Sekarang ni Niesreena dah kurang nak mintak didokong-dokong. Ada masanya Niesreena suka golek-golek jer atas katil. Niesreena boleh meniarap dan berbaring semula dari kedua-dua belah; sebelum ni hanya dari belah kiri sahaja. So, sekarang aku dan Neezam kena lebih berhati-hati dan perhatikan Niesreena selalu sebab takut Niesreena jatuh katil seperti yang dah terjadi sebelum ni; hampir jatuh katil. Nasib baik tak jatuh terus. Cian anak mama…
Sambil bergolek Niesreena suka perhatikan sekeliling dan tengok-tengok apa-apa benda yang boleh dicapai. Kalau boleh Niesreena nak cuba capai apa ajer yang dia nampak. Yang kelakarnya Niesreena beralih dari satu tempat ke satu tempat dengan berguling-guling bukannya meniarap! Hahhahahaha… Tapi mama kagum dengan tekad usaha anak mama; Niesreena akan dapat jugak capai benda yang dia tengok dari jauh dengan cara berguling-guling tu. Kengkadang tu pulak Niesreena akan leka terbaring sambil perhatikan jari-jemari dia yang comel tu. Kusyuk betul bila Niesreena tengok jari sendiri. Dia macam heran sangat. Atuk Niesreena kata jari Niesreena chubby macam kunyit! Hahhahaha…
Sekarang ni Niesreena sangat mudah ketawa bila diagah. Terkekeh-kekeh Niesreena ketawa. Kengkadang tu macam ketawa sampai penat sangat dan Niesreena menghela nafas panjang. Kelakar! Macam orang tua! Kalau nak tau, Niesreena ni suka dengan ayah dia. Kalau Niesreena nampak Neezam, tak payahlah Neezam nak cuba agah-agah even pandang Niesreena pun tak payah, Niesreena akan tergelak bila terpandang jer muka ayah. Macam seronok sangat bila nampak ayah dia. Ntah aper yang mengelikan hati sangat ntah. Kengkadang tu aku jeles gak. Hahhahaha… sebab kalau dengan aku, aku terpaksa agah-agah nak bagi Niesreena gelak ketawa. Tapi kalau dengan Neezam… hmmmm… Neezam tak pandang Niesreena pun, Niesreena akan ketawa.
Niesreena very alert especially dari segi pendengaran. Niesreena akan menoleh kat arah bunyi. Kengkadang tu bila aku berborak dengan hubby, kepala Niesreena akan terpusing-pusing tengok mama dan ayah dia bercakap. Macam paham jer. Tapi yang tak tahan tu bila Niesreena tidur, aku dan hubby terpaksa cakap berbisik-bisik pun kengkadang Niesreena terjaga jugak! Niesreena memang telinga lintah! Bila Niesreena rasa tidur dia terganggu dengan bunyi bising, Niesreena akan terjaga sambil menangis. Mungkin Niesreena anggap orang marah dia kot. Hmmmm… so terpaksalah tepuk-tepuk Niesreena hingga tertidur semula. Manja betul!
Lagi… Niesreena suka berpura-pura! Hahahhaha… Niesreena suka buat-buat batuk, buat-buat tersedu-sedu padahal tak nangis pun, buat-buat nangis tapi tak kuar air mata. Ngengada betul. Pandai dia nak mintak attention mama dan ayah.
Kalau dokong Niesreena, Niesreena suka capai cermin mata aku atau Neezam. Seboleh-boleh dia usaha nak dapatkan. Selain tu, rantai aku ni selalu jadi mangsa tarik dia. Takut jer kalau putus. Bila aku sorok rantai dalam baju, Niesreena akan marah dan cuba cari. Bila tak puas hati mulalah dia menangis. Begitu jugak kalau aku ambil barang yang Niesreena tengah buat main atau pegang. Niesreena akan marah dan menangis sambil mata dia mencari-cari mana aku alihkan barang tu.
Pastu Niesreena ni suka mengomel. Pok pek pok pek, senget benget mulut dia. Ntah aper Niesreena cuba nak sampaikan pun tak tau lah. Aku layan jer… pok pek pok pek gak dengan Niesreena.
Niesreena jugak dah mula kenal orang dan takut dengan orang yang asing dari pandangan dia. Niesreena cuma nak dengan aku dan Neezam jer. Bila kengkawan Neezam cuba dokong dan main-main dengan Niesreena, Niesreena akan tercari-cari mama dan ayah dan mencebik dan seterusnya… mestilah menangis! Alahai… aku takut nanti aku balik Malaysia Niesreena tak nak dengan atuk-atuk atau pakcik makcik dia. Macam mana nak gi honeymoon kalau Niesreena tak nak tinggal dengan orang? Hmmmmmm….?
Buat masa ni Niesreena tak pandai lagi duduk without support. Kengkadang tu boleh jugak but just for a few second then Niesreena akan stumble ke depan. Tapi Niesreena memang suka duduk. Setiap kali aku nak baringkan Niesreena, Niesreena akan tahan badan dia dengan kedua-dua belah siku dia sebab tak nak baring. Pandai betul dia. Bila penat, Niesreena terpaksa jugak ‘membaringkan’ diri dia. Hahhahahhaha…
Panjang pulak dah post aku ni.
K lah… sampai sini jer lah. Kalau nak citer, banyak lagi keletah-keletah baru Niesreena.
Alhamdulillah… perkembangan Niesreena memang selari dengan usia dia. Itu mengikut website dan buku parenting yang selalu aku baca. Bersyukur ke hadrat Allah sebab Dia bagi aku peluang untuk membesarkan sendiri anak aku depan mata, setiap detik, setiap saat.
Post aku ni aku tujukan khas buat keluarga yang jauh di mata; mak-mak, abah, ayah, adik-adik, yang rindukan Niesreena, yang rindukan satu-satunya cucu dan anak buah dalam keluarga. Mesti diorang seronok bila baca tentang perkembangan Niesreena.
Kepada kengkawan yang sedang bergelar ‘mommy-to-be’ (Mas, kak Ita, saper lagi ek? Let me know the gud news!), mesti tak sabar nak tengok baby dari belly tu. Harap-harap post-post aku mengenai perkembangan Niesreena ni boleh dijadikan panduan; what to expect every month. Kepada yang dah ada baby (Sal, Zura, Salwa, Fizah, Pidah, Sarah, Kak Amy, Kak Aya, Zetty, and ramai lagi kalau nak sebut…) mesti kata ‘baby aku pun macam Niesreena jugak. Dah pandai buat tu… dah pandai buat ni…’. So, bolehlah kita sama-sama kongsi pengalaman. Kepada yang dah ‘ada anak tapi tak der baby’ (Sit and Adah), haahhahaha… boleh lah tambah baby baru. Seronok apa ada baby. Hehhehehehe… Kepada yang sedang mengandungkan second atau third atau baby seterusnya (Heda, Fynn, Baya), harap-harap post-post aku ni boleh refreshkan semula kenangan baby korang yang terdahulu.
Dan untuk aku dan Neezam, aku harap semua ni boleh dijadikan kenangan pada masa akan datang!
8 comments :
da beso ni muka dia cam neezam kan... :)
Jeles betul sebab ramai orang kata muka Niesreena ikut muka Neezam. Hmmmmm... tapi memang pun... ;p
niesreena chayo' !!! .... niesreena chayo ' !!! ....nanti pasni dia merangkak....keje kene kutip dia pulak... ....dah ada gigi ke niesreena nie kak julie....
Belum ada gigi lagi zura. Mungkin dalam masa terdekat ni kot sebab dah ada tanda-tanda nak bergigi dah. :)
huhu...comel lah die.....nanti akak balik cni bagi saye dokong die ek.....biar saye plak yg koje kan die
Boleh dokong. Slalu pun boleh. Jadi babysitter pun boleh. Tu pun kalau dia nak ngan awak ler.
alahai...comeynya baby niesreena ni...julie..cium baby sikit, dr aunty ok...bil balik mesia?
Insya Allah kitorang balik Malaysia akhir bulan 8 ni. Nak sambut puasa dan raya kat sana. Bolehlah jumpa yer... :)
Post a Comment