بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Ok! Ni first time 'balik kampung' duduk kat hotel. Huhuhu...
Dah tiga hari dah kat Furama Hotel, Bukit Bintang ni sebenarnya - sejak hari Sabtu lepas. Ni pun sebab enche Neezam ada Score Marathon - mula dekat Berjaya Times Square tu. So, alang-alang, enche Neezam pun booklah sekali kat sini. Beli jiwa katanya... Hmmmmm...
Hari Sabtu lepas, kitorang check in kat Furama Hotel Bukit Bintang. Kitorang ambik Executive Suite. Ada sebuah bilik tidur dengan sebuah katil bersaiz king dan sebuah hall. Memang besarlah... TV ada 2 biji - sebuah di hall dan sebuah lagi dalam bilik tidur.
View dari tingkap bilik. Nampak Ikea Cheras.
Oklah... convenient and worth the price.
First day kitorang dok hotel jer. Enjoy kat pool. Tak keluar kemana-mana pun. Lagipun enche Neezam nak rehat. Esoknya pukul 5 pagi dah nak start marathon.
Of course diorang ni semua enjoy kat pool. Semua hantu air katakan. Huhuhu...
Hari Ahad enche Neezam gi Score Marathon kejap pagi tu. Then enche Neezam balik, rehat kejap, kitorang keluar ronda-ronda. Gi Berjaya Times Square. Dah lama giler tak ke sana. Last pergi pun zaman gi dating dengan enche Neezam masa tengah couple dulu. Huhuhu...
Kitorang berjalan jer dari hotel ke Berjaya Times Square. Nampak macam tourist sangat, kan? Huhuhu...
Enjoy kemain si kecik ni.
Lebih zohor, kitorang decide nak naik monorail. Tapi tak tau nak kemana. So, kitorang ke stesyen KL Sentral jer la. Excited bebudak ni first time naik monorail. Especially dak Neeyaz. Mulut dia asyik "cho choo train... cho choo train...". Huhuhu...
Ingatkan stesen monorail ke KL Sentral akan terus jumpa KL Sentral, rupanya keluar terus jumpa NU Sentral. First time kitorang sampai NU Sentral.
Penat berjalan hero sorang ni.
Of course, balik pun kitorang naik monorail jugak. Tapi sebelum keluar ke stesyen Imbi (Berjaya Times Square), kitorang terus ke Titiwangsa. Dari hujung ke hujung. Sajer bagi bebudak ni lama-lama sikit dalam monorail. Bila sampai kat stesyen Titiwangsa tu kitorang tak turunlah. Kitorang stay jer dalam train dan patah balik ke Imbi.
Seronok jugak naik monorail. Boleh tengok celah-celah KL yang kadang-kadang aku dan enche Neezam malas nak pergi sebab malas nak sangkut dalam jem.
Sebelum berjalan balik ke hotel semula, kitorang dinner dulu. So, tak der lah nak keluar lagi. Boleh rehat terus.
Cantik banggunan TRX.
Penat berjalan.
Kononnya plan nak keluar semula naik kereta, pusing-pusing KL. Tapi... pukul 9 semua orang dah 'pengsan'. Huhuhu... Lain kali jer lah. Lagipun rumah Wan dan Atok Abah diorang ni sepelaung jer dari sini. Bila-bila pun boleh ronda-ronda KL.
Hari Isnin, sebelum kitorang check-out, of courselah kena terjah pool dulu.
Sebelum balik ke Sepang, kitorang sempatlah singgah kat Ikea jap. Ingatkan hari kerja kuranglah orang makan kat sana... tapi penuh jugak. Setengah jam jugaklah beratur nak ambil makanan. Haaaiiissshhhh...
Cunnya kerusi baru Ikea!
Penat cuci mata kat Ikea. Tak beli apa pun.
Eh... tak... aku beli...
Beli kuali non-stick satu. Memang aku pakai kuali Ikea ni kat rumah. Bagus kuali ni. Tambah satu lagi. Senang nak masak.
Sekejap jer cuti 3 hari kan? Nasib baik esok masih cuti lagi. Moh ler kiter mendobi.