♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Wednesday, June 5, 2013

Main air @ Bayou Lagoon Park Resort

Pada yang tak tau... kitorang anak beranak ni memang suka main air. Sukaaaaa sangat!

Google punyer google... tetiba terjumpa tempat ni.

First impression???

Memang tempat ni owesome giler!!!

Service masa nak check-in memang lembab sikit. Tapi sebab kitorang check-in pukul 3 tu memang tengah peak hour. So, ramai sangat nak check-in. Kaunter check-in pulak ada 2 jer. Terpaksa beratur panjang dan agak lama.

Bila masuk bilik... sangat puas hati! Bilik memang sangat selesa! Actually kitorang ambik suite. Ada beranda... ada 2 biji air-cond satu bilik! Dengan kipas lagi! Pemurah sungguh! Huhuhu...

Dari beranda, boleh nampak water park dia. Naufal dan Niesreena apa lagi... melompat-lompat tak sabar nak turun! Actually aku pun tak sabar! Hehe...

Ni salah satu water slides yang ada kat sini... Kire ni yang paling basic lah. Niesreena dan Naufal memula ligat main ni jer... Nak gi yang tinggi sikit, takut...

Tapi lepas turun dengan enche Neezam dari slides yang tinggi dan berpusing-pusing tu, barulah diorang berani main kat slides tinggi pulak. Berpusing-pusing lagi! Haiiishhh... tak tau takut betul... Aku yang seram! Huhuhu...

Kat sini ada 4 jenis water slides. And amazingly, Niesreena dan Naufal berani naik semua slides yang tinggi-tinggi ni tanpa rasa takut! Congrats enche Neezam sebab berjaya yakinkan diorang! Memang tak tau takut langsung! \(^^)/

Slides kat sini memang selamat untuk semua peringkat umur. Even Naufal pun turun sorang jer. Lepas jatuh dalam pool, Naufal dan Niesreena boleh survive sendiri sebab pool kat tempat diorang landing tu just tinggi bahu Naufal jer.

Yang bestnya kat sini, sebab water slides dia semuanya dekat-dekat. So, aku boleh duduk satu point dan tengok jer Niesreena dan Naufal main dari jauh. Orang pun tak ramai sangat dan tempat ni terbuka untuk penghuni hotel jer. So tak perlulah nak beratur panjang bagai sebab nak tunggu turn nak turun water slides.

Actually selain main air, ada banyak lagi aktiviti kat sini. Boleh sewa basikal baring yang diorang panggil Tricker Ride, tapi mahal... RM10 untuk 10 minit jer kalau tak salah. Pastu ada games room, playground, gym then ada satu kawasan berpasir ala-ala tepi pantai dan beberapa games kat situ. Lupa plak nak snap gambar. Tapi menariklah!

Alhamdulillah, cuaca pun ok sangat. Mendung jer... Best!

Niesreena dan Naufal main air sampailah terdengar siren pukul 6.45 petang. Security dan suruh naik sebab kawasan waterpark akan ditutup pukul 7 malam.

Pendapat aku tentang tempat ni... memang best sangat! Kitorang memang enjoy sangat kat sini. Environment best, cuaca best, bilik best, location pun best! Oh ya... harga pun best! Paling best! Memang rezeki agaknya... aku dapat book suite tu through booking.com dapat RM128 nett untuk satu malam. Nett tau! Masa check in, just tambah RM2 untuk heritage tax. Best kan?

Esok pagi sambung mandi lagi yer anak-anak... Insya Allah kalau ada rezeki kiter datang lagi ke sini yer... Next time kiter bawak Naylee dengan baby Haziq datang sini k! Dengan wan, atok-atok, pakcik, makcik sumer lah!

Lepas maghrib, tak sempat makan malam, Niesreena dan Naufal dan 'tumbang'. Penat sangatlah tu!

Malam ni kiter nak gi makan kat tempat special sikit.... kat mana???

Malacca Bird Park

Taman burung Melaka ni ialah tarikan pelancong yang baru dibuka. Ni first time kitorang sampai kat sini.

Kawasan taman burung ni bersih dan selesa.

Dan ada canopy walk setinggi 12 meter! Dari atas ni, kitorang boleh tengok ada banyakkkkk sangat burung-burung yang cantik-cantik dan pelbagai warna! Burung-burung kat sini selamba jer terbang lintas depan kitorang.

Kitorang berpeluang bagi burung-burung ni makan dan berpeluang jugak sentuh burung-burung yang dah jinak ni.

Burung kakak tua kat bawah ni namanya Jack. Umurnya baru 2 tahun.

Kepenatan sungguh enche Neezam. Penat melayan anak-anak... dan isteri... :)

Dan macam biasa... signature pose dari diorang 3 beranak... Hehehehe... Comel!

Niesreena dan Naufal enjoy melayan burung-burung kat sini. Nampak penat sangat.

Tapi lepas ni, nak gi satu tempat yang lebih menyeronokkan dan lebih memenatkan! Tak sabar... tak sabar... tak sabar...

Mama pun excited!

Melaka kami datang! | Taman Buaya Melaka

Melaka lagi?!

Mesti ramai kata cam tu kan? Hahaha... Ye... Melaka lagi... Menang favoritelah sangat datang Melaka ni kan... (^^)

Kali ni dah ntah kali keberapa kitorang ke Melaka. Dah tu... last minute holiday preparation. Melaka pun ok apa... Lagi pun banyak tempat lagi kat Melaka ni kitorang tak gi lagi...

Kitorang sampai kat Air Keroh dalam pukul 10.30 pagi. Masih awal nak check-in hotel. So kitorang pusing-pusing kat Air Keroh jer lah. Nak masuk bandar Melaka, tak sanggup kitorang nak harung jem!

First destination... Taman Buaya Melaka. Taman buaya ni first time aku masuk rasanya dalam beberapa belas tahun yang lepas kot. Huhuhu...

Rumah hantu ni rasanya dah bertahun ada kat sini. Ada orang nak masuk lagi ker? Eh mestilah ada! Aku dan enche Neezam masuk. Ntah hapa-hapa jer... Tapi aku menjerit sampai Niesreena dan Naufal yang tunggu kitorang kat luar tanya "Kenapa mama jerit kuat kat dalam?". Hahahha...

Keretapi dinasor ni lagi ntah hapa-hapa. Kenapalah kitorang boleh ternaik! Adoi ai...

Buaya! Buaya! Sana sini buaya... Dah nama taman buaya... Macam-macam jenis buaya ada kat sini. Seram gak tengok. Tapi yang bestnya bila tengok Niesreena dan Naufal enjoy tengok semua buaya-buaya ni. Memang banyak jenis buaya kat sini; ada buaya berbonggol macam unta, ada buaya kontot tak der ekor, ada buaya yang muncungnya tirus, macam-macam ada lah!

Ada jugak bird sanctuary. Macam-macam jenis unggas ada kat sini. Ramah-ramah plak tu. Sajer nak dekat-dekat. Aku yang takut!

Kitorang sempat jugak tengok pertunjukkan buaya. Besar betul buaya tembaga yang beraksi tu. Kalaulah dia ngap orang-orang yang buat persembahan tu, sekejap jer habis rasanya....

Berani betul diorang ni. Siap sua-suakan tangan masuk dalam mulut buaya yang besar tu! Haaiiisssshhhh...

Tengok... ayah Khairun yang lebih excited jumpa maskot. Hehehhe... Holiday mood!

Ada banyak jugak miniatur kat sini; KLCC ada, F1 Sepang ada, Masjid negara ada, bangunan Perdana Putra ada, macam-macam ada!

Yang kat bawah ni.... hmmmm... apa ek? Istana Melaka kot?! ;p

Yang terbaru kat dalam taman buaya ni ada water park! Aku dan enche Neezam tengok dari jauh jer. Takut nak gi dekat-dekat dengan water park tu. Takut Niesreena dan Naufal terjun masuk pool! Tu pun Naufal dah lompat-lompat dah excited nak mandi. Nasib baik dengar kata sikit hari ni... dapat pujuk... sebab nak gi hotel yang lagi best pool nya!

Sekian di Taman Buaya Melaka. Tunggu beberapa belas tahun lagi untuk datang semula ke sini yer... Hehehe...

Next stop is....

back to top