♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Wednesday, September 5, 2018

Projek cermin kedai eco - tips & tricks

Projek terbaru diy deco rumah. Pasang cermin kat bawah kabinet.

Alhamdulillah... puas hati! Puas hati sebab kos hanya RM40 sahaja. Tu pun ada beli cermin lebih sebab takut ada cermin rosak ke kan. So, cermin lebih tu nanti kita pasang kat tempat lain plak lah.

Peralatan yang aku perlukan untuk projek kali ni hanya cermin dan gam sahaja.

Gam tu pun aku guna yang lebih masa buat projek wainscoting ari tu.

Aku beli cermin-cermin kat kedai Eco. Harga sekeping cermin cuma RM2 sahaja. Jumlah cermin yang diperlukan ialah 20 keping.

Saiz cermin

Kat kedai Eco ada dua saiz cermin macam ni. Aku ambil yang saiz besar - 23cm x 30cm. Kebetulan letak dua cermin ni bawah kabinet tu, elok jer pulak saiz tinggi dia. Huhuhu...

Frame cermin ni plastik jer. So boleh gunting jer dan keluarkan frame dia.

Untuk buang bingkai, kena hati-hati dan penuh kesabaran sebab cermin ni actually nipis jer. So, takutlah pecah plak cermin. Thanks to facebook Kelab kaki deco barang eco / mr diy. Sebab join fb ni dapat tips buka cermin ni. Ada banyak idea deco diy kat fb ni. Kreatif betul diorang.

Di sini aku nak kongsi tips untuk pasang cermin ni.

Memandangkan cermin ni cermin murah, so cermin ni sebenarnya memang nipis. So kena hati-hati bila kendalikan cermin. Dan ukuran cermin tak semua sama. Of course ada saiz yang sama tapi ada jugak yang beza dalam 1-2mm. Sikit jer beza.

So, sebelum tampal cermin, kena pastikan ukuran cermin mana yang sesuai ditampal.

Nak tampal pakai tape atau gam?

Cermin ni memula aku tampal pakai double sided tape. Tiada masalah bila pasang dua cermin yang pertama. Tapi bila masuk cermin ketiga... masalah...

Masalahnya ialah kalau pakai double sided tape, kalau dah terlekat, susah nak buka dan betulkan kedudukan kalau cermin senget atau bertindih. Nak tarik semula cermin agak susah sebab double sided tape kuat dan cermin nipis. Takut bila tarik semula cermin kang pecah pulak.

So, aku suggest gunakan gam. Kalau guna gam of course lebih kuat dan bila kita tampal cermin, kita masih boleh adjust kedudukan cermin sementara nak tunggu gam kering. So, hasilnya lebih kemas.

Seriously aku puas hati sebab hasil tangan aku sendiri dan harga jauh lebih murah. Quality wise... kena redholah... mungkin kalau upah kontraktor akan dapat cermin yang lebih baik tapi harga takkan dapatlah semurah ni kan. Huhuhu...

Bertahanlah dulu dengan cermin murah ni. Lima enam tahun lagi... kalau ada rezeki tukarlah yang berkualiti sikit.

Untuk finishing... aku lekatkan lampu led dari Mr Diy ni.

Nampaklah glamour la sikit kabinet ai. Huhuhu...

Alhamdulillah... selesai satu lagi projek deco diy.

Next apa plak eh? Hmmmm...

Monday, September 3, 2018

Lawak #sst dalam jem

Hi korang!

Happy Monday!

Hahhaha... Happy sangat kan???

Ye lah... panjang cuti hujung minggu. Minggu depan lagilah... sampai 4 hari. Yang penting... memang tak boleh gi mana-mana walaupun hujung minggu panjang. Bulan September kali ni kena kuarantin. Niesreena nak hadap UPSR lagi beberapa hari! Mama yang seram.

Hari ni, Niesreena tak sehat pulak. Entah silap makan apa. Macam keracunan makanan - sakit perut dan muntah-muntah. Tapi kitorang ok jer. Harap-harap Reena ok lah. Nak pereksa ni. Risau plak kesihatan dia. Rehat jer lah dia kat rumah hari ni.

Aku... terpaksa pergi kerja jugak.

Macam biasa... hari Isnin hari jem sedunia. Aku memang pelik. Kat Elite ni, asal hari Isnin jer, pagi mesti jem teruk. Bukan ada eksiden apa pun. Hari lain ok plak... alhamdulillah...

Aku nak share ni jer sebenarnya... Aku memang guna aplikasi Waze setiap kali memandu. Pergi balik kerja mesti buka Waze. Sebabnya... sejak terkejut eksiden tiga tahun lepas... Jalan lurus... semua drive laju... tetiba kat depan jem... semua dok brake mengejut... tu yang eksiden... sedih betul.

Tapi tak per lah... itu pengalaman paling teruk. Doa sangat tak kan berulang lagi.

Pagi ni... macam biasa... aku on waze... dan macam biasa stuck dalam jem. Tapi pagi ni teruk betul jem. Dari RnR Dengkil dah start jem dah. Usha-usha Waze... aku memang suka kalau ada chat tu... Suka baca jer... tak nyampuk pun.

Sekali terjumpa ni... Aku tak tau kenapa... tapi aku rasa memang lawak!

SST?!

Ni buat orang terhibur ke atau nak buat orang lagi tambah stress ni???

Hahahahah... Terhibur sekejap dalam jem!

Saturday, September 1, 2018

Ke mana hilangnya kasih sayang?

Artikel enche Neezam hari ni di akhbar Harian Metro sisipan Minda.

back to top