♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, October 31, 2014

"Naufal rindu ayah..."

Alhamdulillah... petang semalam enche Neezam selamat tiba di KLIA dari Korea. Aku gi ambil enche Neezam lebih kurang pukul 6 petang. Just nice aku on the way balik kerja.

Lepas ambil enche Neezam, aku gi ambil Niesreena dari sekolah dan Naufal dari taska. Diorang tak perasan ada ayah dalam kereta.

What?! Tak perasan?!

Hahaha... mesti korang pelik kan? Gigih sangat nak mengusik anak, enche Neezam boleh menyorok kat dalam kereta. Cam ner? Cer korang imagine! Hehehehe...

Naufal naik jer kereta, ....

Naufal : Mama, bila ayah nak balik?
Mama : Hujung minggu ni kot.
Naufal : Alaaaa... Naufal rindulah kat ayah...
Mama: Alaaa... tak per lah... ayah tak der lagi best. Naufal boleh tidur kat bilik mama.

Muka Naufal monyok. Bukak handbag aku dan ambik hp. Bukak watsapp dan hantar voice msg kat ayah.

"Ayah... Naufal rindu ayah..."

"Bila ayah nak balik?"

"Hari apa ayah nak balik?"

"Naufal rindu ayah..."

Berkali-kali Naufal hantar voice msg, "Naufal rindu ayah..." Suara sedih jer... Sian pulak kat Naufal.

Ayah dia pulak, boleh hantar msg "Ayah tak nak baliklah..."

Haiiissshhhh... menyakat memang nombor 1!

Naufal memang sedih sangat. Aku tengok Naufal, bergenang air mata dia.

Tetiba dengar enche Neezam batuk! Tapi Naufal tak perasan. Then aku tanya, "Naufal, saper yang batuk tu?". Naufal terus jawab, "Tak tau lah..." Naufal tak pedulikan aku, hanya tunduk mengadap watsapp ayah dan melayan perasaan dia. Then aku tanya Naufal soalan-soalan lain, Naufal senyap jer dan kemudian jawab, "Kejaplah mama... (nak suruh aku diam). Naufal tengah tunggu ayah msg ni". Sambil gigih mengadap watsapp tak berbalas dan memegang handphone aku dengan kedua-dua belah tangan dia.

Siannya Naufal!

Bila tanya kat Niesreena, "Reena rindu ayah tak?", Niesreena jawab, "Rindulah jugak..." Dan terus sambung membaca buku. Haaaiiisshhhh...

Sesampai kereta masuk perkarangan rumah, enche Neezam keluar dari persembunyian! Naufal terkejut tengok ayah dan terus peluk ayah ketat-ketat dan ...

Naufal menangis!!!

Ya Allah! Aku tak pernah tengok Naufal macam ni. Sedih tol aku tengok. Mesti Naufal rindu gilos kat ayah dia.

Malam tu, nak buat apa-apa sumer dengan ayah. Keluar makan pun nak duduk dengan ayah. Biasanya tiga-tiga berebut nak duduk sebelah mama! Huhuhu...

Sadis betul anak aku.

Pagi ni, sebelum subuh, ayah dah gerak. Outstation lagi.

Naufal celik-celik mata jer check tempat tidur ayah. Ayah tak der! Naufal turun bawah dan cari ayah. Ayah tak der!

"Mama, ayah kat luar ker?"

Errrrkkkk... tak tau nak jawab macam mana? Padahal enche Neezam dah bagi tau dah semalam yang enche Neezam nak gi outstation malam tadi. Mungkin Naufal lupa kot...

Bila bagi tau ayah dah gi outstation, Naufal terus terbaring balik kat sofa. Bad mood!

Kesiannya Naufal... Sabar ye sayang... Hari Ahad ayah balik. Sementara ayah tak der ni, kiter berjimba-jimba jer lah bertiga yer...

y(^-^)y

Ayah!!! Cepat balik! Naufal rindu ayah!

2 comments :

adianiez AIDA said...

alahai anak ayah...
sedih sayu ...

Julie Mangsor said...

tak pernah kena tinggal lama-lama... macam ni lah jadinya... hehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top