♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, June 30, 2007

It's my 27th Birthday (^^)

Bahagia, seronok dan menggembirakan! Itulah yang dapat aku gambarkan hidup aku sepanjang hari ni! Hari ulangtahun aku!

* * * * *


Hari ni, 30hb Jun 2007, genap aku berusia 27 tahun. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah swt, kerana dipanjangkan usia aku hingga ke saat ini dan dikurniakan aku kesihatan yang baik serta kebahagian yang tidak ternilai.

Sejak dari pukul 12 tengah malam, malam tadi, satu per satu kejutan aku terima daripada hubby tercinta. Aku memang tak menjangka apa-apa kejutan pun dari Neezam sebab aku tak dapat ‘hidu’ apa-apa pun. Lebih-lebih lagi sejak masuk musim sejuk ni Neezam sentiasa berada kat rumah dan jarang ke kampus. Neezam pun pernah kata kat aku yang dia tak dapat nak bagi apa-apa pada aku sebab tak tau nak cari apa kat Melbourne ni. Aku pun tak harapkan apa-apa sebab aku tahu barang kat sini semuanya mahal kalau nak bandingkan dengan kat Malaysia.

Cuma satu jer aku harapkan dari Neezam pada harijadi aku ialah aku nak bermalas-malas pada harijadi aku. Hehhehehehe… Maksudnya aku nak rehat, tak nak buat apa-apa kerja, tak nak mengemas, tak nak masak! Aku nak relax. Just for that special day of mine! Hehehhehehe… And that wish was come true. Aku memang relax hari ni. Tq abang!

Balik ke pukul 12 malam tadi, mulanya aku dikejutkan dengan kad-kad harijadi daripada Niesreena dan hubby. So sweet! Walaupun sekadar kad, itu dah membuatkan aku rasa bahagia sangat sebab sebelum ni aku rasa macam takkan dapat apa-apa walaupun sekeping kad ucapan.

Hehhehehehehhe… Then slide presentation daripada hubby, khas buat aku. Very special, nice and creative. Aku suka sangat slide tu. Dan aku rasa terharu sangat sebab Neezam siapkan slide tu sepanjang malam.

Jom tengok sesama. Memang best!!!

And finally, of course, the present! Sekotak minyak wangi ‘Paris Hilton’. Ya Allah! Bau dia memang best! Tq abang!

Tak dapat aku nak gambarkan betapa gembiranya aku malam tadi! Ditambah pulak mak dan adik call melalui 3G. Seronok tengok muka mak dan adik. So, dapatlah aku lepaskan rindu kat diorang. Rindu sangat kat mak dan adik! Dan abah pulak call aku pagi tadi untuk ucapkan happie birthday. Seronok betul!!! Beberapa hari sebelum tu aku terima kad birhday dari diorang. Tq! Oh yaa… adik-adik ipar aku, Aireen dan Ira turut menyanyikan lagu harijadi untuk aku malam tadi. Tima kasihlah korang atas nyanyian yang sungguh ‘merdu’ itu. Ehem… ehem…

Hari ni pulak, bersempena dengan harijadi aku, kitorang ke city. Firstly, gi ambil tiket flight balik Malaysia. Waaahhhhh… seronok bila tengok tiket flight. So, comform kitorang akan balik ke Malaysia 28 Ogos nanti. Pas ambil tiket flight dari agen, kitorang gi shopping! Memang favourite aku! Shopping!!! Kitorang ke Queen Victoria Market. Shopping sakan kat sana. Macam-macam aku beli… oppsss… Neezam bayar, aku tunjuk jer. Actually kebanyakkan barangan yang kitorang beli tu adalah untuk dibawa balik ke Malaysia bulan 8 nanti. Tapi biasalah… orang pompuan…memang suka shopping! Lepas puas shopping, kitorang ke Bismi. Aku teragak nak makan nasi beriani. Tapi mungkin tak der rezeki, nasi beriani dah habis. Tak pe lah. Lain kali kitorang akan datang ke Bismi lagi untuk makan nasi beriani pulak.

Aarrggghhhh… penat sangat rasanya hari ni. Tapi seronok. Best!!! Harijadi aku kali ni memang lain dari harijadi aku sebelum-sebelum ni. Walaupun tak de kek harijadi dan ros merah dari Neezam sepertimana biasa, tapi aku tetap rasa bahagia dan seronok sangat! Anyway, my beloved mother in law awal-awal lagi dah kata nak sambut birthday aku bila aku balik Malaysia nanti. Kata mak, dia akan order kek kegemaran aku nanti. Apa lagi kalau bukan cheese cake. Yum yum…

27 tahun… Semoga aku lebih matang dalam menghadapi segala cubaan dan cabaran dalam kehidupan.

Terima kasih abang… Terima kasih atas segalanya… I luv you so much!

:: More piccas @ Julie's Fotopages ::

Friday, June 29, 2007

My lil' afro girl & her father

Tengoklah hasil kerja Neezam terhadap anak perempuannya.

Haiya!

Dah macam Alleycats dah!

"Sampaikanlah salam... Cintaku... Padanya... Timkasih!!!"

~Like father...~

~... like daughter!~

Monday, June 25, 2007

Adoiii

Sejak masuk jer winter a few weeks ago, aku asyik rasa tak sehat jer. Sebabnyer aku ni tak tahan sejuk. So, aku asyik bersin-bersin jer. Rasa macam nak tertanggal hidung ni. Kadang-kadang tu aku terbangun tengah malam sebab tak selesa dengan hidung. Pastu bersin-bersin. Arrrr… kengkadang tu mengganggu Neezam dan Niesreena yang tengah tidur. Kesian diorang… Nasib baik Neezam dan Niesreena adapted dengan cuaca kat sini. Kalau tak lagi aku susah hati.

Di Australia ni ada beberapa tempat jer yang bersalji pada musim winter. Terutamanya di kawasan tanah tinggi. Nasib baik kat Bundoora ni tak bersalji. Kalau tak… lagilah sejuk… lagilah aku tak sehat. Walaupun tak bersalji, tapi cuaca kat sini boleh jatuh hingga ke 3°c. Cuaca akan jadi bertambah sejuk kalau hari hujan dan windy. Bila musim sejuk ni, aku, Neezam dan Niesreena selalu habiskan masa kat rumah jer. Malas nak keluar berjalan sebab cuaca yang sejuk kecuali kalau ada urusan penting.

Pada musim sejuk ni jugak, siang lebih pendek dari malam. Waktu siang hanya lebih kurang 10 jam jer. So, jarang nak nampak matahari, lebih-lebih lagi kalau hujan. Disebabkan waktu siang yang pendek, so, waktu sembahyang pun jadi dekat-dekat jer jaraknya; subuh pukul 6 pagi dan pukul 6.30 malam dah masuk waktu isya’. Dan selalunya bila dah ambil wuduk, aku akan cuba tahan supaya tak batal air sembahyang sebab tak nak ambil wuduk berkali-kali sebab sejuk. Hehehhehe…

Walaupun ada heater, tapi tetap rasa sejuk. Dulu, sebelum masuk musim sejuk ni aku rasa heater air ni panas sangat, tapi bila dah masuk musim sejuk ni aku rasa air panas dah tak panas plak.

Bila tak sehat macam ni, aku rasa rindu sangat kat Malaysia, rindu sangat kat rumah. Aku selesa dengan cuaca kat Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun daripada kat Melbourne ni yang diibaratkan 4 musim dalam satu hari…

Haaaaccccccoooooooooooooooo…

Wednesday, June 20, 2007

Niesreena new development

Sekarang Niesreena dah boleh duduk sendiri without any support. Seronok bila tengok Niesreena dah pandai duduk. Niesreena pun nampak gayanya suka duduk. Well, she likes to sit rather than lay down. Hehehehe...

Banyak lagi gambar-gambar terkini Niesreena kat fotopages aku. Jemputlah singgah!

Sunday, June 17, 2007

Selamat Hari Abah

Gambar saper ni ek?

Ini lah gambar aku dan abah. Masa tu aku baru jer berusia 2 bulan dan abah kelihatan sangat muda lagi. Gambar ni diambil masa kitorang tinggal kat Pulapol, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Flat tingkat 10. Tu yang gambar macam tinggi sangat kan. Hehehhehe...

Bersempena dengan hari bapa ni,

Julie ucapkan

Selamat Hari Bapa untuk abah yang tersayang...

Dan tak lupa juga kepada suami yang tercinta.

Selamat Hari Bapa!

Selamat Hari Bapa jugak diucapkan kepada ayah mertuaku dan sumer kengkawan yang berstatus ayah.

Thursday, June 14, 2007

Mengintegrasi Pensyarah, Industri

Seperti biasa lepas mandi tiap-tiap pagi rutin harian aku akan bermula kat dapur; mengemas, membasuh, memasak. Manakala Neezam pulak, turn on pc dan baca online newspaper; semestinya Utusan Online.

Pagi tadi, sedang aku sebuk-sebuk sediakan sarapan tiba-tiba Neezam tarik tangan aku ke bilik dan disuruh aku baca rencana kat Utusan online. Rupa-rupanya tulisan Neezam disiarkan kat Utusan Malaysia.

Neezam gembira sangat! Aku pun tumpang gembira… Mana tak nya, Neezam ingatkan tulisan dia tu tak layak nak disiarkan sebab hampir seminggu Neezam hantar ke Utusan tapi masih tak disiarkan sehinggalah ke hari tu. Dah sedih dah ‘orang tua’ tu. Tapi hari tu Neezam seronok sangat.

Seronok bila tengok Neezam seronok. Tersenggih jer Neezam sepanjang hari tu. Aku sempat jugak sms kat adik aku kat KL supaya tengok rencana Neezam.

So, inilah hasilnya.

Mengintegrasi pensyarah, industri

Oleh KHAIRUNNEEZAM MOHD NOOR

ACAP kali kita mendengar isu siswazah universiti yang tidak memiliki tahap pengetahuan dan kemahiran yang diharapkan oleh industri. Secara zahirnya seolah-olah siswazah sendiri yang bersalah kerana tidak kompetitif dan tidak cukup berkemahiran.

Laporan akhbar yang menyiarkan cadangan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapha Mohamed, baru-baru ini yang menyarankan agar para pensyarah di institusi pengajian tinggi membuat latihan praktikal di industri sangat menarik perhatian.

Ini merupakan bukti bahawa kerajaan benarbenar serius untuk memartabatkan kecemerlangan dan kualiti para pensyarah dan institusi pengajian tinggi di Malaysia. Pelaksanaan cadangan ini akan menjadi satu titik-tolak yang sangat bermakna bagi meningkatkan kredibiliti siswazah yang akan dihasilkan sesebuah universiti sejajar dengan kehendak pasaran semasa.

Strategi

Selain itu, usaha mengintegrasikan pensyarah universiti dengan industri melalui latihan praktikal sebegini adalah satu strategi bersifat serampang dua mata. Bak kata pepatah sambil berdiang nasi masak, ia dianggap pembuka mata dan perspektif pensyarah tentang perkembangan semasa di industri.

Tidak disangkal, pensyarah universiti di mata masyarakat adalah golongan bijak pandai yang sarat dengan ilmu pengetahuan di dada mengikut bidang dan kepakaran masing-masing. Pensyarah universiti menjadi sumber rujukan untuk penyelesaian bagi sebarang isu semasa yang timbul berkaitan dengan bidang mereka.

Pun begitu, mereka masih perlu mendalami praktis dan perkembangan sebenar ilmu tersebut di dalam industri. Kepesatan dan pembangunan di dalam industri kadangkala menyebabkan teori-teori dan ilmu yang dimiliki dan diajar di universiti menjadi lapuk ditelan zaman.

Akhirnya, kualiti pembelajaran yang diterima oleh para pelajar turut ketinggalan. Natijahnya, kesan buruk ditanggung siswazah kerana kurangnya pengetahuan dan kemahiran yang diharapkan industri. Justeru, cadangan untuk ahli akademik universiti bergelumang dan menyertai industri secara hands-on adalah sangat wajar dan perlu disahut dengan nada yang positif di kalangan mereka.

Penglibatan di dalam latihan praktikal di industri bukanlah satu trend atau fenomena asing di kalangan pensyarah universiti di negara-negara lain. Ternyata ia menjadi ‘budaya akademik’ yang utama bagi mereka selain daripada mengendalikan kuliah dan penyelidikan semata-mata.

Begitu juga dengan sebilangan kecil pensyarah di universiti tempatan yang bijak mengambil inisiatif menyertai industri untuk memantapkan pengetahuan mereka. Namun, masih juga perlu ada kesedaran bersifat kolektif di kalangan semua pensyarah untuk berbuat sedemikian.

Apa yang pasti, usaha kerajaan menggalakkan pensyarah universiti untuk melihat sendiri dunia sebenar di dalam industri perlu dilihat dari perspektif yang terbuka.

Tuesday, June 12, 2007

Sedih giler!

Arrrrr… giler sedih!

Pagi tadi Niesreena bangun awal. Bila Niesreena dah bangun aku biarkan jer Niesreena main sesorang sementara aku tengok-tengok Niesreena main. Tapi disebabkan aku masih lagi mengantuk so aku tertidur semula. Tiba-tiba aku dan hubby dikejutkan dengan bunyi jatuh yang kuat. Ya Allah! Terkejut aku dibuatnya. Aku tengok Niesreena dah tak der disebelah aku. Rupa-rupanya Niesreena dah jatuh katil! Niesreena tak nangis hinggalah dia nampak aku, baru Niesreena nangis teresak-esak. Cepat-cepat aku dokong dah usap-usap kepala dan badan Niesreena.

Ya Allah… hanya Allah jer tahu perasaan aku masa tu. Sedih dan menyesal sangat! Niesreena menangis kuat sangat. Mesti sakit sangat, dan mesti Niesreena terkejut. Puas aku dan Neezam cuba tenangkan Niesreena, baca selawat kat telinga Niesreena, akhirnya barulah Niesreena senyap tapi tersedu-sedan. Air mata pun banyak mengalir kat pipi Niesreena.

Sepanjang hari aku menangis. Sedih dan menyesal yang teramat sangat! Aku rasa teruk sangat sebab aku cuai! Teruk sangat! Teruknya aku sebab aku tak menjaga anugerah yang Allah bagi ni sebaik mungkin. Anugerah Allah yang sempurna. Aku takut jer Dia akan tarik balik anugerah ni sebab kecuaian aku yang bodoh ni!

Ya Allah… Lindungilah Niesreena…

“Julie… Julie…” :’(

Monday, June 11, 2007

Sweet dream my friends!

Aku suka lagu ni! Penyanyi dia, Jang Nara, pun comel! Jom tengok!

Wednesday, June 6, 2007

Niesreena dah 6 bulan hari ni

Hari ni genap usia Niesreena 6 bulan. Menjangkau usia 6 bulan, makin banyak keletah Niesreena. Makin banyak akal dia!


Sekarang ni Niesreena dah kurang nak mintak didokong-dokong. Ada masanya Niesreena suka golek-golek jer atas katil. Niesreena boleh meniarap dan berbaring semula dari kedua-dua belah; sebelum ni hanya dari belah kiri sahaja. So, sekarang aku dan Neezam kena lebih berhati-hati dan perhatikan Niesreena selalu sebab takut Niesreena jatuh katil seperti yang dah terjadi sebelum ni; hampir jatuh katil. Nasib baik tak jatuh terus. Cian anak mama…

Sambil bergolek Niesreena suka perhatikan sekeliling dan tengok-tengok apa-apa benda yang boleh dicapai. Kalau boleh Niesreena nak cuba capai apa ajer yang dia nampak. Yang kelakarnya Niesreena beralih dari satu tempat ke satu tempat dengan berguling-guling bukannya meniarap! Hahhahahaha… Tapi mama kagum dengan tekad usaha anak mama; Niesreena akan dapat jugak capai benda yang dia tengok dari jauh dengan cara berguling-guling tu. Kengkadang tu pulak Niesreena akan leka terbaring sambil perhatikan jari-jemari dia yang comel tu. Kusyuk betul bila Niesreena tengok jari sendiri. Dia macam heran sangat. Atuk Niesreena kata jari Niesreena chubby macam kunyit! Hahhahaha…

Sekarang ni Niesreena sangat mudah ketawa bila diagah. Terkekeh-kekeh Niesreena ketawa. Kengkadang tu macam ketawa sampai penat sangat dan Niesreena menghela nafas panjang. Kelakar! Macam orang tua! Kalau nak tau, Niesreena ni suka dengan ayah dia. Kalau Niesreena nampak Neezam, tak payahlah Neezam nak cuba agah-agah even pandang Niesreena pun tak payah, Niesreena akan tergelak bila terpandang jer muka ayah. Macam seronok sangat bila nampak ayah dia. Ntah aper yang mengelikan hati sangat ntah. Kengkadang tu aku jeles gak. Hahhahaha… sebab kalau dengan aku, aku terpaksa agah-agah nak bagi Niesreena gelak ketawa. Tapi kalau dengan Neezam… hmmmm… Neezam tak pandang Niesreena pun, Niesreena akan ketawa.

Niesreena very alert especially dari segi pendengaran. Niesreena akan menoleh kat arah bunyi. Kengkadang tu bila aku berborak dengan hubby, kepala Niesreena akan terpusing-pusing tengok mama dan ayah dia bercakap. Macam paham jer. Tapi yang tak tahan tu bila Niesreena tidur, aku dan hubby terpaksa cakap berbisik-bisik pun kengkadang Niesreena terjaga jugak! Niesreena memang telinga lintah! Bila Niesreena rasa tidur dia terganggu dengan bunyi bising, Niesreena akan terjaga sambil menangis. Mungkin Niesreena anggap orang marah dia kot. Hmmmm… so terpaksalah tepuk-tepuk Niesreena hingga tertidur semula. Manja betul!

Lagi… Niesreena suka berpura-pura! Hahahhaha… Niesreena suka buat-buat batuk, buat-buat tersedu-sedu padahal tak nangis pun, buat-buat nangis tapi tak kuar air mata. Ngengada betul. Pandai dia nak mintak attention mama dan ayah.

Kalau dokong Niesreena, Niesreena suka capai cermin mata aku atau Neezam. Seboleh-boleh dia usaha nak dapatkan. Selain tu, rantai aku ni selalu jadi mangsa tarik dia. Takut jer kalau putus. Bila aku sorok rantai dalam baju, Niesreena akan marah dan cuba cari. Bila tak puas hati mulalah dia menangis. Begitu jugak kalau aku ambil barang yang Niesreena tengah buat main atau pegang. Niesreena akan marah dan menangis sambil mata dia mencari-cari mana aku alihkan barang tu.

Pastu Niesreena ni suka mengomel. Pok pek pok pek, senget benget mulut dia. Ntah aper Niesreena cuba nak sampaikan pun tak tau lah. Aku layan jer… pok pek pok pek gak dengan Niesreena.

Niesreena jugak dah mula kenal orang dan takut dengan orang yang asing dari pandangan dia. Niesreena cuma nak dengan aku dan Neezam jer. Bila kengkawan Neezam cuba dokong dan main-main dengan Niesreena, Niesreena akan tercari-cari mama dan ayah dan mencebik dan seterusnya… mestilah menangis! Alahai… aku takut nanti aku balik Malaysia Niesreena tak nak dengan atuk-atuk atau pakcik makcik dia. Macam mana nak gi honeymoon kalau Niesreena tak nak tinggal dengan orang? Hmmmmmm….?

Buat masa ni Niesreena tak pandai lagi duduk without support. Kengkadang tu boleh jugak but just for a few second then Niesreena akan stumble ke depan. Tapi Niesreena memang suka duduk. Setiap kali aku nak baringkan Niesreena, Niesreena akan tahan badan dia dengan kedua-dua belah siku dia sebab tak nak baring. Pandai betul dia. Bila penat, Niesreena terpaksa jugak ‘membaringkan’ diri dia. Hahhahahhaha…

Panjang pulak dah post aku ni.

K lah… sampai sini jer lah. Kalau nak citer, banyak lagi keletah-keletah baru Niesreena.

Alhamdulillah… perkembangan Niesreena memang selari dengan usia dia. Itu mengikut website dan buku parenting yang selalu aku baca. Bersyukur ke hadrat Allah sebab Dia bagi aku peluang untuk membesarkan sendiri anak aku depan mata, setiap detik, setiap saat.

Post aku ni aku tujukan khas buat keluarga yang jauh di mata; mak-mak, abah, ayah, adik-adik, yang rindukan Niesreena, yang rindukan satu-satunya cucu dan anak buah dalam keluarga. Mesti diorang seronok bila baca tentang perkembangan Niesreena.

Kepada kengkawan yang sedang bergelar ‘mommy-to-be’ (Mas, kak Ita, saper lagi ek? Let me know the gud news!), mesti tak sabar nak tengok baby dari belly tu. Harap-harap post-post aku mengenai perkembangan Niesreena ni boleh dijadikan panduan; what to expect every month. Kepada yang dah ada baby (Sal, Zura, Salwa, Fizah, Pidah, Sarah, Kak Amy, Kak Aya, Zetty, and ramai lagi kalau nak sebut…) mesti kata ‘baby aku pun macam Niesreena jugak. Dah pandai buat tu… dah pandai buat ni…’. So, bolehlah kita sama-sama kongsi pengalaman. Kepada yang dah ‘ada anak tapi tak der baby’ (Sit and Adah), haahhahaha… boleh lah tambah baby baru. Seronok apa ada baby. Hehhehehehe… Kepada yang sedang mengandungkan second atau third atau baby seterusnya (Heda, Fynn, Baya), harap-harap post-post aku ni boleh refreshkan semula kenangan baby korang yang terdahulu.

Dan untuk aku dan Neezam, aku harap semua ni boleh dijadikan kenangan pada masa akan datang!

Monday, June 4, 2007

Geram!!!

Memang pemalas nak mampossss!!!! Nasib baik ada hubby… Kalau tak…

Sunday, June 3, 2007

Anak ayah

Niesreena memang manja dengan ayah dia. Kalau dengan ayah, Niesreena boleh duduk diam, boleh baring-baring, manja-manja. Kalau dengan mama, asyik nak berdokong jer, sampai tergeliat tulang belikat mama. Hehehehhe... Anak ayah katakan...


:: More cute pictures of them @ Julie's Fotopages ::

back to top