♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Tuesday, February 9, 2016

Girls Day Out

IKEA Cheras & Kaison

Hari ni bawak emak dan cucu dia gi jalan-jalan cuci mata kat IKEA Cheras. Walaupun IKEA ni terletak tak jauh dari rumah mak abah, tapi kitorang masih tak berkesempatan lagi nak singgah ke sini.

Hari ni, agak-agak mesti tak ramai orang kot sebab cuti panjang CNY. So, pagi-pagi lagi lepas sarapan, kitorang terus gerak ke IKEA Cheras. Hmmmm... as expected, masih lengang lagi. Aku parking betul-betul depan escalator masuk IKEA. Lucky!

Apalagi... Jom cuci mata!

Bahaya betul! Rasa macam semua nak beli!

Bagi aku, barangan Ikea kebanyakkannya memang cantik, menepati citarasa, terkini, moden dan harganya memang mampu milik.

Banyak dapat idea untuk rumah. Nanti bila dah masuk rumah sendiri balik, bolehlah borong perabot dan curi idea dari sini.

Inilah rak yang boleh hack jadi iron table. Saiz dia memang just nice. Kalau rajin, boleh buat.

Cantik kan arm chair ni???!!! Nak dua!!!

Yang bawah ni pun cantik!

Niesreena kata nak almari ni untuk letakkankan buku-buku sekolah, buku-buku rujukan, komik-komik dan novel-novel dia yang semakin berlambak tu.

Hmmmm... ye lah.... one fine day nanti yer...

Almari ni...

Sesuai untuk simpan dokumen-dokumen penting. Lengkap ada kod rahsia lagi untuk buka laci.

Island ni cantik.

Yang ini pun cantik!

Katil ni cantik.

Harganya pun murah jer. Sesuai untuk Niesreena.

Aku berkenan dengan cermin dan lampu kat bawah ni. Rasa ala-ala artis sangat. Huhuhu...

Karpet kat sini pun murah jer. Memang berbaloi-baloi!

Bermacam jenis lampu ada dijual di sini.

Aku suka yang ini.

Dan kepala lampu yang ni.

Padan kan?

Memang rambang bila dah ke sini. Semua rasa nak beli. Tapi sabar jer lah dulu. Nanti bila rumah dah siap reno, nak masuk rumah, barulah shopping barang rumah yer.

Selain IKEA tempat yang aku suka cuci mata ialah kat Kaison. Kaison yang paling dekat dengan rumah mak ialah yang kat Festival City. Eh... Festival City dan tukar nama jadi Setapak Sentral lah..

Aku suka dengan canvas art kat Kaison. Cute-cute jer sumer.

Wallpaper kat sini pun comel-comel.

Aku sempat rembat sarung kusyen comel untuk kereta comel aku. Macam-macam pilihan ada kat sini. Rambang mata.

Hmmmm... next time datang cuci mata lagi yer... May be boleh cuci poket sekali

Hehehhe...

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top