Minggu ni dah 3 minggu kitorang dok kat rumah baru. Alhamdulillah... seronoklah! Ngeeee... :D
Kitorang pun dah dapat jiran baru. Tak sempat nak kenal-kenal lagi pun. Tapi lega lah sikit. Sekurang-kurangnya dah kira hidup berjiranlah... Kalau tak... kat lane tu, rumah kitorang jer yang berpenghuni. Sadis! Huhu...
Sebenarnya rumah kitorang masih belum betul-betul siap dikemas lagi, walaupun dah lebih 2 minggu masuk rumah. Masih ada lagi benda-benda dalam kotak yang masih tak dikeluarkan dan diletakkan di tempat yang sepatutnya lagi. Tak der masa nak mengemas weekdays. Balik kerja dah penat. Kalau setakat menyapu sampah sikit, mop lantai sikit... sempatlah... So, semua kerja mengemas dan deco-deco segala kenalah tunggu pada hujung minggu.
Hari minggu yang lepas sempatlah gantung jam-jam dinding dan frame-frame gambar. Hmmmm... kosong jer ruang bawah tu kan? Kena letak kabinet panjang rasanya. Pastu letakkan bunga atas kabinet tu... baru naik seri kan? Macam meja makan aku yang comel ni...
Meja makan ni, masa kat rumah sewa dulu, muat-muat jer kat ruang dia. Cukup-cukup jer untuk kami berempat. :) Bila dah masuk rumah baru... alahai... cenonetnyer. Hmmmm... nampak gayanya kena riki-riki meja makan 8 tempat duduk lepas ni. Dan kena tambah ahli keluarga jugak... Adik-adik Niesreena & Naufal to be exact! ;p Amin... Amin...
Berpindah dari rumah kecik ke rumah yang lebih besar ni ruang dalam rumah memang banyak sangat yang lompong. Nampak kosong jer... Barang-barang perabot, tv dan peti ais nampak kecik jer. Dulu masa rumah kecik, rasa macam semuanya besar! Besarnya tv! Besarnya peti ais! Besarnya mesin basuh! Gabaknya set sofa! Rasa dah sempit sangat. Dah tak boleh nak beli barang dah. Bila masuk rumah luas sikit, rasa macam... alamak siannya rumah tak der barang... ;p
Hujung minggu yang lepas jugak enche Neezam sempat ganti lampu bilik air. Haaaiiissshhh lampu ni... masuk rumah baru seminggu, banyak lampu yang terbakar. Tensi betul! Nasib baiklah ada enche Neezam yang tetiba pandai pulak tukar lampu. Jimat sikit duit dari nak panggil wire man.
Berpeluh-peluh laki aku... Cian...
Oh ya... lampu-lampu yang terbakar tu semuanya yang rupa macam ni...
Yang saiz pendek semua terbakar. Yang saiz panjang, alhamdulillah masih berfungsi lagi setakat ni. So, kengkawan, jangan beli lampu ini yer...
Hujung minggu ni masih banyak lagi task mengemas rumah menanti aku dan enche Neezam. Nasib baik hujung minggu ni cuti panjang. So, harap-harap dalam cuti CNY ni, dapatlah settlekan perihal rumah. Dan lepas tu barulah boleh pikir hal-hal nak pergi bercuti!!!
Semangat!!! Semangat!!!
2 comments :
cantik. pandai awak susun atur barang. tahniah masuk rumah baru!
Terima kasih.
:)
Post a Comment