♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...
Amin... ♥
Tuesday, January 29, 2008
Monday, January 28, 2008
Nama baby
Once again, I’ve been tagged and this time by Heda.
REQUIREMENTS :
Write about what or how or why you gave the name(s) to your kid(s).
QUANTITY:
5 people TAG MODE: Firstly you leave their blog and post link and add to the list below and secondly you let the blogger you want to tag know that he/she has been tagged by commenting in his/her blog or etc…
So, the question for me is ‘why we gave our baby’s name Khairunniesreena’ lah kan.
Aku dan Neezam merancang nama baby kitorang sebelum aku pregnant lagi. Not exactly nak letak nama apa. Tapi yang pastinya, samada baby girl atau baby boy, nama depan baby bertuah tu mestilah dimulakan dengan ‘Khairun’ dan diikuti dengan huruf ‘N;. Mana dapat ‘Khairun’? Sebab nama hubby bermula dengan ‘Khairun’; Khairunneezam.
So, bila aku sedang pregnant, mulalah kitorang mencari nama yang terbaik untuk baby kitorang ni. ‘Khairun’ dan diikuti dengan huruf ‘N’, untuk baby girl atau baby boy. List yang tak berapa panjang sebab nak cari nama yang sempurna maksud dan sedap didengar tak senang untuk dicari.
Antara nama untuk baby boy yang aku suka ialah Khairunnazreen tapi hubby tak nak sebab sama dengan nama adik dia. Aku pun gila gak sebab nak letak nama anak macam nama adik dia apa kejadahnya kan? Nanti sama plak nama anak buah dengan pakcik. Hehehehhehe… But still aku suka nama ‘Nazreen’. Tapi nasib baik kitorang dikurniakan baby girl. So, bila dah tahu jantina kitorang pun get rid all the boy’s name.
So, on the list just tinggal nama-nama baby girl jer. Antaranya ialah…
Khairunnisa - tapi hubby tak suka sebab macam nama kawan dia; lelaki yang bernama samaran panther… Hahahahha… So, cancel…
Khairunnabila - aku plak tak suka… sebab bila sebut nabila mesti terbayang anak Amy Search yang … tu. So, cancel gak…
Khairunnadira – Nadira tu sama plak dengan nama anak sepupu hubby…
Last but not least of courselah ‘KHAIRUNNIESREENA’. Alhamdulillah… kitorang dua-dua suka dengan nama ni. Dalam ejaan nama Niesreena ada ‘IE’ yang mengikut ejaan nama aku julIEana dan ada ‘EE’ yang mengikut ejaan nama ayah dia nEEzam.
KHAIRUNNIESREENA bermaksud ‘sebaik-baik bunga mawar putih kami’.
The end…
So, as usual, law of the game, aku kena tag 5 more mommies. Saperlah aku nak tag kali ni ek?
Mangsa tag aku kali ni adalah seperti berikut…
♥ Adah @ Ummi Izzah @ http://naimwan.fotopages.com/
♥ Shery @ mama Wafiq dan Wafa @ http://laksajohor.blogdrive.com/
♥ Sue @ mommy Lisya @ http://suhana-roslan.fotopages.com/
♥ Zura @ ummi Ilman @ http://mujahadah.fotopages.com/
♥ Pidah @ mama Afdhal @ http://hanizan-rafidah.fotopages.com/
TQ!
Sunday, January 27, 2008
Penat
Sorrylah pada mangsa-mangsa bebel… Tak berniat nak membebel tapi terbebel jugak… Bukan sengaja suka-suka nak membebel…
Penat… Penat membebel…
Friday, January 25, 2008
Thursday, January 24, 2008
Remaja mesti diasuh elak rosak jiwa
Remaja mesti diasuh elak rosak jiwa
MEMBACA berita mengenai kisah seorang remaja Australia, Corey Delaney, 16, yang mengadakan parti liar ketika ketiadaan ibu bapanya di rumah yang keluar bercuti baru-baru ini, cukup mengejutkan, selain boleh dijadikan iktibar kepada masyarakat negara ini.
Apa yang terjadi di kawasan kejiranan Narre Warren South, Melbourne itu menjadi fenomena yang diterima dengan nada berbeza-beza oleh pelbagai pihak bukan saja di Australia bahkan di seluruh dunia.
Bagi mereka yang matang dan waras pemikiran, pasti tidak bersetuju dengan kelakuan Corey. Berbeza bagi golongan remaja seusia Corey, yang menganggap parti itu cukup meriah.
Keseronokan itu ditambah lagi dengan minuman keras dan hubungan bebas, berkelakuan tidak senonoh, mengganggu ketenteraman jiran atau lebih melampau sehingga ke tahap bertelanjang berlari di sekeliling kawasan kejiranan serta mencabar polis.
Tingkap sebuah kereta peronda dipecahkan ketika pihak berkuasa itu cuba mengawal keadaan. Akibatnya, polis terpaksa mengerahkan sehingga 30 pegawainya, satu skuad helikopter dan skuad anjing untuk meleraikan kekecohan disebabkan parti liar itu.
Ternyata apa yang dilakukan Corey, salah di sisi undang-undang dan tidak dapat diterima masyarakat sekelilingnya. Namun, dia tetap menunjukkan tahap kedegilan, apabila ditemuramah secara langsung pihak stesen televisyen, dia dengan bangganya berkata: "Itulah gaya kehidupan remaja zaman ini dan remaja lain tidak perlu takut melakukan apa yang saya buat".
Sikap biadap terserlah apabila dia enggan memohon maaf kepada ibu bapanya, jirannya dan seluruh rakyat Australia tetapi menolak dan menegaskan untuk mengadakan lagi parti liar pada masa depan!
Di negara kita, kes parti liar seperti itu tidaklah ketara dilaporkan, namun masih juga ada kebimbangan terhadap wujudnya gejala negatif di kalangan remaja umpamanya penyalahgunaan dadah, berlumba haram, seks bebas dan peniruan budaya kuning.
Ada juga remaja berani membuat parti liar ketika ketiadaan ibu bapa yang bercuti atau ada urusan selama beberapa hari di tempat lain.
Itu belum lagi dikira laporan kes jenayah membabitkan remaja bawah umur seperti samun, buli, rogol dan bunuh yang sepatutnya membuka mata semua pihak untuk sama-sama berganding bahu menangani masalah golongan itu masa kini.
Justeru, ada dua kategori tindakan yang perlu dipikul pada bahu semua pihak yang terbabit, iaitu melaksanakan langkah pencegahan dan perawatan.
Bagi pencegahan, ibu bapa sebagai orang yang paling rapat dengan anak bertanggungjawab membimbing mereka agar berakhlak mulia dengan memberikan ilmu agama, moral dan tata susila mantap.
Pihak sekolah turut bertanggungjawab mendidik pelajar menjadi insan sempurna, berdisiplin dan kaya dengan ilmu pengetahuan yang mampu mencerna daya pemikiran yang sihat dan matang.
Masyarakat sekeliling juga berperanan sebagai ejen pelengkap dalam mencegah masalah sosial remaja. Mereka tidak seharusnya mengamalkan konsep ‘biarlah dia bukan anak aku,’ sebaliknya lebih kepada unsur bertanggungjawab tanpa memilih bulu.
Langkah perawatan bagi golongan remaja yang ‘parah’ jiwa dan pemikirannya seperti Corey.
Tindakan melalui saluran perundangan, adalah satu kaedah perawatan, mereka perlu dihukum atas tindakan yang melampaui batas undang-undang.
Selain itu, program kaunseling dan keagamaan diberikan kepada mereka untuk menyuburkan kembali nilai murni yang sebenarnya ada dalam diri mereka.
Amalan masyarakat sekeliling yang suka menjauhkan diri daripada mereka yang pernah berbuat salah juga perlu dihapuskan, terutama remaja yang masih terkial-kial mencari identiti diri.
Sememangnya, kalau tidak ada mekanisme pencegahan dan perawatan berkesan untuk membimbing remaja masa kini, maka tidak perlu kita bermimpi untuk dapat terus mengekalkan aliran kemajuan dan tradisi kemakmuran negara ini pada masa depan.
KHAIRUNNEEZAM MOHD NOOR,
Pensyarah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan
Universiti Sains Islam Malaysia NS.
Tuesday, January 22, 2008
20 things that changed when you have a baby
*Ps: Sorry Sue. Dah lama Sue tag, baru sekarang nak wat. ;P
20 things that changed when you have a baby
~1~
First important things that changed were me myself. I’m a mother now. The status changed in a second when my lovely Niesreena was born.
~2~
Everything I do I am thinking of my little one. Even when I sleep!
~3~
Everytime I can’t handle Niesreena, I will always remember my parent. I know the feeling now… I love my parents more and more.
~4~
Sleeping time of course! Since Niesreena was born I never sleep tight through the night. I must be wake up at least once to feed her with milk. And going to sleep after she did. But that doesn’t matter. I enjoy doing it.
~5~
No more alarm clock! Hehehehe… Niesreena is my alarm clock now. I wake up every time she’s wake up. I’m a morning person now!
~6~
Bigger hand bag. Well, guess what in it? Niesreena’s milk bottle, diapers, toys, etc…
~7~
My favourite department when going shopping now is baby’s department. So crazy with baby’s stuff. I must buy something for Niesreena at least one every time going shopping. Aaarrrr… I become baby’s maniac!
~8~
My body… Paham-paham jer lah. No need to tell more about it!
~9~
Before, I love to watch my hubby’s face when he’s sleeping, but now I much more love to watch my sleeping baby’s face. Oooooo… so cute!
~10~
No more morning’s talk show. It will be Niesreena’s favourite children’s songs first thing on tv every morning.
~11~
Clean up the house every one hour all day! Niesreena loves to make mess. Aaaarrrrgggghhhhh!!!
~12~
Took hours preparing Niesreena stuffs before going out.
~13~
Loves to talk about Niesreena.
~14~
More concern about food nutrition. What is good to give to her and what is bad.
~15~
Appreciate ‘all-by-myself’ time!
~16~
AUD$30 for Niesreena’s toys is so cheap, AUD$30 for my shoes is so expensive!
~17~
Handphone’s wallpapers will be Niesreena’s pictures… Always!
~18~
No more flowers or other decorative in the table please…
~19~
Every day is a surprise.
~20~
I look at Niesreena in the mirror instead of look at myself…
That’s the 20’s. I think most of the mothers had the same experiences as me but may be not. So, now I have to tag 5 mommies, that is…
♥ Sit @ emak Eiyu @ http://kireionna.blogdrive.com/
♥ Iszan @ mama Naufal @ http://iszslurp.blogspot.com/
♥ Zura @ mama Wani dan Afiq @ http://shazura.blogs.friendster.com/
♥ Kak Tini @ mama Aiman @ http://fendytini.fotopages.com/
♥ Kak Ita @ mama Aulya @ http://annearita.fotopages.com/
Just reply it when you feel free, but if you don’t, just leave it.
Doesn’t matter.
Thank you!
Monday, January 21, 2008
“Mama…”
Tiap-tiap pagi, celik jer mata Niesreena bermakna waktu untuk aku celikkan mata jugak walaupun aku masih mengantuk tahap gaban. Dan kebiasaannya aku dan Niesreena akan lepak-lepak dan main-main atas katil dulu.
Pagi ni, seperti biasa Niesreena tergolek-golek atas katil selepas bangun. Kusyuk main reben kat baju aku. Then aku kata kat Niesreena, "Nina main apa tu?" Then Niesreena balas balik kata aku dan kata "apa tu…" dengan muncung dia bukan main panjang sebut "tu…". Tergelak aku dibuatnya… Then aku sebut "Mana bird?". Once again Niesreena sebut semula kata akhir aku "bird". Then aku sebut plak "Mama…". Niesreena pun sebut "mama…" Aaaarrrrggghhhh… comeynyer Niesreena sebut mama. Aku ulang dan ulang lagi sebut "mama". Niesreena tetap ikut sebut "mama". Then aku sebut ayah. Tapi Niesreena sebut "nanah". Hehehe… Mungkin Niesreena tak pandai lagi nak sebut ayah. Mungkin Niesreena tau sebut jer… Tapi tak tau maksudnya lagi…
Tak sabar nak dengar Niesreena panggil aku, "Mama… mama…"
Wednesday, January 16, 2008
Ajar anak berjimat
Hari ni artikel Neezam disiarkan lagi kat suratkhabar Utusan Malaysia.
Alhamdulillah… Sejak akhir-akhir ni artikel-artikel yang Neezam hantar ke Utusan mesti akan disiarkan. Sampai hari ni aku tak tau dah berapa banyak artikel yang Neezam hantar.
Oleh KHAIRUNNEEZAM MOHD. NOOR
“Ayah, duit sekolah ayah berikan tak cukuplah.” “Ibu, tambang bas sudah naik, boleh tambah sedikit lagi duit saku saya?” Sebagai ibu bapa, pasti kita selalu mendengar anak-anak merungut dengan nada seperti ini, yang menyatakan bahawa wang perbelanjaan di sekolah yang diberikan sehari-hari tidak mencukupi.
Rungutan ini lebih selalu kedengaran dalam kalangan kanak-kanak yang tinggal di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur. Jika RM2 sehari diberikan kepada setiap anak-anak ini, ia mungkin sekadar habis untuk membeli makanan di kantin sekolah pada waktu rehat. Itu tidak termasuk bayaran untuk tambang bas awam bagi kanak-kanak yang tidak menaiki bas sekolah.
Pada zaman serba canggih dengan teknologi maklumat ini, ramai kanak-kanak yang memerlukan duit tambahan membayar perkhidmatan melayari Internet di kafe siber.
Diakui bahawa pada zaman sekarang tidak seperti 20 atau 30 tahun lepas, semua harga barangan atau perkhidmatan telah berlipat kali ganda lebih tinggi. Kalau dahulu, kantin sekolah menjual sepinggan nasi lemak pada harga sekadar 20 sen hingga 50 sen dan kadang-kadang dengan harga tersebut turut disertakan dengan sekeping telur goreng atau kuih. >
Hari ini, jangankan telur, timun dan ikan bilis pun tidak disajikan bersama dalam sepinggan nasi lemak kosong berharga RM 1.50 di sesetengah kantin sekolah! Kalau dahulu, tambang bas untuk kanak-kanak mungkin sekadar 10 sen hingga 50 sen, di mana mereka diberi diskaun khas kerana masih bersekolah. Sekarang ada syarikat bas yang tidak membezakan harga penumpang sama ada orang awam atau kanak-kanak sekolah, semuanya sama rata.
Begitu juga harga sebuah buku latihan yang dijual di sekolah yang harganya lebih daripada RM1 berbanding 25 sen hingga 40 sen dijual pada sedekad yang lalu. Ada sekolah yang menjual pada harga yang agak tinggi, hanya kerana buku latihan tersebut mempunyai cap sekolah atau cap Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing.
Ini adalah contoh yang sejajar dengan perkembangan taraf sosioekonomi masyarakat Malaysia yang semakin meningkat dan ‘kuasa beli’ yang semakin besar dimiliki oleh segenap anggota masyarakat. Hal ini tidak dapat disekat, bahkan tidak boleh dinafikan akan hak pihak-pihak terbabit untuk menetapkan harga perkhidmatan atau produk yang disediakan.
Mereka juga berhadapan dengan kenaikan harga bahan mentah, kos sewa, kos perkhidmatan, dan cukai yang juga semakin meningkat saban hari. Cumanya, apa yang perlu kita fikirkan adalah untuk membantu anak-anak dalam masalah ‘duit belanja sekolah’ yang semakin menjerat dan tidak mencukupi sebegini?
Anak-anak tidak seharusnya dibebankan dengan masalah sebegini kerana mereka perlu fokus kepada usaha mentelaah pelajaran di sekolah dan seterusnya mendapatkan keputusan peperiksaan yang bagus.
Bagi ibu bapa yang berpendapatan tinggi, tuntutan anak-anak terhadap tambahan wang saku sehari-harian bukanlah masalah besar, bahkan elaun saku untuk tempoh setahun pun mereka boleh berikan dalam satu-satu masa tanpa berfikir panjang.
Namun, bagi ibu bapa yang berpendapatan sederhana dan rendah, ditambah lagi golongan yang memiliki anak yang ramai dan bersekolah, tuntutan wang saku tambahan oleh anak-anak ini benar-benar meletakkan mereka dalam dilema.
Sebenarnya, ada banyak kaedah yang boleh dipraktikkan oleh ibu bapa dalam mendepani permasalahan sebegini. Ibu bapa perlu mewujudkan situasi ‘menang-menang’, di mana mereka masih dapat memenuhi tuntutan perbelanjaan bulanan mereka dan memenuhi keperluan anak-anak.
Antaranya adalah mengajar anak-anak untuk faham dan mengamalkan budaya berjimat cermat dan tidak bermewah-mewah. Anak-anak perlu dididik supaya tidak terikut-ikut gaya berbelanja besar oleh rakan-rakan yang berada dan seakan-akan mampu memiliki ‘seisi dunia’.
Ada sesetengah ibu bapa yang mengamalkan kaedah di mana anak-anak turut diberitahu tentang jumlah pendapatan ibu bapa dan perbelanjaan bulanan seisi rumah yang perlu dilangsaikan. Misalnya memberitahu anak-anak agihan wang untuk makanan, bayaran bil-bil air, elektrik dan telefon, bayaran sewa rumah dan kereta, sehinggalah kepada agihan untuk tabungan kecemasan keluarga.
Dengan cara ini, baru anak-anak faham hakikat bahawa ibu bapa tidaklah sebenarnya lokek untuk memberikan mereka duit saku tambahan, tetapi ada keperluan kewangan yang lebih penting pada aspek-aspek yang lain.
Perbelanjaan
Anak-anak perlu dilatih untuk mengetahui ‘aliran tunai’ duit perbelanjaan mereka. Caranya mudah iaitu dengan mengajar mereka untuk mempunyai ‘buku akaun’ sendiri yang mencatatkan berapa banyak duit yang mereka terima dan berapa banyak pula duit yang mereka belanjakan sehari-harian.
Dengan cara ini, anak-anak faham jika duit keluar itu lebih banyak daripada duit masuk, ini menunjukkan bahawa mereka mungkin perlu menyingkirkan apa-apa pembelian barangan yang tidak patut dan merugikan.
Kaedah ini juga melatih anak-anak supaya jangan ‘muflis’ yang bermaksud bahawa mereka perlu ada wang simpanan untuk tujuan kecemasan dan keperluan terdesak pada masa hadapan.
Seterusnya, anak-anak boleh dididik dengan konsep ‘sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.’ Ini adalah sesuai bagi anak-anak yang mungkin mahukan sesuatu seperti membeli basikal, buku rujukan, atau pergi ke kafe siber untuk melayari Internet, di mana mereka perlu menyimpan duit secukupnya hasil lebihan duit saku sehari-harian untuk memiliki apa yang dihajatinya.
Konsep ini juga selaras dengan amalan menabung sama ada menyimpan duit dalam tabung di rumah, atau dalam institusi perbankan atau institusi amanah saham yang ternyata lebih selamat. Lebih-lebih lagi sejak tahun 2004, Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) telah diwujudkan bagi menggalakkan tabungan untuk pembiayaan pengajian anak-anak di menara gading merupakan platform terbaik untuk anak-anak membuat tabungan.
Anak-anak sebaiknya dibiasakan untuk membawa bekal makanan sendiri dari rumah yang lebih terjamin kebersihan dan keseimbangan gizi dan khasiatnya. Dalam hal menggunakan buku-buku latihan, wajar mereka diasuh untuk menggunakan semula buku-buku latihan lama yang masih boleh digunakan agar ia tidak dibuang dengan sia-sia.
Selain itu, ibu bapa perlu mendidik anak-anak akan ajaran agama yang melarang seseorang untuk membazir, kerana membazir itu adalah amalan kesukaan syaitan. Apabila anak-anak dapat diasuh mentaliti dan tindakan mereka untuk berjimat cermat dan menghargai setiap sen yang dimiliki, maka diyakini bahawa mereka dapat membentuk peribadi berhemah dalam berbelanja dan mengusir jauh akan tabiat boros dan ‘biar papa, asal bergaya’.
KHAIRUNNEEZAM MOHD. NOOR ialah Pensyarah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan,
Universiti Sains Islam Malaysia.
Tuesday, January 15, 2008
Niesreena update
Hari ni genap usia Niesreena 1 tahun, 1 bulan, 1 minggu dan 3 hari. Sewaktu aku sedang sebuk menaip ni Niesreena sedang lena beradu di samping ayah Niesreena. Waktu-waktu macam ni lah baru aku boleh nak fokus untuk menulis sesuatu kat blog aku ni.
Ramai kengkawan yang tanya, “Niesreena dah pandai buat apa sekarang”, ”Niesreena dah pandai jalan?”… Niesreena dah boleh berjalan sejak usia dia 11 bulan lagi. Cepat kan? Memula tu aku risau gak sebab masa Niesreena gunakan walker, Niesreena jalan berjingkit-jingkit. Mungkin sebab walker tu berat so dia terpaksa tolak dengan hujung kaki dia. Sebab tu lama-lama Niesreena biasa berjalan berjingkit-jingkit, macam ballerina. Aku risau takut Niesreena lambat berjalan plak nanti. Tapi alhamdulillah, dalam usia Niesreena 11 bulan Niesreena dah boleh berjalan. Dan sekarang ni dah boleh berlari pun! Niesreena memang suka sangat dibawa berjalan kat sekitar kawasan rumah kitorang ni. Bila berjalan tak nak dipegang pulak tu! Siap berlari! Risau aku dibuatnya. Tapi seronok tengok Niesreena yang memang kelihatan seronok sangat bila berjalan sendiri.
Satu lagi keletah Niesreena ialah Niesreena sekarang ni suka sangat bercakap. Selalu sangat bercakap tapi baby language lah. Ntah hapa-hapa jer. Aku layan jer lah dia bercakap. Yang kelakar dan tak tahannya ialah bila Niesreena bercakap tu siap dengan angguk-angguk atau geleng-geleng kepala, kengkadang tu siap angkat-angkat tangan. Hehehhe… Setakat ni kalau dalam bahasa kiter, Niesreena hanya dah pandai cakap ‘nak’ dan ‘bird’. Bila Niesreena nak meminta sesuatu, Niesreena akan cakap “nak… nak…” sambil tangan Niesreena tunjuk ke arah benda yang dia nak tu. Tapi kalau aku buat tak tau jer dengan permintaan dia, dia akan tarik tangan aku ke tempat tu. Suka sakat Niesreena macam tu. J Dan bila nampak atau cari burung, Niesreena akan sebut “bird”. Hmmmm… bilalah nak pandai sebut “mama” dan “ayah” pulak ek?
Hmmmm… untuk pengetahuan kengkawan jugak, Niesreena sekarang ni tak takut dah dengan orang. Tak macam dulu lagi. Dulu takut sangat dengan orang. Orang tak sempat nak dokong, baru tengok jer dah menangis ketakutan. Tapi alhamdulillah sekarang ni dengan semua orang dia nak. Aku pun seronok tengok Niesreena bersosial dengan orang. Taklah asyik duduk bawak ketiak aku dan Neezam jer. Heheheheh…
Sejak beberapa minggu ni jugak Niesreena suka sangat mengigit orang. Aku dan Neezam lah mangsanya. Mungkin Niesreena nak tumbuh gigi lagi kot. Setakat ni Niesreena ada 7 batang gigi; 4 batang gigi atas dan 3 batang gigi bawah.
Niesreena jugak dah pandai turun katil dan sofa sendiri. Hasil usaha aku dan Neezam mengajarnya beberapa minggu ni. Hehehehehe… Tapi masih dalam pemerhatian lagilah. Seronok tengok Niesreena turun katil sendiri. Terkial-kial jer tapi berjaya jugak. Niesreena akan turunkan kaki dia dulu, then tersangkut kat tepi katil dan terus pijak ke lantai. Kelakar…
Favorite Niesreena yang aku tak suka ialah buat sepah, buat kerak, buat kotor… Geram betul! Pantang tengok almari terbuka mesti Niesreena akan keluarkan semua benda. Tak kiralah almari baju atau almari dapur. Nasib baik Niesreena masih tak pandai buka almari dapur sendiri. Kalau tak habis semua periuk belanga keluar. Kalau almari baju tu tak dapat diselamatkanlah. Memang Niesreena dah pandai bukak. Kalau tinggalkan Niesreena sorang-sorang dalam bilik beberapa saat jer tengok semua kain baju yang boleh dicapai dah bersepah-sepah. Kalau cermin almari atau kaca tv ni lagilah… Penuh dengan cap jari dan air liur Niesreena. Suka sangat pengang cermin dan kaca tv. Siap cium lagi tu! Sabar jer lah…
Niesreena ni semakin manja sekarang. Kalau jatuh sikit jer pun buat-buat nangis. Macamkan sakit sangat. Bukan nangis betul pun. Sajer jer berlakon. Ada sekali tu Niesreena terjatuh. Bukan jatuh betul pun. Just tersadung sikit. Then Niesreena mula nak menangis. Aku plak sajer menyorok tepi peti ais sebab aku tau kalau aku tengok dia jatuh mesti dia nangis. Then bila Niesreena tengok aku tak der, Niesreena tak jadi nangis tapi cari aku kat dapur. Bila nampak aku barulah mula buat-buat nangis. Ngader betul. Sekarang ni pun Niesreena suka sangat duduk atas pangku. Sampai lenguh kaki aku dibuatnya. Hai lah anak manja aku sorang tu…
Seronok cerita pasal Niesreena. Tak sedar dah panjang aku tulis. Dan tak sedar masa berlalu begitu pantas. Ok… Berhenti sampai sini dulu… Cooking time!
Sunday, January 13, 2008
Camberwell & Melbourne Aquarium
Macam biasa aktiviti hujung minggu mestilah keluar berjalan dan kali ni kitorang ke Camberwell dan Melbourne Aquarium.
Awal pagi lagi kitorang dah keluar rumah. Naik train ke Camberwell. Kat Camberwell ni famous dengan carboot sell. So, banyak sangat barang murah-murah kat sini. Ada barang baru dan banyak sangatlah barang terpakai tapi harganya memang murah sangat. Free pun ada! Aku tak beli banyak barang pun. Just buku cerita untuk Niesreena.
Puas jalan kat Camberwell, kitorang ke Melbourne Aquarium plak. Niesreena seronok sangat tengok ikan-ikan kat sini. Seronok tengok telatah Niesreena yang macam pelik sangat tengok ikan-ikan dalam akuarium.
:: More piccas @ my fotopages okies! ::
Friday, January 11, 2008
Mengajar konsep Hijrah di kalangan anak-anak
Mengajar konsep Hijrah di kalangan anak-anak
Oleh KHAIRUNNEEZAM MOHD. NOOR
KALENDAR Masihi telah berganjak ke tahun 2008 dan ia diikuti dengan sambutan yang cukup meriah di segenap pelosok negara bagi meraikan kedatangan tahun baru ini.
Golongan kanak-kanak adalah antara yang tidak ketinggalan dalam meraikan kedatangan tahun baru. Ramai ibu bapa yang membawa anak-anak mereka mengikuti acara seperti pengiraan detik menjelang tahun baru, pertunjukan bunga api, konsert, dan seumpamanya.
Namun berapa ramai di kalangan ibu bapa yang beragama Islam menggalakkan anak-anak untuk menyambut kedatangan tahun baru mengikut kalendar Islam atau Hijriah? Jika anak-anak begitu lancar menghafal nama-nama bulan dalam kalendar Masihi, apakah mereka turut mampu mengingati nama dan susunan bulan-bulan mengikut kalendar Hijriah? Adakah anak-anak kita telah diajarkan juga tentang sejarah dan pengajaran yang tersurat dan tersirat daripada sambutan awal Muharam ini? Kebetulan pula sambutan Awal Muharam (1 Muharam 1429 Hijrah) kali ini jatuhnya hanya berselang kira-kira 9 hari dari sambutan tahun baru 2008, iaitu pada 10 Januari. Maka, sewajarnyalah sebagai umat Islam yang mendasari konsep Islam Hadhari di negara kita ini perlu mendidik anak-anak kita menghayati akan kesyumulan dan kesempurnaan ajaran Islam, termasuklah dalam menyambut kedatangan bulan Muharam dan inti pati sambutannya.
Hijrah daripada konteks bahasa bermaksud perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Secara konsepsualnya adalah suatu usaha mengubah nasib atau keadaan sedia ada kepada keadaan yang lebih baik. Hijrah seseorang itu jika disertakan dengan usaha, kesungguhan dan penyerahan kepada Allah s.w.t, maka dia akan dijanjikan kejayaan dan ganjaran pahala.
Anak-anak perlu didedahkan bahawa berdasarkan lipatan sejarah Islam, sahabat Nabi Muhammad s.a.w, Saidina Umar al-Khattab r.a. adalah orang bertanggungjawab menggagaskan penggunaan kalendar Islam berdasarkan peristiwa penghijrahan Rasulullah s.a.w dari Mekah ke Madinah. Peristiwa hijrah diiktiraf sebagai permulaan bulan dalam kalendar Islam dan peristiwa tersebut berlaku pada tahun 622 Masihi mengikut kalendar Masihi. Anak-anak perlu diberitahu bahawa peristiwa penghijrahan Rasulullah s.a.w ini adalah bertunjangkan kepada ketaatan terhadap perintah Allah s.w.t di mana sebagai seorang umat Islam yang beriman seseorang perlu melaksanakan apa yang disuruh-Nya dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya.
Selain itu, terdapat banyak prinsip mulia yang perlu dididik kepada anak-anak di sebalik konsep hijrah. Menjadi kelaziman apabila masuk sahaja tahun baru, kebanyakan orang akan mewujudkan azam baru untuk menjadi lebih baik dan sempurna serba-serbinya berbanding tahun-tahun yang lepas.
Begitu jugalah perlu diterapkan dalam diri anak-anak bahawa dalam mendasari anjakan tahun baru kalendar Islam, membentuk azam baru itu adalah berpaksikan kepada perubahan atau penghijrahan ke arah kebaikan.
Anak-anak perlu difahamkan hijrah mengajar manusia untuk membentuk amalan perpaduan, tolong-menolong dan hormat-menghormati antara sesama manusia tidak kira usia, bangsa dan agama. Dengan cara ini, anak-anak akan terasuh menjadi modal insan yang mempunyai akhlak yang terpuji seiring dengan ketinggian martabat dan ilmu pengetahuan yang dimilikinya. Konsep hijrah juga berkesan mendidik anak-anak untuk sabar dan tidak melaksanakan sesuatu yang boleh memudaratkan diri akibat kecewa dengan sebarang kegagalan, misalnya terjebak dengan gejala ponteng sekolah, merempit, atau menagih dadah.
Akhirnya konsep hijrah berupaya membentuk peribadi anak-anak menjadi insan yang sentiasa yakin dengan ketentuan Allah s.w.t dan bertawakal setelah giat melaksanakan sesuatu usaha ke arah kebaikan. Ia selaras dengan konsep tawakal Rasulullah s.a.w semasa berhijrah ke Madinah dan berusaha mengelakkan ancaman bunuh kaum Musyrikin Mekah.
Allah s.w.t menjanjikan balasan yang sewajarnya kepada mereka yang berserah kepada-Nya seperti yang dinyatakan dalam surah an-Nahl ayat 41-42 maksudnya: Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah, sesudah mereka dianiaya (ditindas oleh musuh-musuh Islam), Kami akan menempatkan mereka di dunia ini pada tempatnya yang baik dan sesungguhnya pahala (amal mereka yang baik itu) lebih besar di akhirat kelak, kalaulah mereka mengetahui. (Mereka itu ialah) orang-orang yang bersabar (menanggung kezaliman) dan berserah diri kepada Tuhannya.
Segala pengajaran dan prinsip yang diserlahkan melalui peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w perlulah diterapkan secara berterusan dalam kehidupan anak-anak. Sempena kedatangan awal Muharam ini, marilah kita mengajak anak-anak meraikannya dengan cara muhasabah diri, perbetulkan kesilapan, perbanyakkan amalan mulia dan membulatkan tekad untuk berusaha bersungguh-sungguh mendapatkan keredaan-Nya di dunia dan akhirat.
PENULIS ialah Pensyarah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan,
Universiti Sains Islam Malaysia.
Saturday, January 5, 2008
Panas
Panasnya… Tolonglah… Sejak beberapa minggu ni cuaca teramat panas kat sini. Sampai pening kepala aku jadinya. Masa New Year eve yang lepas, panas mencecah sehingga 42 degree. Dan beberapa hari ni cuaca yang diramal hanya 32 degree tetap mencecah 40 degree. Panas… Panas… Panas…
Panas-panas macam ni membuatkan aku malas nak menjejakkan kaki ke luar. Asyik nak duduk melepak bawah kipas jer dalam rumah. Tapi kesian plak kat Niesreena sebab Niesreena macam boring jer kalau dah dua tiga hari tak dibawa keluar. So, nak tak nak terpaksa jugak aku bawak dia keluar berjalan.
Badan Niesreena pun dah naik ruam-ruam sebab kepanasan. Cian Niesreena… Kadang-kadang aku mandikan jugak Niesreena malam-malam sebab bila kepanasan Niesreena susah nak tidur. Aku plak walaupun jarang keluar kat tangan ni dah ada kesan jam. Nasib baik kat muka tak ada kesan terbakar. Kalau tak mesti berbelang macam masa sekolah dulu. Well… thanx to Olay… hehehehhe…
Aaaaaa panasnyer…
Tuesday, January 1, 2008
On new year eve @ Melbourne City
Kali ni, since aku kat negara orang, aku decided untuk tengok macam mana oz celebrating New Year eve.
31hb, satu hari yang maha panas kat city; 42 degree. Tapi disebabkan dah janji dengan orang untuk celebrate New Year eve sesama, aku, Neezam dan Niesreena keluar jugak ke city. Dalam pukul 8 malam, lepas pekena cendol kat restoran Nelayan, kitorang bersama-sama Akmal terus ke Federation Square sebab first fireworks start pukul 9.15 malam. Ramai sangat orang berpusu-pusu ke sana. Kat dataran Fed Square dah penuh dengan orang lepak-lepak. Begitu jugak sepanjang tebing Yarra river. Kitorang tak sanggup nak lintas jambatan sebab kitorang rasa spot lepak yang best mesti dah penuh dengan orang. So, kitorang lepak kat tepi Yarra river sebelah Fed Square jer.
~Anak saper yang hilang ni?~
~Yusri, Neezam, Niesreena bersama uncle Akmalnyer~
~Kiter lepax dulu!!!~
Tepat pukul 9.15 malam, fireworks pun bermula. Cantik sangat! Ada macam-macam jenis bunga api yang keluar. Tak pernah aku tengok bunga api secantik tu. Pertunjukkan bunga api tu mengambil masa lebih kurang 5 minit. Best! Memang best sangat! Tamat jer pertunjukkan bunga api, kitorang bergegas ke RMIT untuk solat maghrib.
On the way nak solat maghrib kat RMIT, kitorang terserempak dengan kak Amy dan Diana. Diorang pun nak tunggu second fireworks tengah malam nanti.
Lepas sembahyang maghrib kitorang berjalan semula ke Fed Square. Kali ni orang lebih ramai lagi berbanding pukul 9 tadi. Ramai sangat!
Kat dataran Fed Square ada live band performed dengan penyanyi-penyanyi yang aku tak kenal saper kat atas pentas. Mungkin penyanyi oz lah kot. Orang ramai yang tengok persembahan diorang kat depan pentas sebuk terkinja-kinja dan menari-nari. Ramai jugak orang yang memegang stick glow-in-the-dark yang berwarna-warni.
Hmmmm… aku ingatkan aku jer yang sebuk bawak baby countdown untuk new year. Rupa-rupanya ramai lagi parents yang bawak anak-anak diorang termasuk baby yang baru lepas hari kat situ. Selain oz, aku percaya 30% daripada orang yang berkumpul malam tu ialah orang asing, macam aku gak.
8… 7… 6… 5… 4… 3… 2… 1… Happie New Year! Serentak orang menjerit dan fireworks pun bermula. Macam-macam bunga api keluar. Kali ni lebih cantik dari yang tadi. Bunga api bukan setakat dari Yarra river tapi ada jugak dari Fed Square, banggunan-banggunan tinggi dan beberapa tempat berdekatan. Kali ni pertunjukkan bunga api lebih lama; hampir 20 minit. Niesreena mula-mula ketakutan gak tengok bunga api yang berdentum-dentam. Tapi bila aku peluk Niesreena kuat-kuat, usap-usap dia, barulah dia tenang sikit. Kesian Niesreena…
Penat… penat sangat! Maybe inilah the first and the last time aku celebrate New Year macam ni. No more next time… kot… hehehehe…
Nway, it’s a good experience! Happie new year 2008!
:: More pictures @ Julie's Fotopages ::