♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, December 28, 2020

Jalan-jalan cari makan Kluang & Batu Pahat

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Alang-alang semua orang balik, semalam kitorang gi jalan-jalan cari makan ke Kluang dan Batu Pahat. Pagi-pagi dah keluar dari Segamat untuk brunch di Kluang Railway Coffee di Kluang. Ni memang tempat favorite breakfast atau teatime kitorang. 





Favorite kitorang kat sini yang juga signature dishes diorang ialah roti bakar dan semestinya kopi. Sedap roti bakar kat sini yang disapu dengan kaya dan kepingan butter. Perrrgghhh... memang sedap!


Selain roti bakar, korang mesti cuba bihun siam. Memang terbaik!



Air kegemaran aku kat sini ialah kopi cendol. Serious sedap giler!


Ya Allah... alhamdulillah... memang puas hati sangat!


Dekat Kluang ni jugak ada kedai susu fresh yang memang dah lama ada kat sini. Lalu masa datang kedai masih tutup lagi. On the way balik, tengok kedai dah bukak. Alhamdulillah... ada jugak rezeki kitorang... yey!


Kitorang sempat singgah di Ayer Hitam. Cuci mata dan poket sikit. Huhuhu...





Seterusnya kitorang terus ke Batu Pahat untuk minum petang dan dinner kat sana. Sebelum tu kitorang sempat singgah di Pantai Minyak Beku. Lepak-lepak hirup angin pantai sampai pekena air kelapa.






Tepat pukul 4 petang kitorang terus gerak ke Jeng Kuan. Restoran ni memang restoran kegemaran enche Neezam sekeluarga sejak diorang kecik lagi. 

Makanan kegemaran diorang kat sini ialah hailam. Aku suka kuew teow hailam. Ditambah pulak makan dengan cili jeruk. Uiiissshhh... terliur bila teringat sambil menaip ni. Huhuhu... 










Alhamdulillah... lepas hajat jalan-jalan cari makan. Cuaca pun cantik jer dari pagi sehinggalah sampai ke rumah semula. 


Ni penutup berjalan 2020. Tahun ni tak banyak berjalan. Harap tahun 2021 akan menjadi lebih baik dan terbaik. Insya Allah...

Sunday, December 27, 2020

Shell out in da hausssss...

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Seronoknya cuti kali ni semua adik-beradik enche Neezam pakat balik Segamat. Meriah rumah. Mak ayah pun seronok tengok semua orang berkumpul - 5 anak, 4 menantu dan 9 orang cucu.

Malam ni kitorang bershell out. Seronok makan ramai-ramai.



Aku memang suka seafood. Nak nak kak Sit masak sedap pulak tu. Alhamdulillah...

Esok nak pi jalan-jalan cari makan lagi. Balik kampung macam ni lah... makan jer ceritanya... huhuhu...

Wednesday, December 23, 2020

Kasi upgrade freezer

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Yey! Tukar freezer baru!


Tukar freezer untuk simpan stok bahan-bahan frozen sushi. Memula dulu masa nak start business aku beli freezer kecik - 80 liter jer. Ye lah... masa tu macam tak confident jer nak business. Takut kang bermodal macam-macam dan mahal-mahal, tapi kayuh separuh jalan jer.

~Baru vs lama~

Tapi alhamdulillah... sekarang ni aku dah yakin yang business sushi aku ni boleh dijadikan sumber rezeki, walaupun secara kecil-kecilan sahaja. Alhamdulillah... ya Allah...

So, sebab selalu aku dan enche Neezam suka beli barang secara borong, so aku tukarlah freezer besar sikit. Besar lebih sikit jer. Dan kali ni pilih standing freezer. Senang nak keluarkan barang.

Suka sangat! Dapat beli freezer ni pun kebetulan kat kedai letrik ada promotion. Dapatlah potongan RM300. Jadi RM1088. Alhamdulillah...

Oklah ni... cukuplah untuk simpan barang harian yang aku gunakan. Enche Neezam kata, kalau aku perlukan  freezer lebih besar, maksudnya aku jugak perlukan pekerja.

Huhuhuhu... lambat lagi...

Monday, December 21, 2020

Pintasan Saloma

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Sekejap jer balik KL, dah nak kena balik. Tak puas rasanya duduk bawah ketiak mak. Huhuhu...

Sebelum bergerak balik tadi, enche Neezam sempat bawak pusing ke Pintasan Saloma.

Tak sangka... dulu aku kerja office kat Hotel Maya tu. Punyalah takut kat area tu sebab sebelah tu kubur. Huhuhu.. Tapi sekarang boleh pulak jadi tumpuan pelancong malam-malam macam ni. Cik puan Saloma pun bersemadi kat situ jugak.

Memang cantiklah Pintasan Saloma ni. Lampu jambatan tu bertukar-tukar.



Orang pun kemain ramai. 

Dari sini boleh nampak menara KLCC.


KLCC... tetap buat aku kagum setiap kali lalu kat sini.


Sunday, December 20, 2020

Jejalan dengan emak

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Jalan-jalan dengan mak jap hari ni. 

Misi nak cari hadiah birthday emak sebab hari tu masa birthday mak tak bagi apa-apa pun. Tak tau nak bagi apa kat emak. Jadi kiter bawak emak jalan-jalan. Apa emak nak beli, kiter bayar jer. Huhuhu...



back to top