♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Wednesday, September 21, 2016

Cauvade Syndrome | Isteri mengandung, suami yang mabuk?

Semalam enche Neezam masih mabuk-mabuk lagi. Tapi berbeza dengan kelmarin, semalam enche Neezam start mabuk sejak balik dari kerja petang. Tak seteruk kelmarin, sepanjang hari sakit kepala dan muntah.

Sian tengok enche Neezam.

Kawan-kawan pun tak percaya enche Neezam mabuk disebabkan aku pregnant, sebab diorang tak pernah dengar. Hehehehe...

Aku pernah tahu memang ada situasi macam ni sebab dulu pun enche Neezam pernah mabuk masa aku pregnant tapi tak lah seteruk ni.

Mabuk macam ni dikenali sebagai Cauvade Syndrome atau juga dipanggil sebagai sympathetic pregnancy. Thanks Sit for the finding!

Sindrom ni terjadi bilamana isteri yang mengandung tapi suami yang mengalami alahan dan mabuk-mabuk teruk - macam wanita mengandung. Suami akan terasa pening-pening dan muntah-muntah. Diorang jugak boleh mengidam! Haaaiiii... apalah enche Neezam nak mengidam ni kang yer?

Mabuk dah teruk... jangan mengidam pun teruk-teruk sampai susah nak cari sudahlah... Huhuhuhu...

Alhamdulillah... hari ni nampak gayanya enche Neezam dah beransur baik. Katanya dia bawak asam ke hulu, ke hilir nak hilangkan mabuk. Huhuhu... Sian laki aku...

Doakan enche Neezam sehat seperti sedia kala yer kengkawan! Thank you!

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top