♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, June 30, 2013

3 | Puluh | 3

Alhamdulillah... Hari ni usia menginjak setahun lagi...

Alhamdulillah... bersyukur dengan nikmat dan rahmat yang Allah berikan sepanjang 33 tahun hidup ni.

Rezeki hari ni, mak mertua blanja makan besar kat Umbai, Melaka! Tak der kek hari ni, cuma ada ketam, sotong, kerang, lala, ikan dan macam-macam lagi! Sumernyer yummilious!

Thanks, Mak! \(^^)/

Gambar birthday mama tak der.... sebab birthday mama sangat sememeh hari ini. ;p

Thanks abang for the present... Love you so much!

Terima kasih Niesreena & Naufal untuk surprise awal pagi tadi! Sayang korang ketat-ketat!

Thanks mak atas ucapan, ingatan dan doa. Muah! Muah! Love you! Love you!

Adik-adik dan family serta kawan-kawan; terima kasih atas ucapan dan doa. Tak sempat lagi nak reply kat fb.

Terima kasih!

Friday, June 28, 2013

Luaskan kuasamu!!!

Chop! Chop!

Saya bukan orang Johor... Saya orang Kuala Lumpur... Tapi saya sayang orang Johor yang sorang tu... Sayang sangat! Hehehehhe...

So, dah tentulah kena sokong JDT untuk final Piala FA esok kan?!

So, malam ni, Insya Allah nak berangkat balik ke Segamat. Nak menyokong pasukan JDT di negeri darul takzim yang tercinta katanya. Harap-harap JDT menang. Mesti meriah satu Segamat! Satu Johor! Atau jugak satu Malaysia!

Esoknya tu, hari Ahad, menang atau kalah, tetap kena celebrate! Sebab birthday aku!

Hehehhehe...

Suka... Suka...

So, untuk pemain-pemain JDT dan penyokong-penyokong JDT expecially enche Neezam dan family in law serta Fahrin Ahmad *** hahaha... tetiba...***, lagu semangat ni khas untuk korang!

Luaskan kuasamu!!!!

Thursday, June 27, 2013

Celebrating

@office with wonderful colleagues!

Thanks guys! \(^^)/

Tuesday, June 25, 2013

Jerebu...

Dasyatnya jerebu sekarang ni. Bukan setakat mata jer rasa kelabu, hidung pun bau asap... Kat Nilai, keadaan nampak teruk. Bacaan IPU 170 setakat pagi ni. Tapi sekolah masih berjalan seperti biasa.

Kat Shah Alam, lagi teruk! Bebudak sekolah masih lagi bercuti; sejak semalam. Tapi yang bekerja macam kitorang ni, masih bekerja seperti biasa. Hmmmm... boss tak nak announce cuti ker? Siaaaannnn kitorang... Huhu...

Masa balik kerja semalam, bila lalu kat depan R&R Dengkil, tetiba ada habuk-habuk warna hitam berterbangan; bekas terbakar. Rupa-rupanya ada pokok-pokok kat tepi jalan yang terbakar, kiri dan kanan jalan. Dua kereta bomba tengah bertungkus lumus padamkan api. Horror betul! Padanlah bila lalu kat area tu, asap jerebu semakin tebal.

Dah dua hari ni, Niesreena dan Naufal pergi sekolah pakai mask. Harap-harap diorang ok. Aku dan enche Neezam selalu nasihatkan diorang pakai mask walaupun dalam kelas, minum air banyak-banyak. Risau betul... Harap-harap dijauhkanlah dari kuman-kuman atau virus-virus merbahaya singgah kat diorang. Dijauhkan lah... Lindungilah mereka, ya Allah...

Kat office pun, management ada bagi mask pada semua pekerja. Baguskan... thanks!

Sejak semalam kerajaan dah mula cuba benihkan awan untuk hujan. Harap-harap berjayalah. Apa-apa pun, marilah kiter sama-sama berdoa kepada Allah agar keadaan ni bertambah baik. Hilangkanlah jerebu ini ya Allah... Turunkan hujan... Amin ya rab...

Sunday, June 23, 2013

Pemandangan Dasar Laut by Niesreena

Macam biasa, setiap hujung minggu kalau tak kemana-mana, aku akan cuba peruntukkan masa untuk Niesreena dan Naufal ala-ala home schooling. Seronoklah... sebab Niesreena dan Naufal biasanya enjoy dengan aktiviti yang kitorang buat sama-sama - buat karangan, kira-kira, belajar pasal Malaysia, melukis, buat sepah, conteng-conteng, etc...

So, minggu ni, Niesreena nak buat lukisan. Lukis pemandangan di dasar laut!

Lukisan ni Niesreena tiru dari buku kamus bergambar. Pas tu mama dia bisinglah... yang tu kena besar sikit, yang ni kena kecik sikit, kena lebar sikit, kena curve sikit... pot, pet, pot, pet...

Sambil-sambil melukis tu ajarlah... apa yang ada kat dasar laut... Ada ikan paus, ikan jerung, batu karang, bla... bla... bla...

Yang bestnyer...

Reena : Mama, ikan paus makan apa?

Mama : Ikan paus makan ikan kecik-kecik, makan plankton.

Reena : Plankton tu apa?

Mama : *** Macam mana pulak nak terangkan planton tu apa ek? Selak-selak kamus bergambar, tapi tak der plak plankton. Nak bagitau mikro organisma bagai kang ada yang soalan bertalu-talu plak tanya micro organisma tu apa. Aku gak yang pening kang...*** Planton tu macam hidupan dalam laut kecik-kecik la.... Ha! Plankton tu macam musuh Mr. Krab (Spongebob Squarepants).

Naufal : *** Jari tunjuk kat gambar star fish dalam lukisan Niesreena*** Ni Patrick.

Reena : *** Tunjuk kat gambar sotong kurita dalam lukisan*** Ni Squidward.

Naufal : Kesian Spongebob tak der.

Reena : Spongebob tu binatang apa?

Mama : ...... *blur*

Naufal, dia malas nak lukis-lukis ni. Dia sebuk nak main warna jer sebenarnya. So, dia buat.... apa eh... sukati dia jer lah... Naufal kata nak buat kapal terbang. Tapi memang tak der rupa kapal terbang pun. Rupa-rupanya.... lepas siap warna macam tu, Naufal lipat-lipat, jadi kapal terbang. Gitew caranyew...

Lepas mewarna, ikut balik lukisan dengan pensil warna warna hitam supaya nampak bentuk-bentuk binatang yang dilukis tadi. Dan hasilnya....

Comot betul! Tapi tak perlah... ada lah rupa pemandangan dasar laut dan apa yang Naufal buat tu pun ok lah. Bila ayah Naufal lipatkan jadi kapal terbang, elok jer warna-warnanyer tu kat sayap! Well done guys!

Good job Niesreena! Next time kiter try baking plak k! \(^^)/

Friday, June 14, 2013

Love Friday!

Wednesday, June 12, 2013

Wordless Wednesday | Coming Soon!

Wednesday, June 5, 2013

Api-api dan Bandar Hilir

Dinner apa malam ni??? Memula ingat nak gi Serkam atau Umbai. Makan seafood kat sana. Tapi macam jauh sangat. Lagipun kitorang pun boleh kata kerap ke sana. Niesreena dan Naufal pun macam letih jer. Masih penat sebab main air siang tadi. Hmmm... aku dok main sikit-sikit ni pun terasa letih, ni kan pulak diorang, kan... Yang kemain sakan lagi! :)

So, kitorang decide makan dekat-dekat jer. Tapi kat mana? Tak kan kat mamak plak kan? Hehe... tak nak lah! Mc D? Fast food? Boring!!!

Nasib baik ada prof Google. Search punyer search punyer search... kitorang jumpa restauran ni; Api-api Steamboat & Grill kat Melaka tengah. Dekat jer! So, kitorang terus ke sana...

Senang jer nak cari restauran ni. Dekat dengan Aeon. Kitorang gamble jer pusing-pusing kat area ni, then jumpa.

Makanan ala buffet. Ada macam-macam jenis makanan laut kat sini dan favourite aku, daging kambing, pun ada! Dah siap marinate dengan sos lada hitam. Sedap sangat!

Naufal dan Reena, belum makan lagi dah ambil aiskrim dulu.

Ada 2 jenis sup yang disediakan kat sini; sup tomyam dan sup ayam. Kitorang pilih sup tomyam.

Kebetulan kitorang datang hari Rabu. Ada promotion for 'Only for GENUINE ladies' katanyew... Hehehhe... Kelasssss... So, harga untuk aku cuma RM16 jer. Kalau harga biasa RM25/pax. Kanak-kanak RM10/pax. Ok lah kan harga... Harga berpatutan...

Rupa-rupanya team 'Jalan-jalan Cari Makan' TV3 baru jer datang shoot kat sini. Belum siar lagi pun.

Alhamdulillah... kenyang...

Lepas makan, enche Neezam bawak kitorang pusing-pusing bandar Melaka. First time jalan kat sini malam-malam buta gini! Tapi best gak! Tak jem langsung macam biasa. Sampai kat Bandar Hilir memang tepat pukul 12 tengah malam!

Niesreena dan Naufal kagum sangat tengok beca. Well... aku pun. Hehe... Memang kagum tengok beca zaman sekarang. Bukan takat berwarna-warna, bercahaya, berlampu bagai tapi siap dengan lagu stereo semua! Pemandu beca pun kebanyakkannya orang muda-muda, orang tempatan.

Hari yang memenatkan. Tapi for sure, semua orang seronok. Seronok sangat!

Esok main air lagi... pastu balik! Habis cuti sekolah... Kena buat persediaan balik ke sekolah pulak! :)

Main air @ Bayou Lagoon Park Resort

Pada yang tak tau... kitorang anak beranak ni memang suka main air. Sukaaaaa sangat!

Google punyer google... tetiba terjumpa tempat ni.

First impression???

Memang tempat ni owesome giler!!!

Service masa nak check-in memang lembab sikit. Tapi sebab kitorang check-in pukul 3 tu memang tengah peak hour. So, ramai sangat nak check-in. Kaunter check-in pulak ada 2 jer. Terpaksa beratur panjang dan agak lama.

Bila masuk bilik... sangat puas hati! Bilik memang sangat selesa! Actually kitorang ambik suite. Ada beranda... ada 2 biji air-cond satu bilik! Dengan kipas lagi! Pemurah sungguh! Huhuhu...

Dari beranda, boleh nampak water park dia. Naufal dan Niesreena apa lagi... melompat-lompat tak sabar nak turun! Actually aku pun tak sabar! Hehe...

Ni salah satu water slides yang ada kat sini... Kire ni yang paling basic lah. Niesreena dan Naufal memula ligat main ni jer... Nak gi yang tinggi sikit, takut...

Tapi lepas turun dengan enche Neezam dari slides yang tinggi dan berpusing-pusing tu, barulah diorang berani main kat slides tinggi pulak. Berpusing-pusing lagi! Haiiishhh... tak tau takut betul... Aku yang seram! Huhuhu...

Kat sini ada 4 jenis water slides. And amazingly, Niesreena dan Naufal berani naik semua slides yang tinggi-tinggi ni tanpa rasa takut! Congrats enche Neezam sebab berjaya yakinkan diorang! Memang tak tau takut langsung! \(^^)/

Slides kat sini memang selamat untuk semua peringkat umur. Even Naufal pun turun sorang jer. Lepas jatuh dalam pool, Naufal dan Niesreena boleh survive sendiri sebab pool kat tempat diorang landing tu just tinggi bahu Naufal jer.

Yang bestnya kat sini, sebab water slides dia semuanya dekat-dekat. So, aku boleh duduk satu point dan tengok jer Niesreena dan Naufal main dari jauh. Orang pun tak ramai sangat dan tempat ni terbuka untuk penghuni hotel jer. So tak perlulah nak beratur panjang bagai sebab nak tunggu turn nak turun water slides.

Actually selain main air, ada banyak lagi aktiviti kat sini. Boleh sewa basikal baring yang diorang panggil Tricker Ride, tapi mahal... RM10 untuk 10 minit jer kalau tak salah. Pastu ada games room, playground, gym then ada satu kawasan berpasir ala-ala tepi pantai dan beberapa games kat situ. Lupa plak nak snap gambar. Tapi menariklah!

Alhamdulillah, cuaca pun ok sangat. Mendung jer... Best!

Niesreena dan Naufal main air sampailah terdengar siren pukul 6.45 petang. Security dan suruh naik sebab kawasan waterpark akan ditutup pukul 7 malam.

Pendapat aku tentang tempat ni... memang best sangat! Kitorang memang enjoy sangat kat sini. Environment best, cuaca best, bilik best, location pun best! Oh ya... harga pun best! Paling best! Memang rezeki agaknya... aku dapat book suite tu through booking.com dapat RM128 nett untuk satu malam. Nett tau! Masa check in, just tambah RM2 untuk heritage tax. Best kan?

Esok pagi sambung mandi lagi yer anak-anak... Insya Allah kalau ada rezeki kiter datang lagi ke sini yer... Next time kiter bawak Naylee dengan baby Haziq datang sini k! Dengan wan, atok-atok, pakcik, makcik sumer lah!

Lepas maghrib, tak sempat makan malam, Niesreena dan Naufal dan 'tumbang'. Penat sangatlah tu!

Malam ni kiter nak gi makan kat tempat special sikit.... kat mana???

back to top