♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, July 18, 2009

Master chef Niesreena

Disebabkan Niesreena demam lagi hari ni, terpaksalah aku menangguhkan aktiviti membuat karipap. So, kepada kengkawan yang telah mengorder karipap pusingku, sila bersabar yer... Harap-harap Niesreena cepat baik, so bolehlah cepat-cepat siapkan tempahan karipap yang beratus-ratus biji tu. Adeh!

Dan disebabkan mama Niesreena 'cuti' buat karipap. Ada pulak sorang master chef demam ni nak take over buat karipap pusing.

Tu dia! Bukan main lagi menguli tepung. Siap lekat cool fever lagi tu.

Si Niesreena ni sebenarnya beria suruh aku buat karipap hari ni. Tapi aku yang tak nak. "Nak tepung pusing! Nak tepung pusing!" Tulah ayat Niesreena bila nak aku buat karipap.

Niesreena memang suka tengok *dan sibuk* aku buat karipap. Kadang-kadang tu aku bagilah sikit tepung untuk dia buat main. *jangan risau... tepung mainan Niesreena tak dicampur bersama tepung karipap aku. Kualiti dijamin!* Yang bagusnya, Niesreena perhati dan ikut cara aku buat. Niesreena pun ikut pusing gak tepung tu. Macam ye ye jer lah anak mama ni.

Haaa... ni lah karipap Niesreena. Hasil kerja master chef demam! Ada saper-saper berminat nak order karipap master chef ni? Hehehhe... ^_^



*juliet le sweetheart : cepatlah baik sayang...


3 comments :

Julie Maloney said...

nak order jugak....100 biji!!!

Anonymous said...

hahahhaha... cute!

Defina said...

wah, techik2 dah terror buat karipap pusing, demam2 pun bersemangat nak amik order....

back to top