♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, March 3, 2007

Luncheon @ Kak Tasha's Palace

Hari ni, kitorang lunch kat rumah kak Tasha. Kak Tasha ni rakan sekerja Neezam kat USIM dan sekarang ni sesama sambung PhD kat La Trobe University ni. Ikutkan plan, kitorang akan lunch kat rumah kak Tasha bersama-sama seorang lagi kawan diorang, Mahazan. Mahazan ni pun rakan sekerja diorang kat USIM gak tapi sambung belajar kat Monash Universiti, area Melbourne gak. So kire reunion lah…

Lepas naik tram tak sampai 3 minit dan naik bas lebih kurang 5 minit kitorang pun sampai kat rumah kak Tasha kat Waterdale apartment. Dan beberapa minit kemudian Mahazan sampai bersama beberapa orang kawan dia. Malaysian!

Waaaaa… Lega betul dapat jumpa orang Melayu kat bumi Melbourne ni. So, dapatlah kawan baru; Akmal, Syed dan Asmah. Semuanya sedang sambung belajar kat sini. Seronok betul lepak-lepak kat rumah kak Tasha. Lebih-lebih lagi berborak dalam bahasa Melayu. Kalau tak, hari-hari berborak dengan housemates dalam bahasa inggeris. Harapkan berborak bahasa Melayu hari-hari dengan Neezam jer lah. Tak pun dengan baby Niesreena. Tapi kalau dengan Niesreena kengkadang berborak dengan bahasa baby; ga ga ga… gu gu gu… gi gi gi… Huhuhuhuhu…

Alhamdulillah… akhirnyer bertemu gak dengan Malaysian kat bumi Melbourne ni. Hehehehhee…


Esok kitorang rancang nak ronda-ronda bandar Melbourne plak.

So, until next post, chiow!

Wednesday, February 28, 2007

Si telinga lintah

Lepas subuh tadi, ayah Niesreena ambik turn jaga si budak Niesreena yang 'besar membular' matanya lepas isap susu pagi tadi. Ayah tengok mama Niesreena dah mamai-mamai sebab malam tadi Niesreena bangun minum susu lebih 3 kali. So ayah kasik mama tido jap.

Niesreena memang suka dok atas pangku ayah. Sambil ayah surf materials, sambil ayah dokong Niesreena. Dokong punya dokong Niesreena tertido gaks... lama gak dia tido, ayah pon khayal lah surfing. Sampai mama bangun pun dia terlentoks lagi....

Pastu mama pulak gatallah nak ambik gambar Niesreena tidur atas pangku ayah. Tapi bila dengar jer bungi 'click' kamera, Niesreena terus celik! Haiya! Telinga lintah betul. Hmmmm... besar membular semulalah mata si Niesreena ni...

Sian ayah penat tidurkan Niesreena. Huhuhu...

Tuesday, February 27, 2007

Rindunyer kat sumer… :(

Rupa-rupanya baru seminggu aku berada kat bumi Melbourne ni. Alahai… lambatnyer masa berlalu. Ada lebih daripada 1000 hari perlu aku lalui kat sini sebelum kembali semula ke tanahair tercinta, Malaysia.

Walaupun baru seminggu aku dah rasa rindu sangat pada keluarga. Terutamanya pada mak dan adik. Sebab dengan diorang lah aku selalu berborak, bergosip bersama. Tapi biler dah sampai sini, aku dah tak der peluang macam dulu lagi. Nak call… mahal. Huhuhuuhu… Nasib baik ada internet kat rumah ni. So, boleh lah jugak aku email kat adik dan ym dengan Joy selalu. Kengkadang tu aku call jugak adik sebab rindu nak dengar suara dia. Tapi setiap kali call mesti dia nangis sebab rindu sangat kat aku katanyer. Cian adik… Dan buat masa ni aku call rumah setiap hari. Kengkadang tu abah yang call aku. Rindu ma…

Call rate dari sini ke KL mahal; AUD$1 setiap 1 minit. So call pun sekejap-sekejap jer; cuma sempat tanyer "mak & abah aper khabar?", "rindu kat kitorang tak?". Walaupun aku tahu jawapannyer; "sehat alhamdulillah", "rinduuu", tapi aku tetap tanyer soalan yang sama setiap kali call ke rumah. Huhuhuhuhu…

Tapi berbeza bagi Neezam. Setiap hari Neezam online dengan family dia kat Segamat melalui ym. Kengkadang tu aku jeles gak dengan Neezam, tapi sebenarnyer bagus gak dapat online selalu dengan diorang. So, tak lah rasa kehilangan sangat.

Rindu jugak dengan kengkawan kat pejabat; Melur, kak Wana, kak Shameem, kak Amy, Ina, kak Umie, Sham… etc… Mana tak nyer… separuh daripada masa aku sebelum ni adalah dengan diorang. Kerja sesama… Bergurau sesama… Makan sesama… Walaupun kengkadang tu ada salah faham tapi tu sumer tak jadi ‘cacat’ dalam hidup aku. Kengkadang tu aku teringat telatah akak-akak kat pejabat tu, terutamanya kak Shameem and kak Wana. Giler-giler betul! Aku tak pernah jumpa akak-akak ’segiler’ diorang. Walaupun dah hampir menjangkau usia 30an, diorang lah akak-akak yang paling ‘muda’ dan ‘giler’ yang pernah aku jumpa! Kanak-kanak riang… kanak-kanak ribena… menghiburkan… Hehehehhehe… jangan marah arrrr…

Dan rindu jugak nak berborak-borak dan makan-makan dengan Melur; lepak-lepak gi KLCC sambil makan makanan kegemaran kitorang >> NANDOS! Wallah… bestnyer… sedapnyer… Kat sini aku tak nampak kedai Nandos pun, tapi kalau ada pun, halal ker? Huhuhuhuhuhu…

Rindu kat sumer! Rindu nak balik Malaysia! Waaaaaaa…

back to top