♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Tuesday, June 25, 2013

Jerebu...

Dasyatnya jerebu sekarang ni. Bukan setakat mata jer rasa kelabu, hidung pun bau asap... Kat Nilai, keadaan nampak teruk. Bacaan IPU 170 setakat pagi ni. Tapi sekolah masih berjalan seperti biasa.

Kat Shah Alam, lagi teruk! Bebudak sekolah masih lagi bercuti; sejak semalam. Tapi yang bekerja macam kitorang ni, masih bekerja seperti biasa. Hmmmm... boss tak nak announce cuti ker? Siaaaannnn kitorang... Huhu...

Masa balik kerja semalam, bila lalu kat depan R&R Dengkil, tetiba ada habuk-habuk warna hitam berterbangan; bekas terbakar. Rupa-rupanya ada pokok-pokok kat tepi jalan yang terbakar, kiri dan kanan jalan. Dua kereta bomba tengah bertungkus lumus padamkan api. Horror betul! Padanlah bila lalu kat area tu, asap jerebu semakin tebal.

Dah dua hari ni, Niesreena dan Naufal pergi sekolah pakai mask. Harap-harap diorang ok. Aku dan enche Neezam selalu nasihatkan diorang pakai mask walaupun dalam kelas, minum air banyak-banyak. Risau betul... Harap-harap dijauhkanlah dari kuman-kuman atau virus-virus merbahaya singgah kat diorang. Dijauhkan lah... Lindungilah mereka, ya Allah...

Kat office pun, management ada bagi mask pada semua pekerja. Baguskan... thanks!

Sejak semalam kerajaan dah mula cuba benihkan awan untuk hujan. Harap-harap berjayalah. Apa-apa pun, marilah kiter sama-sama berdoa kepada Allah agar keadaan ni bertambah baik. Hilangkanlah jerebu ini ya Allah... Turunkan hujan... Amin ya rab...

No comments :

back to top