♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, June 28, 2014

Marhaban Ya Ramadhan! ❤

Selamat berpuasa semua!

Friday, June 27, 2014

Straight As

Petang tadi enche Neezam ke sekolah Niesreena, ambil keputusan peperiksaan Niesreena untuk penggal pertama. Alhamdulillah... Keputusan peperiksaan Niesreena kali ni ada peningkatan. Macam tahun lepas, Niesreena tetap dapat nombor 2 dan straight A!

Purata peratus cuma 94.5%. Hmmmm... kena usaha lebih lagi! Lebih-lebih lagi untuk subjek English!

Regret sikit sebab sepatutnya keputusan untuk subjek Sains patut boleh dapat 100% sebab cikgu salah tanda, tapi dah terlambat nak perbetulkan markah. Masa dapat kertas peperiksaan, kitorang masih kat Tanah Suci. Tapi tak perlah... tak der rezeki...

Untuk seni, thanks to ayah Niesreena yang bertungkus lumus study dengan Niesreena malam sebelum peperiksaan. Beriya-iya buat topeng muka untuk Niesreena jadikan contoh. Huhuhu...

Kitorang bersyukur sangat pada Allah swt kerana diberikan kelebihan pada anak-anak; Niesreena dan Naufal. Semoga mereka menjadi insan yang bijak dan cemerlang di dunia dan di akhirat. Amin...

Thursday, June 26, 2014

Lepas rindu

Ooooo... hari ni aku MC. Badan bukannya tak sihat sangat. Tapi terasa sangat penat. Mata pun rasa tersangat mengantuk! So, I rehatlah hari ni yer boss... nak ZZZZZzzzzzzzzzz....

(^-^)y

Mak abah dan mak ayah serta adik-adik pun dah berangkat balik pagi tadi. Kosong dah rumah... Sunyi rasa...

Naufal balik sekolah tadi, dok tanya...

"Mana Wan? Mana semua orang?"

Sian Naufal... Biasanya meriah ramai orang kat rumah. Dan paling best... ramai melayan kerenah ngengada dia... Huhuhu...

Kebetulan hari ni Reena tak sekolah sebab sekolah dia ada program. So, lepas ambik Naufal dari sekolah tadi... petang sikit... kitorang bawak Niesreena dan Naufal main kat taman.

Ayah pun ambil kesempatan! Huhu...

Rindu betul kat diorang. Seronok bila tengok gelak tawa diorang. Walaupun penat melayan... hehe...

back to top