بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Hari tu masa outing dengan kengkawan kat KL, aku ternampak kedai yang jual pinggan mangkuk viral yang corak-corak cantik tu. Banyak giler pinggan mangkuk pelbagai jenis dan corak dalam kedai tu. Hati meronta-ronta jer nak turun tapi bas Hop & Drop tu tak boleh berhenti sesuka hati. So, memang mampu tengok jer lah.
Semalam bila sampai rumah emak, aku bagitau emak pasal kedai tu. Emak kata kalau dari rumah mak tu naik MRT sekejap jer sampai ke Pasar Seni tu. Aku terus ajak mak. Emak nak pergi pulak. Huhuhu...
So, hari ni pagi-pagi dah siap masak semua, kitorang pun tinggalkanlah laki-laki semua kat rumah. Enche Neezam hantar kitorang ke MRT.
Aku first time naik MRT. OK jugak. Tak ramai pun orang. Dari stesen Sungai Jernih ke Pasar Seni lebih kurang 35 minit cam tu.
Berhenti di stesen MRT Pasar Seni, jalan sikit akan nampak kedai tu betul-betul dekat selekoh berhampiran dengan Kasturi Walk Pasar Seni.
Ya Allah.... bahaya betul kedai ni. Memang macam-macam corak dan pelbagai jenis pinggan mangkuk yang ada. Semuanya cantik-cantik. Sumpah rambang mata.
Harga kat sini pun jauh lebih murah berbanding satu masa dulu aku pernah tengok satu booth yang bukak kat Mitsui. Mahal giler. Nak beli sudu jer pun fikir banyak kali, Huhuhu...
Kat sini memang harga mampu milik. Banyak yang berkenan tapi fikir banyak kali nak ambik fikirkan macam mana nak menggangkut naik MRT balik nanti. Huhuhu...
Alang-alang dah sampai Pasar Seni, kitorang decided untuk jalan-jalan dulu ke Pasar Seni dan Petaling Street. Dah bertahun aku tak jejak ke sini. Rasanya last dulu masa belajar kat UTM.
Bangunan Pasar Seni ni masih macam tu lah jugak. Tak berubah pun. Cuma kat luar ni makin cantik laa... ada Kasturi Walk dengan wau bulan yang besar ni kan. Mungkin dah lama jugak sebenarnya Kasturi Walk ni. Aku jer tak tau... huhuhu...
Kemudian kitorang ke Petaling Street pulak. Petaling Street sekarang tak macam dulu.
Aku ingat lagi dulu banyak sangat jual handbag-handbag dan baju-baju berjenama tetapi tiruan. Lepas tu kalau nak harga murah kena pandai tawar-menawar. Dulu orang kata, kalau tak nak beli jangan gatal-gatal nak try tawar-menawar... last-last tak beli, memang kena belasahlah. Tapi tu orang katalah... tak pernah tengok depan mata pun. Tapi sebab cerita macam ni, buat takut orang nak tanya harga. Huhuhu...
Berbanding dulu, sekarang ni tak banyak dah kedai-kedai handbag tiruan ni. Ada lah sebiji dua terselit-selit. Baju pun tak banyak macam dulu. Sekarang ni banyak kedai makan masyarakat Cina jer.
Air mata kucing sedap. Dari dulu memang ada sampai sekarang ni.
Sebelum balik, kitorang singgah semula ke kedai pinggan mangkuk viral tadi tu. Grab apa yang mampu nak angkut dulu. Tak per... beli sikit-sikit. Next time boleh datang lagi!
No comments :
Post a Comment