♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Wednesday, March 25, 2020

Tempoh PKP Dilanjutkan

#pkp #mco #day9

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

So, tadi dengar berita terkini.

Perintah Kawalan Pergerakkan dilanjutkan sehingga 14hb April. Maksudnya ada 3 minggu lagi kena berkurung kat rumah.

Walaupun rasa terbeban jugak dengan tempoh PKP ni tapi pada masa yang sama aku bersyukur jugak. Sebelum ni aku risau gak. Kalau 1hb April, anak-anak kena pergi sekolah, aku takut diorang terjangkit dari mana-mana. Lebih-lebih lagi bila tengok jumlah kes yang dilaporkan setiap hari semakin meningkat. Memang risau sangat.

Bila dah dilanjutkan ni sedikit sebanyak rasa lega. Anak-anak kita jaga sendiri depan mata. Alhamdulillah...

Aku dengar, tempoh PKP ni akan disambung setiap 2 minggu jika ada peningkatan kes setiap hari. Wallahu a'lam...

Tak sabar rasanya nak tengok pengakhiran cerita ni. Semoga pengakhiran yang baik...

😔😔😔

Tuesday, March 24, 2020

Respect Frontliners

#pkp #mco #day8

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Ya Allah... sedih dah sebak sangat dengar luahan hati doktor ni.

Beliau luahkan perasaan sambil menangis. Nampak sangat dah tak terbendung dah rasa penat dan kesal. Penat untuk membantu kiter menangani isu Covid-19 dan kesal dengan sikap segelintir pihak yang mementingkan diri sendiri dan tidak sama-sama membantu.

Aku dapat bayangkan betapa takutnya diorang berdepan dengan penyakit merbahaya ni. Nak tolong orang supaya sembuh dan tak terkena pada diri sendiri. Tapi ada orang yang dengan perasaan tak bersalah menyorokkan status sehingga barisan hadapan seperti diorang pun terkena jangkitan.

Diorang ni dah lama berjuang kat hospital tu. Dah berapa lama tak balik berjumpa keluarga. Kalau balik pun, tak boleh nak peluk anak-anak... tak boleh nak peluk pasangan.

Ya Allah... berikanlah kekuatan kepada setiap petugas barisan hadapan. Berikanlah kekuatan kepada keluarga mereka - anak-anak mereka, pasangan mereka dan ibubapa mereka. Lindungilah mereka dari penyakit merbahaya ni.

Bantulah mereka yang sedang bermati-matian untuk membantu kita. Kita cuma perlu duduk di rumah! Perjuangan kita hanya dengan duduk di rumah! Bukan kena pegang senjata melawan musuh ke hapa. Aku tak faham kenapa susah betul orang nak ikut. Ramai lagi yang dok berlegar, melepak kat luar tu.

Orang-orang yang kena tangkap sebab keluar melepak dengan kawan-kawan, main bola, berkumpul bagai lagi tu... bagi diorang join barisan hadapan kiter. Bagi diorang jadi tukang cuci kat hospital. Biar diorang tengok sendiri susah payah petugas kesihatan ni melawan Covid-19 ni. Biar diorang tahu bila diorang tak boleh balik tengok keluarga sebab takut keluarga berjangkit. Biar diorang rasa pulak!

Kepada petugas barisan hadapan... setinggi-tinggi penghargaan dan penghormatan bagi anda semua. Semoga sentiasa di bawah lindungan Allah swt. Kiorang akan sentiasa mendoakan anda. You are our hero!

Gambar credit to Artortoise.

Monday, March 23, 2020

Bila enche Neezam cuti

#pkp #mco #day7

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Masuk minggu baru #workfromhome.

Alhamdulillah... hari ni dapat fokus banyak dengan kerja. Satunya sebab puasa. So, tak der lah berulang asik nak dapur jer. Dan satu sebab lagi hari ni Negeri Sembilan cuti Israk Mikraj. Enche Neezam tak kerja hari ni. So, urusan rumah semua enche Neezam yang uruskan. Tak dibenarkan work from home. Hahahaha...

Tadi sempat jugak enche Neezam potong rumput kat luar rumah.

Sian... penat wooo potong rumput.

Menjelang petang, enche Neezam sibuk kat dapur pulak sediakan juadah berbuka. Aku lepas 5.30 petang, boleh terlelap pulak. Penat betul rasa.

Kemain enche Neezam masak. Macam berpuasa di bulan Ramadhan. Huhuhu...

Tadi, sambil-sambil tengok 'Touch Your Heart', tetiba enche Neezam hulur semangkuk pengat pisang. Memang touch my heart betul. Senyap-senyap jer dia buat kerja kat dapur.

Alhamdulillah...

Sunday, March 22, 2020

Kuih-muih fozen

#pkp #mco #day6

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Memandangkan hari ni tak perlu #workfromhome, so aku ambik kesempatan hari ni untuk buat kuih karipap frozen. Dah beberapa hari bekerja dari rumah ni, setiap petang mesti rasa nak cari makanan. Terutamanya anak-anaklah...

So, hari ni enche Neezam kata dia nak masak untuk lunch. Aku pun ambiklah masa untuk buat karipap. Buat lebih sikit untuk frozen. So, bebila nanti nak minum petang, bolehlah goreng jer terus.

Petang tadi gorenglah jugak sikit. Bebudak ni bila tengok ada karipap kat rumah, memang tak sabarlah diorang nak makan.

Dulu masa kat Melbourne, aku buat karipap pusing ni jual frozen kat kengkawan. Alhamdulillah... hasilnya dapatlah jugak beli beg jenama Guess sebijik dua.

Balik Malaysia memang jarang sangat buat. Ada lah buat sekali dua, tu pun atas permintaan.

Pagi tadi aku call emak, mintak resepi. Dah lama tak buat, lupa dah resepi untuk doh dia. Emak pandai buat karipap pusing. Dulu masa aku kecik-kecik, emak pun buat berniaga karipap pusing ni. Kalau emak yang buat karipap pusing ni, lagi cantik pusing dia. Berlapis-lapis.

Ni untuk my little Khairunns... sorang nak crust jer, tak nak inti. Yang sorang lagi nak bulat macam bunga... layankan jer lah...

Hari Khamis yang lepas, aku sempat jugak buat donut frozen. Senang jer... Masukkan jer dalam breadmaker. Terus siap kembang doh dia. Tapi kena bentukkan sendirilah...

Buat bulat-bulat jer untuk frozen.

Kalau nak frozen donut, kena goreng sekejap dulu sebelum simpan dalam freezer.

So, bila nak makan, tinggal goreng jer.

Banyak lagi kuih-muih yang kiter boleh buat untuk frozen selain karipap dan donut, macam popia goreng, samosa, keria, cucur badak... buat yang senang-senang jer. Resepi google jer... Buat kuih yang ada bahan kat rumah. Aku masih tak berani nak keluar dan tak berani nak bagi enche Neezam keluar. Semoga kiter semua terhindar dari wabak penyakit sekarang ni. Ameen...

Saturday, March 21, 2020

Each a cup!

#pkp #mco #day5

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Hari kelima #stayathome.

Antara ayat aku selalu cakap sejak kuarantin ni ialah “bebudak ni berapa banyak cawan diorang pakai?”

Dah minum, diorang basuh sendiri. Tapi aku yang kemas dan simpan. Banyak betul cawan keluar.

Yang bagusnya sebab diorang kerap minum air. Tapi setiap kali minum, keluarkan cawan baru. Kadang-kadang bawak gi ruang tamu, atas meja, bilik study. Pastu tinggal kat sana. Ambik cawan lain. Bila tanya, saper punya cawan, tak der siapa yang mengaku.

So, hari ni praktikkan sorang satu cawan je sepanjang hari. Cawan masing-masing. So, kalau bersepah, tau saper punya.

Semoga berjaya!

Ini untuk menjaga kesihatan jantung dan tekanan darah diri sendiri. Semoga tak bertukar jadi hijau. Ada seminggu lebih lagi nak lalui ni.

Ooooo cawan ada 3 sahaja sebab untuk Niesreena, Naufal dan ayah depa. Mama dan Neeyaz pakai tumbler. Diorang pakai cawan sebab nak minum air sejuk dari cuckoo.

Tengahari tadi aku masak sup ekor. Makanlah untuk lunch dan dinner.

Petang pulak buat kuih lopes. Dah lama tak buat kuih lopes. Last sekali buat masa kat Melbourne dulu. Tu pun sebab teringin sangat nak makan. Belajarlah buat dari youtube. Masa tu tak jumpa daun pisang, kiter pakai plastik wrap jer. Pun jadi... Tapi kalau guna daun pisang, lebih wangi.

Ni lah kerjanya bila duduk kat rumah. Asyik fikir nak kena masak dan makan jer. Kalau tak masak kang lapar pulak. Redho jer lah duduk kat rumah membesarkan badan. Huhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for dropping by!

back to top