♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, February 2, 2008

Geelong Waterpark & Waterfront

Akhirnya sampai jugak kitorang kat Geelong setelah beberapa lama merancang. Pagi-pagi lagi dah bertolak ke Geelong dengan 2 kereta. First destination kat Geelong ialah water park Geelong yang baru jer dibuka. Alhamdulillah kitorang sampai kat Geelong seperti yang dirancang tiba pada pukul 11 pagi. Punyalah ramai manusia kat sana.

Seronok pergi ramai-ramai sebab masing-masing bawak pot luck, so banyak sangat makanan. Macam-macam ada. Aku buat sushi jer.

Lepas penat main-main air dan makan-makan untuk ke-8 kalinya, kitorang bertolak pulak ke Geelong Waterfront. Cantik sangat pantai kat Geelong. Air laut dia sangat bersih. Tapi tak larat dah nak mandi pantai. Hehehehe...

Yang menariknya di sepanjang pantai Geelong ni terdapat 100 jenis statue yang diperbuat daripada kayu balak yang dinamakan bollard trail. Tapi kitorang tak sempat nak tengok semua. Cuma yang sempat dan dekat dengan kereta jer.

Nway, Geelong memang cantik. Tak menyesal gi. Niesreena pun seronok hari tu; seronok main air sampai mengigil-gigil dan seronok lepas berjalan. Insya Allah kalau ada rezeki kitorang nak gi lagi.

:: More piccas @ my fotopages ::

4 comments :

ummi rasyiqah rasyidah said...

amboi nisreena..seronoknya mandi...sian dia sejuk yer sampai kena berselimut satu badan....

iu said...

seronoknyer... ;)

lindahpadlee said...

wah comeinyer gambo kita ramai2....julie aku nak curik ni..boleh ek..nak curikpun mintak permission kan!.....

*juliet le sweetheart said...

curik jangan tak curik... ngeh ngeh ngeh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top