♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, October 17, 2014

Jom sebut perkataan ni setiap masa!

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Salam hari Jumaat uollss!

Seronok hari Jumaat. Esok cuti! Tak der plan kemana-mana pun hujung minggu ni. Cuma nak bersihkan homestay untuk tetamu yang akan menyewa minggu depan. Ha... korang kalau nak cari homestay sekitar area Nilai, bolehlah contact aku atau lawat fb Khairuns Homestay D'Bestari atau blog Khairuns Homestay D'Bestari untuk maklumat lanjut. Rumah semi-D dijamin selesa! Kitorang boleh bagi harga best-best punyer! Insya Allah...

Aiseh... sempat promote kan. Hehehhee..

K biasalah... hari Jumaat yang mulia ni, aku nak kongsi benda-benda yang baik jer dengan korang. So, aku nak kongsi dengan korang Tujuh Perkataan Mulia and of course powerful untuk kita gunakan setiap masa.

Hmmm... bagi aku, kalau kita selalu gunakan 7 perkataan ni, hati akan terasa lapang dan waras jer. Berbanding kalau kita gunakan perkataan caci maki untuk melepaskan marah... lagilah bertambah-tambah giler jadinya...

So, jadikanlah 7 perkataan ni sebagai rutin dalam percakapan kita sehari-harian. Insya Allah... banyak manfaat yang kita akan dapat dariNya. Amin!

K korang... selamat hari Jumaat! And enjoy your weekend!

Aku hutang banyak resepi kat kengkawan yang request kat #juliescookingwithlove. Insya Allah, hujung minggu ni aku post satu resepi istimewa.

Tapi resepi yang mana satu?

Tungguuuuuuu...

(ღ˘⌣˘ღ)

Thursday, October 16, 2014

Bila dia berfikir di luar kotak... sangat!!!

Alhamdulillah... Naufal dah boleh membaca dah sekarang. Walaupun masih selaju kura-kura berlari tapi Naufal dah boleh tengok sukukata dengan betul.

Macam Niesreena dulu, kitorang tetap berikan Naufal buku bacaan dengan sukukata yang berwarna. So, senang Naufal nak mengeja. Sekarang dah tak perlu lagi, Naufal dah boleh membaca tanpa sukukata bewarna. Tapi permulaan dengan bahan bacaan sukukata berwarna memang sangat membantu!

Kalau Naufal membaca... satu rumah dengar! Punyerlah kuat!

Antara buku yang kitorang berikan ialah buku rangkaian 'Hadi dan Siti'. Banyak cerita pendek yang bermanfaat dan setiap sukukatanya berwarna. Gambar-gambarnya pun menarik. Dan sudah tentu, bimbingan guru-guru kat sekolah Naufal jugak antara penyebab Naufal boleh membaca sekarang...

Macam biasa lepas dinner, aku duduk study dengan Niesreena dengan Naufal. Malam tadi belajar Bahasa Melayu. Buku untuk study kat rumah jer...

Mama : Apa jawapannya Naufal?

Naufal : Adi berlawan bola sepak.

Mama: Salah... bermainlah...

Naufal : Eh tak... Adi tengah lawan bola sepak... kawan-kawan dia tak termasuk dalam gambar. Adi nak buat gol...

Aiyoioo... Konfiden jer Naufal! Terlebih imaginasi niii... huhuhu...

So, kenalah explain kat Naufal. Jawapan mesti berdasarkan gambar dalam kotak tu jer. Jangan nak imaginasi sangat. Kalau exam buat jawapan imaginasi bagai... habislah sayang oiii... huhuhu...

Wednesday, October 15, 2014

Wordless Wednesday | Projek malam tadi... jemput jamu mata...

back to top