♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, April 3, 2009

My Active Little Munchkin Inside

Hari ni 3hb. Maksudnya ada 24 hari lagi sebelum d-day.

Tadi aku dah kemas barang-barang baby untuk dibawa ke hospital. Cepat tak? ;p Hehehe... Penuh jugak satu beg barang-barang baby; baju-baju baby, singlets, blanket, booties, socks, jumpsuits, bibs, jumpers, topi, baby's toiletries, changing mat, etc... Tu tak termasuk botol-botol susu & formula; kat satu beg lain. Beg nappies lagi... Ish banyak jugak... Neezam kata macam nak duduk terus kat hospital jer. Hehehhe... Tapi memang semua keperluan 4 hari kat hospital nanti. Aku rasalah... ;p

Haaaa... tu belum kemas barang-barang aku lagi. Hmmmm... mesti kena beg besar lagi ek? Hehehhehe...

Oh ya... lupa plak nak bagitau... d-day aku dicepatkan 1 hari daripada tarikh sebelum ni. So, it will be on 27th April jam 8 pagi. Hopefully by 10 or 11 dah selamat lah semuanyer. ;p

Hari ni genap kandungan aku berusia 35 minggu. Maksudnya aku akan bersalin pada minggu ke 38. Baby dalam belly sekarang ni memang tersangatlah aktifnya 'berlari-lari' dalam ruang sempit dalam perut aku ni. Terutamanya pada masa-masa aku nak berehat; masa nak tidur, masa baring-baring, masa duduk-duduk. Tapi bila aku jalan-jalan atau buat kerja rumah, baby tak lah gerak sangat. Mungkin dia tau, mama dia ni tengah gunakan tenaga, so, dia pun dok diam jer. Tapi bila mama nak berehat, waktu tu lah dia nak guling-guling.

Kadang-kadang memang seronok tengok perut ni tetiba herot ke kiri dan ke kanan. Paling best kalau tetiba jer nampak cam benjol kat perut. Mungkin siku atau lutut baby kot. Hehehe... Pastu bila aku usap-usap benjol tu nanti dia beralih plak. Cam excited jer. Niesreena pun tergelak-gelak kalau tengok perut aku bergerak-gerak. Tapi bila dah aktif sangat, sampai dekat setengah jam pun masih tak berhenti bergerak, aku mulalah rasa cam nak nangis. Hehehe... penat... Terasa perut sangat penat dan kekadang rasa senak.

Di saat ni pun baby tengah bergerak-gerak dengan aktifnya. Lebih-lebih lagi aku baru jer pekena latte tadi. Lagilah aktif si kecik ni, sebab aku rasa kalau aku minum air berkefen memang baby jadi tambah aktif. Memang kesilapan sangat minum latte tadi. Adoi ai!

K lah... penat lah... nak rehatlah... Aku tak boleh nak duduk mengadap pc lelama sekarang ni. Rasa sakit tulang belakang walaupun beralaskan bantal.

Chiow chin chiow!


*juliet le sweetheart : 3 minggu lagi!


Thursday, April 2, 2009

Rezeki anak-anak

Semalam dan hari ni kitorang dikhabarkan dengan beberapa berita gumbira dan melegakan hati dan perasaan aku, and of course Neezam! Sian enche Neezam, banyak benda nak kena fikir; pasal phD dia, pasal family, pasal delivery aku nanti, etc... Alhamdulillah, semuanya nampak gayanya macam dah settle. Insya Allah...

Gud newsnyer...

♥ 1 ♥

Untuk enche Neezam, semalam; pagi-pagi lagi hatinya dah berbunga-bunga dan ceria sebab artikel yang Neezam hantar beberapa minggu yang lepas akhirnya tersiar gak kat Berita Harian. Aku pun of courselah gembira! Penat jer Neezam perah otak kalau tak tersiar. ;p

♥ 2 ♥

Sejak beberapa bulan yang lepas, actually masa kat Malaysia, Neezam dapat tahu yang first supervisor Neezam tukar university. So, Neezam agak susah hatilah sebab takut plak kena cari supervisor baru. Dah tu takut nanti supervisor baru lain plak pesennyer kan. Dah lah dah halfway. Takut kena tukar macam-macam plak research Neezam nanti.

Tapi alhamdulillah, walaupun dah tukar university, supervisor Neezam tu still sudi supervise Neezam. Cumanya kena dapat persetujuan pihak universiti lah kan. Takut tak bolehlah plak. Dan semalam dah comform dan dah siap documentation yang mengatakan supervisor Neezam yang berpindah tu still boleh supervise Neezam. Cuma second supervisor jadi principal dan yang pindah tu jadi second supervisor. Alhamdulillah lah!

♥ 3 ♥

Pihak OSHC call tadi, katanya dah hantar GL kat Northpark Private Hospital dan semua urusan bersalin are covered. May be ada lah gap beberapa dollar yang kena bayar sikit nanti. Tapi tak lah banyak pun. Tak lah sampai beribu-ribu.

Consultation fee dengan gyne yang sepatutnya berharga aud$2,500 pun dapat gak kurang. Tak mintak pun sebenarnya tapi bila quotation sampai, tengok kena bayar aud$1,500 jer. OSHC hanya cover 85% jer. Tapi still bersyukur sebab dapat kurang. So, tak banyaklah yang kitorang kena bayar nanti. Hmmmm... sebenarnya kalau dapat public hospital lagi bagus. Satu sen pun tak payah bayar. Tapi tak der rezeki kitorang sebab hospital public penuh. But still... kitorang bersyukur sangat! Allah dah bagi yang terbaik untuk kitorang.

♥ 4 ♥

Kitorang dapat offer apartment 3 bilik kat Waterdale. Ya Allah... syukur sangat! Kitorang tak sangka plak dapat offer cepat sebab Hazel kata rumah penuh dan paling cepat pun mungkin dalam akhir bulan 5 atau 6. Tapi unexpectedly ada plak orang yang nak kuar dan kitorang bleh masuk lepas cuti ester nanti. Means sebelum aku bersalin. Alhamdulillah... dapatlah rumah selesa skit untuk anak-anak dan yang paling penting untuk Neezam gak. Bleh lah Neezam study kat rumah tanpa gangguan lepas ni. Hopefully! :)


Lega sangat bila dengar satu persatu hal settle. Aku kesiankan Neezam jer. Macam-macam dia kena pikir demi keselesaan kitorang sekeluarga. Nak kena fikir pasal study lagi...

Hmmmm... lepas ni ada macam-macam lagi benda lain plak nak kena pikir; urusan rumah baru dan rumah yang tengah duduk sekarang ni, urusan nak pindah rumah, urusan bersalin, etc... Mungkin bulan ni memang kitorang akan bz dengan bermacam-macam urusan. Nak pindah ni pun aku bukan bleh tolong Neezam sangat-sangat pun memandangkan keadaan aku yang sarat ni. Buat kerja skit, rehat jer lebih. Neezam gak kena buat.

Sekarang ni pun aku dah rasa macam tak larat sangat. Cepat penat. Kadang-kadang tu Neezam penat-penat balik kerja kena masak plak. Sian Neezam...

Pastu aku bersalin nanti, Neezam mesti penat nak jaga Niesreena plak sementara aku kat hospital. Dah lah Niesreena ni makin banyak kerenahnya. Makin manja pun satu hal gaks. Mesti Neezam tak buleh nak study dalam masa-masa tu.

Apa pun, aku harap semuanya akan dipermudahkan Allah swt... Dan yang penting dikuatkan semangat aku dan *terutamanya* Neezam, my beloved hubby!


*juliet le sweetheart : alhamdulillah... rezeki anak-anak...



Wednesday, April 1, 2009

Berjudi menjurus manusia kepada kelalaian, syirik

Bila Neezam menulis lagi...

Artikel Neezam di Berita Harian hari ni di bahagian Agama.

Berjudi menjurus manusia kepada kelalaian, syirik

Oleh Khairunneezam Mohd Noor

BERJUDI adalah jalan singkat yang salah untuk mengejar kekayaan dan wang ringgit. Judi disebut ‘Al-Maisir’ dalam Bahasa Arab dan ditafsirkan sebagai suatu bentuk permainan beradu nasib, menggunakan wang atau harta benda sebagai taruhan dengan pemenang akan mendapat hasil taruhan berlipat ganda.

Perjudian di negara kita amnya diamalkan dalam pelbagai bentuk antaranya menggunakan dadu, daun terup, jackpot, tikam, loteri, pertaruhan permainan sukan, mesin slot atau nombor ekor. Lebih canggih lagi, zaman sekarang berjudi turut diamalkan dengan mudah melalui internet.

Apabila berjudi, seseorang tidak perlu mengerah keringat dan tulang empat kerat. Bahkan modal diperlukan tidak begitu besar. Bak kata orang, goyang kaki pun boleh dapat hasil lumayan. Inilah antara faktor menyemarakkan semangat kaki judi untuk terus terjebak dengan gejala buruk ini.

Apatah lagi, jika pernah sekali dua ‘tuahnya terkena’ dan menang sejumlah wang, bertambah galak dan bersemangatlah si kaki judi melaburkan wangnya ke premis judi kononnya untuk mengaut keuntungan lebih besar lagi.

Sungguh menyedihkan melihat masih ramai umat Islam yang mengunjungi premis perjudian hari ini. Lebih memilukan adalah sesetengah mereka yang kental mengunjungi pusat atau premis perjudian ini boleh dikategorikan sebagai ‘warga emas’.

Sudahlah begitu, anak cucu sendiri pun kadang kala dibawa bersama ‘singgah’ ke premis judi untuk membeli nombor atau bertaruh tanpa ada malu dan segan.

Jika kaki judi beranggapan bahawa judi adalah bentuk usaha untuk memperbaiki taraf kehidupan, mereka silap kerana sebenarnya matlamat tidak sesekali menghalalkan cara. Demi mengejar sesuatu matlamat, kita sepatutnya berusaha bersungguh-sungguh, menggunakan saluran yang betul dan mengerah akal fikiran serta tenaga.

Islam meletakkan keutamaan kepada pencarian rezeki dan nafkah hidup yang bersih lagi halal. Bukannya mencari jalan singkat mengumpul harta melalui judi yang hukumnya haram dari perspektif Islam.

Islam menegah umatnya daripada bergelumang dengan perjudian yang ternyata bersifat keji dan amalan warisan syaitan. Selaras dengan firman Allah bermaksud: “Wahai orang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala, mengundi nasib dengan batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan mengerjakan solat. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?” (Surah al-Maidah, ayat 90-91)

Dari segi akhlak, seseorang kaki judi itu akan menjadi lalai dalam beramal ibadah, malas untuk berusaha, tamak dan haloba, iri hati, dendam, khianat, suka berhutang, membazir, bercakap bohong serta berputus harap kepada Allah.

Apabila penyakit berjudi semakin kronik membelenggu, maka si kaki judi ini sanggup pula menggadaikan akidah mereka dengan melakukan perbuatan syirik dan menyekutukan Allah seperti bertilik nasib, memuja kubur, mendapatkan bantuan bomoh dan memakai tangkal azimat.

Perbuatan syirik seperti ini dimurkai Allah dan akan menerima balasan setimpal dengan perbuatan terkutuknya. Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan dosa orang menyekutukan-Nya dan dia akan mengampunkan dosa selain itu bagi mereka yang dikehendaki-Nya.” (Surah an-Nisa’, ayat 48)

Seseorang meraih hasil daripada perjudian, ketahuilah ia sumber haram dan tidak diberkati Allah. Maka, kesan seterusnya terpaksa ditanggung akibat berjudi adalah ahli keluarga sendiri.

Apabila rezeki haram disogok ke mulut isteri, anak dan sebati menjadi darah daging mereka, tidak mustahil kesan negatif akan terserlah sama ada dalam jangka masa pendek atau panjang.

Contohnya, luntur nilai silaturahim sesama keluarga, kehidupan porak-peranda, tiada kepercayaan dan hormat-menghormati, sukar mencapai kejayaan dalam apa juga yang dilaksanakan, terjebak dalam masalah sosial dan sebagainya.

Di akhirat kelak, penderitaan terpaksa ditanggung adalah lebih dahsyat lagi.

Untuk itu, sebagai umat Islam yang bertanggungjawab, kita harus membendung gejala judi secara menyeluruh dalam kalangan masyarakat merentasi pelbagai umur. Ada begitu banyak permainan berkonsepkan judi yang ada di kedai runcit, seperti permainan tikam dan telur plastik berisi hadiah.

Kata-kata nasihat, program bimbingan keagamaan dan kaunseling adalah kaedah berlembut yang mungkin boleh dipraktikkan untuk memberikan kesedaran kepada kaki judi.

Pengamal media boleh memainkan peranan melalui iklan, dokumentari, siaran perbincangan atau pun dalam bentuk drama dan filem.

Jika ia tidak memberi kesan, perlulah pihak berwajib melaksanakan tindakan penguatkuasaan undang-undang lebih ketat dan tegas.

Berjudi membuatkan seseorang lalai dan ingkar dengan tuntutan Islam supaya mencari rezeki halal dan diredai Allah. .


*juliet le sweetheart : April -- d-month!



back to top