♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, August 23, 2010

Kempen 1 blog 1 bendera

Ha korang, sempena dengan bulan kemerdekaan negara kiter yang ke 53 tahun ni, korang dah pasang tak bendera Malaysia kat rumah? Kat kereta? Kat blog?

Ye... kat blog. Aku baru terhegeh-hegeh nak letak ni ha. Hehehe...

Untuk menjayakan kempen "1 Blog, 1 Bendera" ni, blogger hanya perlu letakkan salah satu atau semua gambar bendera kat bawah kat sidebar blog korang.

Selama bertahun-tahun aku berblog ni, baru tahun ni aku jumpa kempen yang sebegini. Aku rasa kempen macam ni sangat bagus. Tak mementingkan keuntungan. Just khidmat masyarakat. Disamping tu, para blogger boleh tunjukkan rasa cinta terhadap tanahair dan sekaligus berbangga menjadi rakyat Malaysia.

So, korang, apa tunggu lagi! Sama-samalah kiter menjaya kempen ni!

Ps : Thanx to Zaidah Comel for the info!

.

Thank you for visiting *juliet le sweetheart's

back to top