Curlaaaaasssssss motto mak kan?!!!!
Heheheh...
Actually, motto ni quote dari mertua aku. Tapi memang boleh diguna pakai kalau nak tidur nyenyak malam-malam. Huhuhu...
Tak percaya? Cer cuba... hehehe...
Bukan apa... Biasalah kiter orang pompuan ni... Kadang tu bila ada barang rasa macam nak beli, rasa macam tak nak beli, pastu putuskan untuk tak beli. Bila dah balik rumah, mulalah terfikir-fikir, teringat-ingat... Macam menyesal plak tak beli kan... Pastu malam tu tak lena tidur sebab dok terfikir lagi barang yang tak terbeli tu... Esoknya, gi lagi kedai semalam... Kalau nasib baik ada, adalah... Kalau tak nasib baik... habis! Hmmmm... tak der rezekilah namanya kan... Nyesalkan tak beli awal-awal? ;p
Tapi gunakanlah motto ni untuk membeli barang murah-murah jer yer kengkawan. Kalau yang beratus, beribu ringgit tu janganlah guna motto ni. Nayer jer... Kalau setakat barang berapa puluh hengget tu okay lah... And... oooo... use the motto at your own risk!
(^-^)y
Tadi kitorang ke Nilai 3. Actually, kitorang ke sini untuk betulkan motor jam dindingku. Jam tu dibeli kat kedai yang sama jugak. Sementara orang tu betulkan jam, aku pun cuci mata lah...
Aku memang suka datang kat kedai ni sebab ada banyak barang-barang yang menarik dan memenuhi seleraku... Huhu...
Antaranya...
Cantikkan vase hitam atas ni. I loike! Bayangkan... letak sebijik kat atas meja console moden warna silver berkilat. Belakang dinding berwallpaper moden dan ringkas dan ada cermin sederhana besar frame silver tergantung kat dinding tu! Susun dua tiga frame kaca berlainan saiz dengan gambar famili kat sebelah dia dan lampu meja berkaki kristal! Wah... Dapat bayang tak? Cantikkan!
Ok! Ok! Bayangkan lagi... Bawah meja console tu aturkan kucing-kucing bawah ni dengan 3 saiz berbeza!
Eeeerrkkkk! Mesti enche Neezam tak suka! Huhuhu...
OMG... jam kat bawah ni pun cantik kan? Letak sebiji kat picture wall! Main of attraction! Kelaassssss!
Gambar pokok kat bawah ni pun cantik kan? Letak kat atas kepala katil atau kat famili hall. Sejuk mata memandang...
Oooooo... aku baru perasan... nampak gayanya aku suka base pokok!
Hmmmmm... Tapi cantik kan?
(^-^)y
Ada banyak lagi benda menarik kat kedai ni, terutamanya designer wall clock!
Dan jugak gambar-gambar canvas beraneka saiz!
Dan banyak lagi perhiasan rumah yang lain.
Suka kat cushion kat bawah ni! Saper nak belanja! Nak 6 bijik, please!!!!
Alang-alang dah sampai Nilai 3, memang wajiblah pusing-pusing cuci mata. Awal tahun ari tu, kitorang masuk kedai karpet jer... Puas hati borong karpet kat sini - berkualiti dan murah. So, kali ni tak nak masuk kedai karpet lagi... Berpinar tengok karpet tak hilang lagi. Hehehehehe... Nanti bebila aku kongsi dengan korang tips beli karpet dan kedai mana yang best kat sini plak eh...
So, tadi kitorang singgah plak kedai jual barang macam-macam ni... Ala-ala kedai 2 hengget. Besar giler macam gudang! Macam-macam ada, tapi barang-barang biasa jer lah... Harga pun boleh tahan murahlah...
Barang plastik diorang jual ikut berat! Ingatkan diorang salah letak tanda harga. Tapi bila aku tanya, memang barang-barang plastik sumer 1 kilo 8 hengget!
Aku tertarik kat teko-teko comel ni!
Comel kan?
Nak beli ke tak nak?
Disebabkan motto
'Biar menyesal beli, jangan menyesal tak beli'
Ni lah aku terbeli...
Tak menyesal langsung!
Nasib baiklah boleh kawal nafsu lagi. Kalau ikut hati, banyak lagi nak grab, tapi cukuplah dulu dua benda ni buat masa ni yer nafsu... Kalau ada rezeki, kiter shopping lagi...
Tapi... kalau ada sesaper nak belanja tu, silalah yer... Nak sumer pokok-pokok tu!!!
(^-^)y

