♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Wednesday, June 5, 2013

Api-api dan Bandar Hilir

Dinner apa malam ni??? Memula ingat nak gi Serkam atau Umbai. Makan seafood kat sana. Tapi macam jauh sangat. Lagipun kitorang pun boleh kata kerap ke sana. Niesreena dan Naufal pun macam letih jer. Masih penat sebab main air siang tadi. Hmmm... aku dok main sikit-sikit ni pun terasa letih, ni kan pulak diorang, kan... Yang kemain sakan lagi! :)

So, kitorang decide makan dekat-dekat jer. Tapi kat mana? Tak kan kat mamak plak kan? Hehe... tak nak lah! Mc D? Fast food? Boring!!!

Nasib baik ada prof Google. Search punyer search punyer search... kitorang jumpa restauran ni; Api-api Steamboat & Grill kat Melaka tengah. Dekat jer! So, kitorang terus ke sana...

Senang jer nak cari restauran ni. Dekat dengan Aeon. Kitorang gamble jer pusing-pusing kat area ni, then jumpa.

Makanan ala buffet. Ada macam-macam jenis makanan laut kat sini dan favourite aku, daging kambing, pun ada! Dah siap marinate dengan sos lada hitam. Sedap sangat!

Naufal dan Reena, belum makan lagi dah ambil aiskrim dulu.

Ada 2 jenis sup yang disediakan kat sini; sup tomyam dan sup ayam. Kitorang pilih sup tomyam.

Kebetulan kitorang datang hari Rabu. Ada promotion for 'Only for GENUINE ladies' katanyew... Hehehhe... Kelasssss... So, harga untuk aku cuma RM16 jer. Kalau harga biasa RM25/pax. Kanak-kanak RM10/pax. Ok lah kan harga... Harga berpatutan...

Rupa-rupanya team 'Jalan-jalan Cari Makan' TV3 baru jer datang shoot kat sini. Belum siar lagi pun.

Alhamdulillah... kenyang...

Lepas makan, enche Neezam bawak kitorang pusing-pusing bandar Melaka. First time jalan kat sini malam-malam buta gini! Tapi best gak! Tak jem langsung macam biasa. Sampai kat Bandar Hilir memang tepat pukul 12 tengah malam!

Niesreena dan Naufal kagum sangat tengok beca. Well... aku pun. Hehe... Memang kagum tengok beca zaman sekarang. Bukan takat berwarna-warna, bercahaya, berlampu bagai tapi siap dengan lagu stereo semua! Pemandu beca pun kebanyakkannya orang muda-muda, orang tempatan.

Hari yang memenatkan. Tapi for sure, semua orang seronok. Seronok sangat!

Esok main air lagi... pastu balik! Habis cuti sekolah... Kena buat persediaan balik ke sekolah pulak! :)

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top