♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Tuesday, November 30, 2021

Sumbangan Alumni Universiti Sangat Ditagih

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Artikel enche Neezam hari ini di akhbar Harakah.


Klik gambar atau link ini untuk artikel penuh.

Saturday, November 27, 2021

Sampai berjumpa lagi, Isma & Hairil

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Alhamdulillah malam ni berkesempatan jugak jumpa Isma dan Hairil sebelum diorang fly.

Ingatkan dah tak sempat nak jumpa memandangkan masing-masing busy dengan komitmen masing-masing. Sampaikan masa aku dan Isma pilih-pilih tarikh, semuanya tak der yang sama-sama free. Tapi akhirnya malam ni sempatkan jugak untuk jumpa walaupun sekejap sangat.

Kitorang mula kenal masa kat Melbourne dulu. Sejak dari sana memang rapat, macam keluarga. Travel sama-sama, selalu lepak sama-sama dari malam sampai ke pagi. Huhuhu...

Bila dengar diorang nak berhijrah, rasa sedih jugak. Tapi pada masa yang sama aku happy sebab impian diorang nak berhijrah tercapai.

Isma dan Hairil, kitorang akan sentiasa mendoakan korang kat sana. Semoga dipermudahkan segala urusan, happy selalu dan terus success. You will be missed. Insya Allah, panjang umur ada rezeki, kita akan berjumpa lagi. Doakan Neezam sampai ke Vegas, pastu bleh jumpa korang kat UK plak. Hehehehe...

Tuesday, November 23, 2021

Naufal 2nd dose completed

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Alhamdulillah... hari ni selesai second dose Naufal. 


Kalau ikutkan schedule awal, 2nd dose Naufal ialah pada hari Rabu minggu lepas. Tapi ditangguhkan sehingga ke hari ni. Alhamdulillah... lega bila tangguh sebab minggu lepas Naufal dah lah terlibat dengan MPKAFA. Pada masa yang sama kena vaksin plak tu. Risaulah kan... takut demam plak. Dah lah tengah ujian.

Bila cikgu beritahu yang tarikh vaksin ditangguhkan, memang legalah rasa. Cuma jauhlah. Kalau ikut jadual asal kat sekolah jer. Tapi bila dah tangguh ni, kena datang sampai ke Paroi pulak. Tapi tak kesahlah.

Urusan vaksin kat Komplek Belia dan Sukan Paroi ni sangatlah cepat. Dari sampai hingga selesai tak sampai 10 minit pun. Terus boleh balik dan dapat makanan tengahari lagi. Huhuhu... 

Alang-alang dah dekat Seremban, kitorang singgah di Seremban Centre Point. Cuci mata jer. Tak pernah masuk sini walaupun beberapa kali lalu.


Biasanya masuk Family Mart kat mana-mana pun sesak. Kat sini lengang jer. 




Ada Jalan-Jalan Japan kat sini. JJJ ni macam bundle jer sebenarnya. Tapi barangan dari Jepunlah. Bundle Jepun. So adalah pinggan mangkuk Jepun, kimono dan macam-macam barangan Jepun kat sini.

Tak beli apa pun... cuci mata jer...


Masuk JJJ ni teringat kat Savers masa duduk Melbourne dulu. Lagi best. Savers harga lagi murah walaupun in Aussie Dollar. 

Hmmmm... tetiba teringat life masa dok kat Melbourne dulu. Memang suka pergi Savers kat Greensborough cari peralatan rumah, buku-buku. Walaupun barang-barang second, tapi elok macam baru, harga pun murah giler. Bilalah dapat ke sana lagi... 

Saturday, November 13, 2021

Mendaki Bukit Cinta, Jementah

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Balik Segamat kali ni kitorang berkesempatan naik Bukit Cinta di Jementah. Dah beberapa kali dah merancang, tapi asyik tak jadi. Kali ni ada ramai sikit yang balik ke kampung, baru seronok nak naik. Heret semua Khairuns dan Khaireenas kecuali yang kecik-kecik.

Perjalanan mendaki bukit cinta ni lebih kurang 1.5 km. Tak der cerun sangat nak mendaki. Memang relax-relax jer. Tak macam Bukit Melati kat Nilai. Walaupun ala-ala relax jer naik, tapi penat jugak. Huhuhu...

Aku kalau berbasikal, boleh gi lah sampai 40km. Tapi kalau hiking ni... hmmmmm... bertabahlah... baru 15 minit dah rasa nak menyesal. Huhuhu...

Lebih kurang setengah jam mendaki relax-relax sambil menikmati pemandangan, kitorang pun sampai di puncak Bukit Cinta ni. 


Subhanallah... memang cantik pemandangan dari atas. Nampaklah seluruh Jementah sampai ke kilang ECO yang besar tu pun nampak. Di sudut lain, masih banyak hutan-hutan dan ladang kelapa sawit. Dari sini nampak juga puncak bukit Gunung Ledang.


Cuaca memang cantik sangat pagi ni. Alhamdulillah...

Kat atas bukit ni memang disediakan beberapa photobooth untuk pengunjung bergambar sebagai kenang-kenangan.








Alhamdulillah... sampai jugak kat sini... Ada rezeki boleh naik lagi.

Semoga dengan sampai ke puncak Bukit Cinta ni akan menyemarakkan lagi kisah cinta kitorang. Huhuhuhu... Rancak!


Thursday, November 11, 2021

Kayuh @ Kota Seriemas

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Lama giler tak kayuh.








Sunday, November 7, 2021

Masjid Sendayan

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Lepas breakfast pagi tadi, sempat pulak enche Neezam lajak ke Masjid Sendayan. Memang cantik betul masjid ni. Untung orang-orang Sendayan.












Dulu aku rasa Sendayan ni macam jauh jer. Sekarang rasa dekat betul. Ye lah... sebab dah ada jalan baru yang besar dan lebih singkatkan masa perjalanan dari Sendayan ke Sepang, kan. Dulu gigihlah aku berulang Sendayan - Shah Alam lalu jalan hutan tu. Bila balik malam, memang pasang ayat al-Quran sebab takut. Huhuhu... Rasa jauh giler tapi bertahan jugak lebih setahun berulang ke tempat kerja.

Tadi sempat jugaklah tengok rumah lama kat Nusari Bayu. Banyak dah orang buat renovation rumah dan gerai kecik-kecik depan jalan.

Dah tak macam dulu dah. Dulu Bandar Seri Sendayan tu lenggang jer. Aman damai jer rasa. Sekarang banyak betul rumah dan fasilities. Rumah-rumah baru pun cantik-cantik. Tapi entah berapalah harganya. Mau lebih 600k. Rumah cantik dan besar. Harga pun mestilah cantik dan besar jugak kan? Huhu...

Saturday, November 6, 2021

Enche Neezam kayuh @ Genting Peras

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Bila enche Neezam bagitau dia dan kengkawan TLOG (Tak Larat Order Grab) ada ride ke Genting Peras, aku terus tanya "Genting Peras tu kat mana?". Aku tak pernah dengar nama Genting Peras. Genting Highlands tau lah. Huhuhu...

Kek Jolobu kato enche Neezam. Jelebu! Macam jauh jer.

Hmmmm gi lah... asalkan dikau bahagia.

Tengok gambar-gambar yang enche Neezam tunjuk, macam cantik jer tempat ni. Next time nak gi gak. Tapi tak kayuh lah. Kiter drive jer ke sana. Mana larat nak kayuh naik bukit oooiiii! See my level? Muahahhahaa...









Cantik kan pemandangan kat sini. Atas bukit macam sejuk betul. Makan pulak kat tepi sungai. Ish... jeles...






Ok, next time kena bawak datang sini hokey enche Neezam!


back to top