Alhamdulillah... beberapa hari lepas kitorang dah dapat ahli baru dalam keluarga kitorang. Kenderaan beroda dua! Hahaha...
Dah lama menjadi idaman enche Neezam. Memang hajat enche Neezam, kalau dah masuk rumah baru, enche Neezam nak beli sebiji motor. So, senang nak hantar Niesreena dan Naufal ke sekolah. Tak perlu mengharung jem bagai. 10 minit dah boleh sampai ke sekolah.
Untuk hari pertama hari tu, enche Neezam bawa Niesreena je dulu. Naufal masih takut-takut lagi nak naik motor dengan ayah dia. Hehe... Tapi dah beberapa hari ni Naufal dah confident. Naufal berdiri jer kat depan ayah dia. Bukan main happy tengok diorang. Naufal sekarang ni pun kalau gi sekolah mesti nak naik motor. Bangun pun cepat sebab takut ayah gi dulu dengan kakak. Kalau bangun lambat, nanti kena gi sekolah naik kereta kemudian dengan ayah.
Hmmmmm... tengok Niesreena happy jer... harap-harap semuanya ok lah! Aku je yang seram sebenarnya. Macam kesian jer kat diorang sebab naik motor. Padahal diorang lagi happy!
Lepas ni bolehlah jimat duit minyak sikit. Setakat nak pergi kedai ke, nak gi masjid ke, tak payahlah enche Neezam bawak kereta kan? Bawa motor jer senang... sampai cepat... parking mana-mana pun buleh...
Aku ni... tak sempat-sempat lagi nak round dengan enche Neezam dengan motor baru. Nak round macam mana? Aku baru duduk atas motor, Niesreena dan Naufal dan meraung nak ikut. Takkan nak naik 4 orang satu motor kot? Boleh ker? Hmmm... nak bawak motor sendiri, aku tak confident. Kang kalau jatuh... compom kena bebel dengan enche Neezam. Hehehe... So, tengok jer lah.... Janji diorang bahagia! ;)
No comments :
Post a Comment