♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Tuesday, April 10, 2007

Sleeping my baby... sleeping my hubby...

Menidurkan baby Niesreena memang kepakaran hubby tercinta. Kalau Niesreena nak tidur jer memang biasanya aku pass kat hubby. Hhehehehhe... Dodoi kejap jer Niesreena akan tertidur.

Niesreena susah nak tidur kalau ditepuk atas katil, tapi Niesreena suka didodoi sambil didokong. Hmmmm... sekejap jer Niesreena akan tertidur.

Sleep well sayang.

ZZZZZZzzzzzzz...


More ngantuk-ngatuk pics of them @ Julie's FP!

Monday, April 9, 2007

Kalau dah begitu takdirnya

Semalam, Isnin, seperti biasa lepas siap-siap mengemas rumah, aku akan online ym. Walaupun kengkadang bz, tapi aku akan online gak. Sajer jer nak tengok saper yang ada online, terutamanyer x-officemates aku. Kalau aku free, aku akan chat dengan diorang. Tapi semalam, semua x-officemates aku kat Supply Haven tak der online. Hmmmmm… aku fikir mungkin server down kat sana.

Tetiba kak Amy (x-officemate yang dah bekerja kat tempat lain) ym. Kata kak Amy, Supply Haven dah tutup, declared last Friday by one of boss’s friend. Ya Allah! Aku terkejut sangat! Macam tak percaya.

Sebelum ni aku tak pernah dengar ura-ura kata boss nak tutup company walaupun memang selalu sangat mengalami masalah kewangan. But at last, last Friday was the day! Supply Haven was finally closed! Ya Allah… Terus aku teringat kat satu persatu kengkawan kat office; Melur & kak Shameem yang tengah mengandung, Ina yang suaminyer bekerja ikut kontrak, Sham yang dah berumur 26 tahun, Kak Umie, Parveen. Kesiannyer diorang… jobless! Without any notice! Mesti diorang terkejut. Dah lah sekarang ni susah nak cari kerja.

Mungkin dah nasib diorang macam tu. Lebih tiga tahun berkhidmat untuk company, akhirnya diorang dibuang macam tu ajer. Apalah diorang tengah buat sekarang ek? Mesti tengah sibuk nak cari kerja lain. Kesiannyer diorang…

Kepada x-officemates aku; Banyakkan bersabar dan berdoa kepada-Nya. Mungkin rezeki yang lebih baik menunggu kat tempat lain. Aku doakan korang senang dapat kerja lain, yang lebih baik lagi! Insya Allah… Amin…

Sunday, April 8, 2007

Puding caramelku lagi...

Hahhahaha... Hari ni buat lagi puding caramel.

Alhamdulillah... menjadi dengan sempurna walaupun buat tak sempurna.

Hehehhehe... Mana tak nyer, biler adunan tengah dikukus, aku baru teringat aku terlupa letak gula dengan susu. Huhuhuhuhu... terpaksa masukkan susu dan gula masa tengah kukus.

Tapi alhamdulillah... kali ni menjadi dengan jayanyer = sedap lagi 'jelita' berbanding yang lepas. Hehehehhe...

Meh lah rasa...

Kalau nak resepinya... sila klik sini yer...
back to top