♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, October 10, 2014

Resepi | Kerabu Suhun ala Thai

Ya Allah... sekejapnya masa berlalu... hari ni dah hari Jumaat?! Rasanya baru jer cuti hujung minggu, tetiba dah jumpa hujung minggu semula...

(^-^)

Last week balik Segamat, teringin nak makan kerabu suhun kat kedai yang biasa kitorang beli. Tapi kedai tutup pulak. Dah tu... cuti raya... non hado lah kan! Aku suka kerabu suhun yang kedai tu buat. First time berkenalan dengan kerabu suhun kat situ lah. Memang superb! Lebih-lebih lagi tukang masak dia memang siam mari.

So, untuk melampiaskan rasa kempunan, malam tadi aku buat jer sendiri. Actually, aku dah buat resepi ni beberapa kali. Memang sedap sebagai hidangan pembuka selera.

~ Kerabu suhun ala Thai ~

Bahan-bahan yang diperlukan ialah:-

Suhun - 1 paket kecil } rendam dengan air sejuk sehingga lembut
Sotong - 2 ekor } dibersihkan dan dipotong
Lobak merah } dipotong halus-halus
Cili padi, cili merah, bawang merah dan bawang putih, serai } dihiris halus
Daun limau purut
Limau purut
Sos ikan - 1 sudu besar

Kalau rajin sikit, boleh goreng kacang tanah tanpa minyak dan dibuang kulitnya untuk dimasukkan dalam kerabu. Aku malas... hehehehe... sebab mengejar masa untuk makan malam.

Cara-caranya:-

Panaskan kuali dan goreng sotong dengan minyak yang sedikit.
Bila sotong dah nampak masak (sotong masak sekejap jer), masukkan daun limau purut dan serai yang dah dihiris halus. Gorengkan sekejap supaya serai menjadi lembut.
Kecilkan api dan masukkan suhun dan lobak merah serta cili padi, cili merah, bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris.
Campurkan sos ikan dan air perahan limau purut serta garam secukup rasa.

Gaulkan semua dan sedia untuk dihidangkan!

Senang kan?!

Bolehlah korang try nanti.

(^-^)

Aku kalau masak sekurang-kurangnya mesti ada 3 jenis lauk -

(1) main dish (ayam, daging atau ikan)

(2) sayur-sayuran dan

(3) xxx selain (1) dan (2)

Dan selalunya dish ketiga ni memang susah sikit nak pikir. So, macam kerabu ni, dalam list dish ketiga aku lah. Selain tu, hidangan ketiga ialah telur dadar, telur goreng, sambal-sambal, hidangan tauhu, hidangan toufu telur, fish ball, tempe goreng, papedem dan lain-lain yang lebih ringan. Hidangan seafood seperti sotong dan udang pun selalunya jadi hidangan ketiga.

Dan biasanya, bila aku masak 3 jenis lauk, mesti ada dan hanya 1 dish jer yang berkuah. Contohnya, kalau masak asam pedas *malam tadi aku masak asam pedas ikan jenahak jugak (^-^)* dah berkuah, so sayur dan hidangan ketiga mesti tak berkuah sangat seperti sayur goreng dan kerabu suhun ni.

Mak yang ajar.

(^-^)

Tapi ada jugak setengah orang yang masak contohnya masak asam pedas ikan dan pada masa yang sama buat masak lemak sayur. Bagi aku tak sesuai. Tapi bagi sesetengah keluarga mungkin cara ni lebih baik sebab lebih banyak pilihan, kuah mana diorang nak.

Apa-apapun, itu terpulang pada kesukaan dan cara tiap-tiap individu dan keluarga. Aku sekadar berkongsi pendapat.

(^-^)

Ok... nak pergi kerja...

Salam hari Jumaat dan selamat berhujung minggu kepada korang semua. Ambil kesempatan yang ada untuk masak yang best-best untuk keluarga tercinta yer!

والله أعلمُ بالـصـواب

5 comments :

Anira Abdul said...

Memang sedap. Rugi sapa2 yg x nak cuba. Resepi yg simple but yet sedap giler.

Julie Mangsor said...

Kaaannnn.... :)

O'gosh Iskandar said...

wajib try esok ni..huhu

Julie Mangsor said...

Selamat mencuba! :)

ComelComot said...

wah.. senang upanya.. dah lame nak tau cara buat.. thanks utk resepi yg siple ni.. yumyum..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top