kawasan waterpark akan ditutup pukul 7 malam.
Pendapat aku tentang tempat ni... memang best sangat! Kitorang memang enjoy sangat kat sini. Environment best, cuaca best, bilik best, location pun best! Oh ya... harga pun best! Paling best! Memang rezeki agaknya... aku dapat book suite tu through booking.com dapat RM128 nett untuk satu malam. Nett tau! Masa check in, just tambah RM2 untuk heritage tax. Best kan?
Esok pagi sambung mandi lagi yer anak-anak... Insya Allah kalau ada rezeki kiter datang lagi ke sini yer... Next time kiter bawak Naylee dengan baby Haziq datang sini k! Dengan wan, atok-atok, pakcik, makcik sumer lah!
Lepas maghrib, tak sempat makan malam, Niesreena dan Naufal dan 'tumbang'. Penat sangatlah tu!
Malam ni kiter nak gi makan kat tempat special sikit.... kat mana???
No comments :
Post a Comment