♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, October 25, 2014

Resepi | Kuey Teow Hong Kong

Tadaaaaaa!! My kuey teow Hong Kong!

Nampak menyelerakan tak?

y(^-^)y

First time makan kuey teow Hong Kong ni kat restoran dekat dengan office - restoran Lisa. Kemain sedap! Kuey Teow goreng dia cruncy! Kuahnya pun sedap! Kalau lunch, dalam seminggu, dua tiga kali mesti nak pekena kuey teow Hong Kong Lisa. Sampai kakak tu dah tahu dah menu apa aku nak makan. Huhuhu...

Tup tup... akhir tahun lepas, restoran Lisa tutup sebab diorang berpindah. Frustnya rasa... Sejak daripada tu, tak pernah jumpa kuey teow Hong Kong sesedap kat Lisa. Selalu jumpa kuew teow king kong jer! Huhuhu...

So, aku decided untuk buat sendiri. Selalu aku buat ladna. Tak pernah buat Hong Kong. Jauh benau!

Beza ladna dan Hong Kong ni hanyalah pada kuey teownya. Kuey Teow akan disalut dengan telur dan digoreng terlebih dahulu. Mesti garing! Baru sedap!

Kuey Teow Hong Kong

Bahan-bahan

Kuey Teow 1 bungkus - boleh jugak ganti dengan bihun atau mee, ikut kegemaran korang
Telur ayam
Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan untuk kuah

Bawang putih 4 ulas ditumbuk
Cili padi 3 biji dihiris halus
Udang dan sotong
Lobak, kailan, asparagus atau apa-apa sayuran yang korang suka, yang sesuai
Sos tiram 2 sudu besar
Tepung jagung 1 sudu
Lada sulah 1 sudu kecil
Serbuk perisa ayam 1 sudu kecil
Garam

Cara-caranya:-

Kita mulakan dengan buat kuah dulu.

Senang jer.

Memula panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih yang telah ditumbuk tadi.

Kemudian masukkan cili padi dan sayur-sayuran.

Apabila sayur macam nak empuk atau masak, masukkan sotong dan udang.

Campur sedikit air, sos tiram, lada sulah, perisa ayam dan garam secukup rasa.

Bancuh tepung jagung dan sedikit air, kemudian masukkan dalam kuah.

Bila kuah dah pekat, boleh matikan api.

Kemudian kita sediakan kuey teownya pula.

Kuey teow dibahagiakan mengikut sukatan atau bahagian 1 orang makan.

Dalam mangkuk, pukul 1 biji telur dan garam dan kemudian masukkan 1 bahagian kuey teow. Gaulkan rata.

Di dalam kuali, panaskan minyak lebih kurang 1/2 cawan. Pastikan minyak betul-betul panas baru masukkan kuey teow.

Bila bahagian bawah dah kuning dan masak, terbalikkan kuew teow tadi.

Bila dah nampak masak dan garing, angkat dan tuskan kuew teow tersebut.

Dapatlah macam kat bawah ni!

Bolehlah dihidangkan dan tuangkan kuah bila dah ready untuk dimakan.

Kalau suka masam sikit, bolehlah sediakan sebiji limau kasturi.

Yummeh! Seriously sedap!

Selamat mencuba

2 comments :

Anonymous said...

waaaahhhhh! nampak sangat menyelerakan!

Janita Mohd Jamil said...

Makasih..dapnyer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top