♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Tuesday, February 21, 2006

Iris

Hello and gud day!

Hmmmm… Sebenarnyer tak tau nak post aper dalam blog dalam minggu ni. Sejak akhir-akhir ni aku rasa bosan dan malas nak buat aper-aper. Nak buat any posting dalam blog pun malas.

So, aku just nak post lirik lagu kegemaran aku (buat masa ni). Suka sangat lagu Iris nyanyian Awie. Well, i’m dedicated this lovely song for my dearest hubby. I love u so much!!!

Iris :: Awie

Kau masih ku cintai ….sungguh
Dari awal dulu hingga hari ini
Aku pasti seyakinnya pasti
Kau lah satu untuk ku

Kau masih Dewi hatiku….sungguh
Biar sejuta tahun hilang di hari
Usah gusar sayang usah ragu
Aku milikmu

Chorus *

Cintaku jika kau tanya pada bintang
Gemilauan sinar tak kan hilang
Akan aku sinari duniamu
Moga terpadam sangsi mu oh….

Cintaku jika kau lihat tingginya awan
Tak kan tercakar tinggi cintaku
Hanya hati ku tahu apa mahuku

Kan dunia ku pastinya milikmu
Hingga ke akhir hayatku

Kau masih ku cintai….sungguh
Dari hari pertama kau ku nikahi
Aku pasti seyakinnya pasti
Engkau milik ku..

Tuesday, February 14, 2006

Hari keluarga

Last Saturday, 11hb February, tepat 2 bulan aku menjadi isteri kepada hubby aku yang tercomey. Alhamdulillah… kebetulan jugak, pada hari tu ada sambutan hari keluarga KUIM (Kolej Universiti Islam Malaysia), tempat kerja hubby. Hari keluarga tu diadakan kat Taman Tema Desa Water Park. Best wooo tempat tu….

Ramai betul staff KUIM yang datang dengan keluarga memasing. Ramai sangat baby-baby comel yang dok gelak-gelak walaupun tak der gigi lagi. Comeyyyy… Geram tengok baby comey…

Macam-macam acara diadakan sempena hari keluarga ni, untuk semua peringkat umur. Aku dan Neezam tak lepaskan peluang untuk sertai memacam acara yang diadakan tu. Memula tu aku malu gak nak join tapi biler dah mula masuk satu acara, rasa seronok dan terus nak masuk acara lain-lain plak. Tu pun Neezam yang dok pujuk-pujuk dan desak-desak aku untuk join the games. Kalau tak aku duduk jer lah. Segan konon. Hehehhehe…

Salah satu pertandingan yang aku dan Neezam sertai ialah pertadingan ‘pasangan seiras’. Dalam pertandingan ni, juri-juri akan judge keseirasan setiap pasangan; aku dan Neezam. Nak tau? Aku dan Neezam menang dalam acara ni, dapat tempat kedua. Muahahahahaha… Macam tak cayer jer. Seiras ker? Hehehhehehe… Mungkin sebab kecomeylan kitorang yang seiras. J

Selain sukaneka, ada jugak cabutan bertuah. Biasalah tu… Selalunyer dalam acara-acara cenggini tak sah kalau tak der cabutan bertuah. Tapi mungkin tak der rezeki, nombor kitorang tak naik pun.

Sambutan hari keluarga KUIM ni tamat pada pukul 3.30 petang. Tapi kitorang tak terus balik. Aku dan Neezam terus lepak kat taman tema tu.

Sumer tempat kitorang main; naik tiub besar, gelungsur air, shock wave, etc… Rasa macam budak kecik tau. Seronok main air. Hehehhehe… Bagi aku tempat ni ok lah untuk keluarga nak lepak-lepak. Harga masuknyer pun jauh lebih murah kalau nak dibandingkan ngan Sunway Lagoon.

Hmm… banyak kenangan manis yang aku dapat hari tu. Lebih-lebih lagi sebab tarikhnyer yang bermakna bagi aku dan Neezam.

Sunday, February 12, 2006

My friends wedding

Huhuuhuhuhuhuuhu… terharu… tak sangka… kahwin jugak kawan aku ni ngan kawan aku ni. Alhamdulillah…

Fari dan Saril, kawan aku sejak sekolah menengah. Setelah hampir 9 tahun diorang bercinta akhirnya diorang sampai gak ke jinjang pelamin. Fari dan Saril telah selamat diijabkabulkan dan melangsungkan perkahwinan pada 12hb Februari, hari Ahad yang lepas.

*Obviously, gambar dicilok dari onizuka... hehehhee...

Aku pernah jumpa Fari sebelum ni, kata Fari, memang susah nak jaga dan mengekalkan percintaan tanpa ikatan aper-aper, walaupun dah bertunang. Banyak betul halangan dan cubaan. Tapi diorang berjaya jugak. Sembilan tahun… lama tu… Mesti kasih sayang dan komitmen sesame diorang sangat tinggi. Alhamdulillah… baguih lah tu.

Pada hari kahwin diorang tu jugak aku sempat jumpa dengan bekas kengkawan sekolah aku dulu; Juhana, Haniza, Liza, Amy, Mastura, Salina, Marlina, Zeha, Zu, Fasilah, Asroma, Hasnah, Megat, Raja Amrol, Awie, etc… Kengkawan Sekolah Menengah Wangsa Maju Zon R1 yang pernah menjadi medan perkenalan dan perjuangan kitorang dulu. Hehehehehe… semangat patriotic lah pulak ek. Hmmm… selalunyer kat majlis perkahwinan macam ni lah kitorang selalu berjumpa. Kalau nak harapkan nak buat reunion, selalunyer terpostpone jer.

Apapun aku harap persahabatan kitorang tetap kukuh walaupun memasing dah bawak haluan memasing. Dan kepada Faridatul dan Saril, aku harap ikatan perkahwinan ni akan membawa lebih makna dalam perhubungan korang yang dah terjalin sekian lamanyer.

back to top