♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Tuesday, May 19, 2020

Enche Neezam masak

#pkp #mco #day7p5

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Berbuka malam ni, enche Neezam yang sediakan. Aku ke office hari ni. Enche Neezam siap  video call, tanya macam mana nak potong petai. Mengada... bukannya dia tak tau... sajer jer... 

Sedap enche Neezam masak hari ni - sambal sotong petai, ikan cencaru masak kicap berempah, rendang telur rebus dan macaroni goreng. 

Jiran depann rumah pula bagi martabak. Alhamdulillah... rezeki...







Lagu raya pun dah memanjang dimainkan kat radio ni. Mood raya dah mai tapi esok ada training lagi nak bagi nih. Participants dah 51 orang and still counting. Ish... ish... esok ni jangan sebut ketupat, rendang, lemang dalam training sudah... huhuhu...


Monday, May 18, 2020

Bila tak nak makan nasi

#pkp #mco #day6p5

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Kadang-kadang rasa bosan jugak nak makan nasi. Nak buat mee goreng ke, bihun goreng pun tak nak jugak. Buntu jugak fikir nak makan apa. Huhuhu...

Akhirnya buat buttered and mint couscous, our favorite! Enche Neezam buat ayam panggang. Perfect match!

Selain tu ada mushroom soup, garlic bread dan coleslaw. Enche Neezam buat soda herbs.










Bila masak ringkas-ringkas macam ni, esok pagi nak kena fikir pulak nak bersahur apa ni. Huhuhu... masak nasi dengan sardin jer pun ok kan? 


Sunday, May 17, 2020

Melemang dan merendang

#pkp #mco #day5p5

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Enche Neezam masuk dapur dari pagi sehinggalah nak masuk waktu berbuka. Aku tengok pun takut. Satu persatu menu dia buat.

Memula enche Neezam buat cornflakes cookies, pastu lemang pulak, jap tu puding roti pulak, pastu rendang ayam dan kuah kacang pulak! Lengkap! Dari appetizers sampai ke desert. Sebelum berbuka tadi enche Neezam buat air jagung pulak. Pergghhh...

Aku? Dok sibuk bertukang lagi. Huhuhu...

Enche Neezam cuba-cuba jer buat lemang. Dah tu banyak kali resepi dok lalu lalang kat fb wall dia katanya. So, dia cubalah. Nampak senang jer. 

Lemang moden... tak pakai buluh... tak bakar... kukus jer dalam cawan kertas. Oklah... not bad. Ada rasa lemang jugak.

Enche Neezam masak rendang ayam dan sambal kacang untuk dimakan bersama lemang. Dah macam raya dah rasanya. Huhu...


Dari semalam jugak enche Neezam dah mula buat projek kuih raya. Tu yang busy bebenau tu. Semalam enche Neezam buat choc chips cookies dan hari ni pulak buat cornflahes cookies. Aku tak tau lah enche Neezam ni tangan dia macam mana. Dia buat mesti jadi. Aku kalau bab baking memang fail. Tapi enche Neezam, walaupun first time buat, mesti menjadi. Jeles gak. Tapi alhamdulillah... ada gak sorang buat menjadi kan. Kalau dua-dua tangan tak menjadi, lagilah hampeh! Huhuhu...


Saturday, May 16, 2020

Bila dua-dua busy

#pkp #mco #day4p5

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Hari ni both aku dan enche Neezam sibuk dengan urusan memasing. Tapi tak keluar pun. Urusan kat rumah jer. Huhu...

By the time nak masak, dah rasa penat. Nasib baiklah Khairunns semua request nak makan ayam goreng jer. Alhamdulillah... senang! Enche Neezam sempat buat tau fu fa. Nyum nyummmm...






So... projek apa yang macam busy sangat kitorang buat seharian tu? Hmmmm... enche Neezam sibuk dengan projek kuih raya, manakala aku sibuk dengan projek dinding. Dah siap baru tunjuk hasilnya nanti k... Wait for it!

Friday, May 15, 2020

His vs Mine

#pkp #mco #day3p5

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Setelah sekian lama, hari ni barulah berani keluar dating dengan enche Neezam. Hahahah... datinglah sangat! Kitorang keluar cari barang jer - berdua. Anak-anak semua tinggal kat rumah.

Yang kelakarnya, aku nak cari barang-barang bertukang manakala enche Neezam pulak nak cari barang-barang baking. Huhuhu... dah terbalik dah kitorang ni. Dah kenapa???!!!

Aku pun tak paham. Huhuhu... Sebab tu lah Allah made us for each other... untuk saling melengkapi... gitewwwwww...

Alhamdulillah... masing-masing dapat jumpa barang-barang yang dihajati.

Termasuklah satay Willy. Yey! Dah lama teringin nak makan satay. Akhirnya dapat jugak!

So, dah ada satay, aku masak senang-senang jer lah. Buat bihun soto apa nan hado jer.

Enche Neezam pulak buat sosej rolls dan jemput-jemput soya. Sedap tau jemput-jemput... macam vadeh.

Pastu supplier buah hantar rambutan pulak hari ni. Arrrgghhhh... my favorite! Kupas semuanya siap-siap. Semua sukalah sangat. Senang, dah kupas tak lah bersepah-sepah kulit rambutan.



Alhamdulillah... rezeki Allah bagi hari ni dan dipermudahkan semua urusan cari barang tadi. Lepas ni nak cari masa nak mula bertukang pulak. Enche Neezam pun dah semangat sangat tu nak mula baking. Nak buat kuih raya katanya.... Tengok jer lah apa yang jadi nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for dropping by!

back to top