♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, February 8, 2016

Sepetang di Taman Tasik Titiwangsa

Taman Tasik Titiwangsa.

Dulu masa kecik-kecik abah dan emak selalu bawak aku dan Joy datang main-main kat sini. Main buaian, bentuknya bulat dan ada banyak buai. Ada gelongsor batu, keretapi, jongkang-jongket dan tempat panjat-panjat. Bila dah panjat sampai atas, tak reti nak turun. Terpaksalah abah naik dan bawak aku turun.

Kat tasik selalu nampak kepala labi-labi terjenguk-jenguk. Hehehehehe...

Sekarang ni dah banyak berubah. Of course, lebih baik dan moden lagi. Lebih banyak gelongsor siap pusing-pusing dan tinggi kemain!

Kat Titiwangsa ni jugak tempat aku dan enche Neezam ambik gambar post-perkahwinan. Post yer... bukan pra. Orang zaman sekarang jer ambik gambar sebelum kahwin mengalahkan orang yang dah kahwin. Kitorang dulu, lepas sanding kat Pulapol, settle majlis, touch up sikit lagi terus gi Titiwangsa, photoshot pra perkahwinan.

Hari ni balik rumah mak. Kebetulan Joy dan anak dia pun ada kat rumah mak. So, petang tadi sempat bawak Niesreena dan Naufal serta anak buah aku, Haziq ke Taman Tasik Titiwangsa. Tak jauh pun dari rumah. Alhamdulillah... cuaca petang tadi pun tak lah panas sangat.


Siap ada budak pompuan 'hilang' lagi kat sini. Menangis-nagis cari famili dia. Aku dan Niesreena memula tengok jer budak tu dari jauh. Tak der saper pun nak tolong dia walaupun dah teresak-esak dia menangis. Hinggalah dia datang dekat dengan aku dan Niesreena terus aku pujuk dia. Aku ikut belakang diorang.

Sambil pengang tangan budak tu, Niesreena kata, "Jangan nangis... jangan nangis... Jom kakak teman cari mak adik... Nama saper?"

Kakak sangat kan si Niesreena... Suka aku tengok apa yang dia buat.

Dua tiga kali pusing kat tempat permainan kanak-kanak tu, then budak tu nampak dan lari kat mak dia yang tak jauh dari kitorang. Tapi... mak dia boleh marah kat budak tu, pastu pandang kitorang semacam jer. Bukan nak cakap terima kasih. Macam-macam...

Dan kat sini, ramainyer orang makan sengkuang calit! Aku pun tak lepaskan peluang gi beli jugak!

Nyum... nyum... sedapnyer!

Harganya sehengget lima posen sekeping. Oklah kan... Kacang pun kemain banyak. Sambal dia pun sedap. Hari tu beli kat PD sekeping dua hengget tapi besar sikitlah dari yang ini. Tapi mak kata, kat kolam Rejang, sekeping dua hengget setengah! Mahal giler!

Dulu masa sekolah selalu beli lepas sekolah. Sekeping baru doploh sen. Hehehehehe....

Sekarang ni dah ada litar lumba 'kereta control'. Seronok tengok kereta kecik berlumba. Kereta jer kecik... bunyinyer... macam kereta besar jer.

Ramai betul orang kat sini. Seronok gak tengok. Kurang sikit tengok orang mengadap handphone jer.

Huhuhu...

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top