♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, April 7, 2014

World Health Day 2014

Hari ni ialah

Hari Kesihatan Sedunia

Tema tahun ini ialah

"Small bites, big threats"

Memang sangat sesuai memandangkan negara kita sekarang ni pun tengah dilanda penyakit demam denggi yang teruk.

Hari tu, masa Naufal demam panas, kitorang takut jugak kalau-kalau denggi. Tapi alhamdulillah... lepas buat pemeriksaan darah, Naufal bebas denggi! Lega...

Dulu, enche Neezam pun pernah kena demam denggi. Lama dah... Masa kitorang bertunang dulu... Seminggu enche Neezam kat Hospital Segamat. Risau sangat! Of course lah risau kan... my cinta hati tuuuu...

Bila dijangkiti demam denggi, platelet darah akan menurun dan badan akan dehydrated. So, waktu ni kena minum banyak air. Memang supply air 100 plus banyak-banyak kat enche Neezam.

Orang kata, sup ketam pun bagus untuk pesakit demam denggi sebab ketam mengandungi sejenis protein yang tinggi, yang dapat membantu pembinaan semula platelet darah yang hilang akibat virus denggi. Insya Allah...

Kat rumah sekarang ni dah kurang sikit nyamuk kalau nak dibandingkan 2-3 minggu yang lepas. Masa musim panas hari tu, memang banyak sangat nyamuk. Ubat nyamuk kena pasang 24 jam. Sebelum masuk tidur, mesti nak sembur bilik dengan Shieldtox pastu pasang ubat nyamuk lagi. Risau jugak bila sembur racun ni, kang bebudak hirup plak, masalah lain plak yang datang.

So, aku belikan kelambu untuk diorang! Lebih selamat! Kelambu moden macam gambar kat bawah ni...

Tak sempat nak ambil gambar kat rumah. Kalau ada gambar nanti aku update yer...

Pakai kelambu rasanya lebih selamat. Tak der racun bagai kan... Natural jer... So, ini salah satu langkah yang kitorang ambil bagi mengelakkan kesayangan-kesayanganku digigiti nyamuk dan dijangkiti denggi.

Antara langkah-langkah pencegahan lain, bolehlah rujuk infografik kat bawah ni..

So, sama-samalah kita perangi denggi!

Dan menjaga kesihatan kiter yer kengkawan!

Maklumat lanjut tentang World Healh Day, boleh rujuk sini.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top