Ramai betul staff KUIM yang datang dengan keluarga memasing. Ramai sangat baby-baby comel yang dok gelak-gelak walaupun tak der gigi lagi. Comeyyyy… Geram tengok baby comey…
Macam-macam acara diadakan sempena hari keluarga ni, untuk semua peringkat umur. Aku dan Neezam tak lepaskan peluang untuk sertai memacam acara yang diadakan tu. Memula tu aku malu gak nak join tapi biler dah mula masuk satu acara, rasa seronok dan terus nak masuk acara lain-lain plak. Tu pun Neezam yang dok pujuk-pujuk dan desak-desak aku untuk join the games. Kalau tak aku duduk jer lah. Segan konon. Hehehhehe…
Salah satu pertandingan yang aku dan Neezam sertai ialah pertadingan ‘pasangan seiras’. Dalam pertandingan ni, juri-juri akan judge keseirasan setiap pasangan; aku dan Neezam. Nak tau? Aku dan Neezam menang dalam acara ni, dapat tempat kedua. Muahahahahaha… Macam tak cayer jer. Seiras ker? Hehehhehehe… Mungkin sebab kecomeylan kitorang yang seiras. J
Selain sukaneka, ada jugak cabutan bertuah. Biasalah tu… Selalunyer dalam acara-acara cenggini tak sah kalau tak der cabutan bertuah. Tapi mungkin tak der rezeki, nombor kitorang tak naik pun.
Sambutan hari keluarga KUIM ni tamat pada pukul 3.30 petang. Tapi kitorang tak terus balik. Aku dan Neezam terus lepak kat taman tema tu.
Sumer tempat kitorang main; naik tiub besar, gelungsur air, shock wave, etc… Rasa macam budak kecik tau. Seronok main air. Hehehhehe… Bagi aku tempat ni ok lah untuk keluarga nak lepak-lepak. Harga masuknyer pun jauh lebih murah kalau nak dibandingkan ngan Sunway Lagoon.
Hmm… banyak kenangan manis yang aku dapat hari tu. Lebih-lebih lagi sebab tarikhnyer yang bermakna bagi aku dan Neezam.
No comments :
Post a Comment