♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Thursday, June 4, 2009

Majlis potong jambul baby Naufal

Alhamdulillah... selesai jugak majlis potong jambul baby Naufal. Majlis ni kitorang buat kecil-kecilan jer di teratak kecil kitorang lepas maghrib tadi.

Sebelum tetamu sampai, FIL sempat siapkan bekas isi rambut yang dipotong. Biasanya bekas ni dibuat dari kelapa, tapi kat sini memang susah nak jumpa kelapa, so, FIL gantikan dengan buah honeydew. Pastu hias dengan bunga. Comel jer... :)

Tetamu mula berkumpul kat rumah dalam pukul 7 malam. Lepas solat isyak dan bacaan yasin, majlis potong jambul baby Naufal pun bermula. Ramai yang bermarhaban bersama-sama semasa potong jambul. Baby Naufal relax jer tidur. Samalah macam Niesreena dulu; tidur masa kena potong jambul. Hehehehe...

Beberapa orang tetamu yang datang potong jambul baby Naufal. Lepas potong jambul Naufal, orang yang memotong jambul tu akan baling duit syiling untuk bebudak yang datang. Sebenarnya first time aku tengok cara macam tu tapi enche' Neezam kata kat tempat dia biasa wat cam tu. Bukan bebudak jer yang seronok kutip duit, bapak budak pun seronok gaks! ;p

Selesai acara memotong jambul, acara seterusnya tentulah makan! Menu aku masak untuk hari ni ialah nasi putih, ayam masak tomato, masak lemak labu *kalau ada nangka lagi best kan?*, belacan, ikan kering, timun dan kacang panjang. Banyak jugak tetamu yang bawak makanan-makanan lain. Terima kasih banyak! Ada gak yang kata aku masak sedap, expecially masak lemak labu. *mungkinkan itew hanya ayat pemanis mulut? hmmmm...* Hehehehhe... Senang jer nak masak tuuu...

Lega sangat majlis ni dah selesai. Insya Allah, bila balik Malaysia nanti kitorang akan buat akikah pulak untuk baby Naufal.

Terima kasih kepada semua tetamu yang hadir dan memeriahkan majlis ni. Aku minta maaf sangat sebab tak dapat nak jemput semua warga desa Bundoora ke majlis ni sebab rumah kitorang gerenti tak muat. Kalau nak suruh lepak kat luar kang sejuk plak. :)


~Bacaan yasin~

~Majlis memotong jambul dimulakan oleh Pak Tam~

~FIL potong jambul baby Naufal~

~Turn abang Hamdan plak~

~Baby Naufal tidur jer~

~Bebudak berebut kutip syiling~

~Antara tetamu yang turut hadir~

~Makan time!~

~Chefs of the day~

~Seronoknyer ayah~

~Baby Naufal dengan mak tok~

~Kitorang yang cute! *jangan jeles!* :)~


*Lagi gambar semasa majlis kat sini!


*juliet le sweetheart : nak berkemas untuk keliling vic esok! :)



Tuesday, June 2, 2009

Ke Northland & Brand Junction

Penat berjalan hari ni. Tapi bukan jauh pun. Dekat-dekat dengan rumah jer.

Memula kitorang ke Northland. Northland ni shopping complex antara yang terdekat dengan rumah lah. PIL tak beli barang pun. Just survey jer dulu.

Niesreena, kat sini suka naik benda pusing-pusing yang kena masuk duit tu. Siap mintak duit lagi kat aku. Sabar jer lah... Baby Naufal plak... tidur jer lah... Bagus dia, tak meragam.

Kendian, kitorang ke Brand Junction plak. Dapatlah barang sikit. Kat sini, barang-barangnyer agak murahlah. Banyak barang diskaun. Best! Best!

Besok plan nak ke city tapi bergantung kepada cuaca. Dua tiga hari ni nampak cam mendung jer. So, tunggu jer lah post besok yer. Tengok kitorang ke mana pulak! :)


*juliet le sweetheart : winter... siang dah semakin pendek...



Monday, June 1, 2009

PIL sampai

Mak dan ayah tiba dari Malaysia pagi tadi menaiki Air Asia. Alhamdulillah, perjalanan smooth jer. Kat kastam pun lepas tanpa sebarang masalah.

Tak sempat sampai rumah lagi, enche' Neezam bawak mak dan ayah ke Savers. Gi shopping dulu! Beli baju-baju sejuk...

Niesreena punyalah seronok bila atok-atok Niesreena sampai. Terus ajak atok-atoknyer main. Tak macam dulu... Niesreena susah nak manja-manja. Sekarang ni terus jer bermanja. Teruja atok-atoknyer... :)

First day kat Melbourne, kitorang tak bawak mak ayah kemana-mana pun sebab tahu mak ayah mesti penat. Lebih-lebih lagi malam tadi dalam flight diorang tak buleh nak tidur.

Hmmmm... tadi PIL keluarkan ole-ole dari Malaysia; baju-baju raya kitorang, gaun untuk Niesreena & gelang untuk baby Naufal, butang baju melayu untuk enche' Neezam & untuk aku... jeng jeng jeng... crystal brooch! I loike! My favourite! Bertambahlah lagi koleksi brooch kristal aku. Tq mak! Suka sangat! :)

First time dan second time dapat brooch kristal ni pun MIL kasi gaks. Yang seterusnya barulah beli sendiri. Hehehe... takkan nak harapkan MIL bagi jer kan? ;p 'Si bongsu' ni pun pemberian dari MIL gaks. Suka! MIL aku ni memang penggemar barangan kristal, ada banyak sangat koleksi kristal dia. Bukan setakat brooch jer, ada gelang tangan, gelang kaki, rantai & cincin, dalam bermacam-macam warna dan bentuk. My MIL siap masuk paper Nanyang Siang Pau lagi sebab koleksi kristal dia yang banyak tu. Hehehe...


~My first crystal brooch from MIL in orange color. Kecik jer... comel...~

~Brooch ni FIL bagi masa my 28th birthday~

~Yang ini first time beli sendiri~

~Ni pun beli sendiri gaks. Suka sangat kombinasi warna ni. Tiru MIL punyer. ;p~

~Kombinasi warna purple~

~Latest design; zig zag...~

~Hadiah dari MIL lagi. Koleksi terbaru aku. Zig zag warna cekelat~

~All of my collection. Sikit jer...~


Kalau ada sesiapa yang berminat dengan brooch kristal macam ni, bleh lah order. Nanti kitorang boleh tolong tempahkan... :)


*juliet le sweetheart : masa belajar dulu, aku minat pakai gelang kristal bulat-bulat warna pink! Kristal pink untuk cinta! :)



back to top