♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, November 30, 2018

Cucu-cucu cikgu Mohd Noor dan cikgu Zaliha

Lebih seminggu sebenarnya mak dan ayah mertuaku ada kat rumah. Mintak tolong jaga baby Neeyaz dan abang Naufal hujung minggu lepas sementelah aku dan Niesreena pergi bercuti ke Hatyai, manakala enche Neezam *macam biasa* sibuk gak bekerja di hari minggu.

Emak dan ayah tunggu sampai Niesreena ambil result UPSR dan bawak cucu-cucu balik ke kampung bersempena dengan cuti sekolah... macam biasalah... huhu...

Semalam ketujuh-tujuh cucu berkumpul kat rumah aku - si Khairunn dan si Khaireena.

Insya Allah tahun depan tambah lagi 2 lagi cucu... atau 3??? Eh... huhuhu...

Apapun... idokler mak tok dan ayah tok bawak balik ketujuh-tujuh cucu ke kampung. Cuma yang 'layak' sahaja. Ngeeeee...

Yang tak cukup umur kena tinggal... Kang malam-malam cari mama... cari ibu... hmmmm... naya...

Sabarlah ye Khairunnazhan dan Khairunneeyaz...

Thursday, November 29, 2018

Niesreena end of UPSR journey

Congratulations Khairunniesreena,

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.

We are so proud of you. What ever the result you obtained in UPSR, you will always be the proud of our family.

Mama and Ayah were mesmerized with the quality you shown throughout the journey. Your focus, your sincerity, your spirit, your time management, your tawakkal, all of those were your strengths.

Sustain your effort to be the best example for your younger brothers!

#UPSR2018

Tuesday, November 27, 2018

Enche Neezam @ Majlis Konvokesyen USIM kali ke-16

Enche Neezam dah 14 tahun berkhidmat di USIM. Tapi ini kali pertama enche Neezam berkesempatan menghadiri majlis konvokesyen USIM.

Akhirnya dapat jugak enche Neezam menyarung semula jubah PhD La Trobe dia.

Aku pun gigih tengok majlis konvokesyen ni kat fb USIM live. Bukan sebab nak tengok muka cik abang tu sangat, tapi sebab nak dengar ucapan konvokesyen dari NC. Ucapan beliau ditulis oleh enche Neezam. Alhamdulillah enche Neezam kata tak banyak yang diedit semula. Rasa bangga bila NC baca ucapan tu.

Oooo sebelum tu... of courselah... dah alang-alang tengok live kan. So cari-cari jugaklah muka cik abang kiter.

Hmmmmm... Tengok muka lecturer yang hensem tersengeh tu...

Huhuhuhu... comel kan...

Ingat student je ke excited nak konvo... lecturer lagi berdabal-dabal excited tau tengok anak didik konvo.

Enche Neezam dengan salah seorang lagi studen PhD dia... Dr Khamis.

Tahniah kepada semua para graduan dan para pensyarah!

Monday, November 26, 2018

Supervisor Appreciation Robing Ceremony

Malam ni enche Neezam berkesempatan menghadiri
Supervisor Appreciation Robing Ceremony 2018.

Majlis ni adalah majlis pemakaian jubah konvokesyen oleh supervisor kepada graduan PhD memasing.

Alhamdulillah... tahun ni 7 orang pelajar PhD enche Neezam akan berkonvo. 7 orang!

Dan dalam majlis ni enche Neezam berpeluang memakaikan busana robe konvokesyen salah seorang daripada 7 graduan PhDnya tahun ni.
Dr Ayad dari Libya.

Soooo terharu...

Tahniah semua para supervisor dan para graduan!

2 hari 1 malam

#bfftriptohatyai ft #motherdaughthertriptohatyai

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba!

#bfftriptohatyai ft #motherdaughtertriptohatyai

Sebenarnya dah lama plan nak berjalan dengan kengkawan tapi memasing sebuk dengan kerja so tak der mastermind yang betul-betul boleh push plan ni. Sampai satu hari, tetiba Chloe betul-betul serius plan... pilih tarikh dan beli tiket bas untuk kitorang 6 orang!

Ok! Kira kena confirm dah ni! No turning back!

Huhuhu...

So, plan awal nak naik keretapi pergi dan balik. Tapi masalahnya, train sampai Padang Besar jer dan bila sampai Padang Besar kena beli tiket lain. Dan keretapi dari Padang Besar ke Hatyai sangat terhad dan tak boleh booking atau beli dulu. Kena dah sampai sana baru beli. So, kitorang rasa macam leceh jer. Sebab tu kitorang decide untuk naik bas direct dari Kuala Lumpur sampai Hatyai. Senang!

23 November | Bertolak dari TBS, Kuala Lumpur

Kitorang naik bas dari TBS jam 9.30 malam. Enche Neezam hantar aku dan Niesreena kat KTM Nilai jer dan kitorang naik komuter terus ke TBS.

Oh ya... actually tak plan pun nak bawak Niesreena tapi tetiba ada kawan tak boleh gi pulak last minute. So, bawaklah Niesreena. Memang rezeki dia lah...

Bas kitorang dari TBS bertolak jam 9.30 malam. Memang sharp 9.30 malam bas jalan.

Kitorang naik bas Suasana Edaran. Bas ni memang selesa, lengkap dengan wifi dan tempat nak charge handphone. Dan siap ada selimut! Harga tiket sehala dari TBS ke Hatyai ialah RM70.

Nampak tak excited muka memasing tu. Aku memang dah lama tak naik bas. Ni first time naik bas dari TBS. Memang selesa kat TBS ni berbanding kat Pudu Raya. Huhuhu... teringat setiap kali masa nak balik UTM Skudai kat Pudu Raya... melekat rasa habuk hitam bas kat muka sementara tunggu bas kat sana. Huhuhu...

24 November | Hatyai!

Jam 5 pagi bas sampai kat Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam. Bas beratur dan mula bergerak masuk bila imigresen buka jam 6 pagi.

Selesai urusan di imigresen Malaysia, naik bas semula dan turun semula di imigresen Sadao.

Alhamdulillah... urusan di kedua-dua imigresen sangat lancar.

Bas meneruskan perjalanan ke Hatyai. Ambil masa lebih kurang sejam jugak. Kitorang tiba kat Hatyai jam 8 pagi. Di Hatyai, pengangkutan yang kitorang gunakan hanyalah tuk tuk. Kat sini memang senang jer dapat tuk tuk dan harga pun berpatutan. Boleh tawar menawar juga mintak murah sikit.

Breakfast @ Chabura Halal Dimsum

Destinasi pertama kitorang kat sini ialah Chabura Halal Dimsum. Memang dah plan nak breakfast kat sini. Memasing pun memang tengah lapar giler sebab bas tak der berhenti untuk makan. So kitorang naik tuk tuk dari tempat hentian bas. Harga naik tuk tuk 30 baht satu kepala.

Alhamdulillah... masa kitorang sampai kat sini masih tak berapa ramai orang. Tak lama lepas tu terus ramai sampaikan tak der tempat duduk.

Ada pelbagai jenis dim sum kat sini. Memang rambang mata. Harga setiap satu pinggan dimsum tu ialah 15 baht sepinggan. Lebih kurang RM2 setiap satu.

Untung bawak Niesreena. Dia ni memang kaki makan. Semua dia try.

Selain dimsum ada jugak goreng-goreng kat sini. Semua sedap.

Puas hati!

Padthai sedap! Bubur tomyam dia pun sedap! Kena cuba kalau korang datang ke sini.

Seterusnya kitorang ke Kim Yong Market. Memula kitorang ingat nak gi check-in dulu, tapi rasanya macam awal sangat takut nanti tak boleh check-in lagi.

Kat Kim Yong market ni macam-macam ada. Kalau korang suka kekacang, kerepek, buah-buahan segar, buah berangan boleh lah dapatkan kat sini dengan harga yang murah. Insya Allah...

Siam Oriental Hotel, Hatyai

Pukul 10 lebih kitorang decided nak cuba check-in hotel. Oh ya... waktu kat Thailand lewat sejam dari kat Malaysia ye.

Alhamdulillah... lebih kurang pukul 11 tiba di hotel dan boleh check-in. Hotel mintak deposit 1500 Baht. Tapi aku refuse nak bayar dalam baht dan mintak bayar dalam RM. Ye lah... duit baht nak guna shopping. Huhuhu... Tapi pakai RM tak boleh... Dia mintak deposit satu passport dia simpan. Alhamdulillah... selamat duit shopping.

Kat sini kitorang menginap kat Siam Oriental Hotel. Memula kitorang ingat nak dok kat Lee Garden Hotel, tapi dah full. Kalau kat Lee Garden lebih strategik. Dekat dengan market dan bawah hotel pun ada night market. Tak der rezeki... maybe next time. So, ambiklah Siam Oriental ni. Hotel ni jauh sikitlah dengan tempat attraction tapi memang selesa dan murah! Berbaloi dengan harga. Wifi pun laju. Tu yang penting!

Diana Shopping Complex

Kat sini zuhur masuk jam 12.05 tengari. Lepas solat jamak, kitorang keluar jam 1 petang. Kitorang nak plan nak ke Klonghae Floating Market tapi bukak jam 3 petang. So, kitorang ke Diana Shopping Complex dulu yang terletak lebih kurang 100 meter jer dari hotel kitorang.

Sempat jugak membeli kat sini. Banyak jualan murah bersempena nak Christmas akan datang ni kan.

Klonghae Floating Market

Jam 2.30 kitorang gerak ke floating market menaiki tuk tuk. Satu tuk tuk 200 baht. Kitorang tahan tuk tuk tepi jalan jer, dapat 200 bath satu tuk tuk. Masa keluar dari Diana ada jugak tuk tuk ramai-ramai tunggu penumpang kat situ, diorang nak 300 bath. Nasib baik tak ambik. Alhamdulillah... boleh jimat sikit.

Makan time!

Ya Allah! Memang banyak makanan ada kat sini dan memang murah-murah.

Kitorang sampai 15 minit sebelum pukul 3 petang. So, memang tak ramai orang tapi kedai semua dah mula bukak. Just on the right time! Yey!

Floating market ni ada 2 bahagian - satu kat bawah, tepi sungai tu. Diorang semua berniaga dari atas sampan dan satu bahagian lagi kat atas. Ada banyak lagi gerai-gerai makanan dan cenderahati yang dijual kat situ.

Semakin lewat, orang semakin ramai. Nak beli makanan pun payah. Nasib baiklah datang awal. Alhamdulillah...

Asean Night Market

Plan seterusnya ingat nak massage. Last time kitorang gi Phuket, memang banyak tempat urut tapi kat Hatyai kurang sikit tapi ada lah...

Kitorang ke Asean Night Market dengan harapan ada tempat urut dekat-dekat sini sebab lepas urut nak makan kat Asean Night Market ni tapi non hado. Tak der tempat urut kat sini.

So, kitorang pusing jer lah market dan shopping lagi.

Ya Allah! Kat sini pun bukan main banyak lagi pilihan makanan! Memang rambang mata tapi... perut masing-masing dah penuh sebab makan macam-macam kat floating market tadi. Rugi... rugi... Mampu tengok jer lah... huhuhuhu...

Disebabkan perut dah kenyang dan nak cari tempat urut pun tak der, so kitorang decided untuk balik ke hotel jer. Kat hotel pun ada tempat urut cuma tak cukup orang untuk serve kitorang semua. So, hanya duorang dari kitorang jer yang berurut.

Aku dan Niesreena sampai bilik terus pengsan! Penat giler jalan.

25 November | Final shopping kat Kim Yong Market

Pukul 6.30 pagi bebudak ni dah ketuk pintu bilik aku. Nasib baiklah dah siap. Awal giler kan? Sebab subuh kat sini masuk jam 5 pagi.

Pagi ni kitorang plan nak ke Lee Garden. Kalau tengok website, diorang kata macam ada pasar pagi kat sini, macam-macam makanan ada dijual.

Tapi bila sampai ada banyak orang jual pakaian jer. So, kitorang tukar plan, pergi ke Kim Yong Market semula.

Sebelum berjalan ke Kim Yong market, kitorang sempatlah breakfast dulu kat area Lee Garden Hotel ni. Terdapat beberapa restoran halal dan muslim kat sini.

Kim Yong market dengan Lee Garden hotel tak jauh pun. Ada kot dalam 200 ke 300 meter. Jalan sekejap sambil-sambil tengok kedai-kedai tepi jalan... tau tau dah sampai Kim Yong market.

Masing-masing menghabiskan sisa-sisa baht kat sini. Betul-betul tinggalkan duit untuk naik tuk tuk dan makan tengahari jer. Huhuhu...

Kat sini memang best... rambang mata. Lebih-lebih lagi sekarang ni ada banyak sangat baju-baju kemeja labuh yang dijualkan sini. Geram jer tengok.

Buah-buahan kat sini pun segar-segar... anggur banyak giler... chery, limau, delima manis dan tak der biji. Juicy! Memang sedap.

Jom balik!

Pukul 9.30 pagi kitorang bergerak balik ke hotel. Masa untuk mengemas barang dan check-out. As expected, beg aku 'beranak'. Haruslah kan.... huhuhu...

Lepas bersiap dan mandi, kitorang terus check-out.

Then naik tuk tuk ke tempat agen bas kitorang. Sebelum naik bas, kitorang sempat lunch dulu dengan sisa-sisa duit yang ada. Adoooiii... memanglah kata orang pompuan ni pandai shopping. Memang sampai ke kepingan syilling terakhir kitorang berbelanja!

Balik, kitorang naik bas Suasana Edaran jugak dan memang selesa jugak. Alhamdulillah... bas bergerak on time dari Hatyai. Urusan di imigresen pun mudah jer. Tak der nak kena bukak beg bagai.

Alhamdulillah... semuanya smooth walaupun tak semua seperti yang dirancang. Tapi memang best. Especially bila pergi dengan kawan-kawan yang semuanya sekepala dan sporting habis!

To Chloe, Kak Maznah, Kak Rina dan Sahara... Thank you for the beautiful trip! Seronok jalan dengan korang. Tak banyak kerenah! Huhuhu...

Insya Allah ada rezeki kiter buat next trip k. Ke mana kiter?

Cruise???

Huhuhu...

Tips ke Hatyai

Ok, sebelum aku mengakhiri post aku yang panjang lebar ni. Aku nak kongsi beberapa tips yang mungkin berguna untuk korang dan aku sendiri pada masa akan datang. Tips ni based on my experience. Mungkin orang lain pengalaman dia lain... so jangan kecam sis yer... huhuhu...

  1. First of all... 2 days 1 night in Hatyai is too rushed! Too packed! At least kena dua malam... Gi malam Jumaat - malam Sabtu dan Ahad di Hatyai - Isnin bertolak balik.
  2. Kalau plan datang weekdays, pastikan korang tengok dulu waktu perniagaan tempat-tempat yang korang nak gi tu sebab ada sesetengah tempat tutup hari Selasa atau Rabu.
  3. Aku suggest naik bas Suasana Edaran sebab memang selesa dan bas lengkap dengan wifi dan tempat charge hp.
  4. Harga tiket bas RM70 untuk dewasa sehala.
  5. Aku prefer naik bas berbanding keretapi sebab direct sampai Hatyai dari Kuala Lumpur. Tak perlu tukar bas lain. Balik boleh naik bas direct dari Hatyai ke Nilai... kalau duduk Nilai lah... Bas dari Hatyai sampai Seremban.
  6. Tak perlu risau pasal wifi sebab kat mana-mana pun ada wifi free - dalam bas, hotel, restoran. So, tak perlu beli sim card Thailand. Membazir jer.
  7. Kalau korang plan datang dalam group, aku suggest datang dalam bilangan 6-10 orang. Kalau naik tuk tuk boleh muat dalam 10 orang dan harga akan jadi lebih murah sebab bahagi dengan ramai orang.
  8. Hotel akan mintak deposit. Boleh mintak option untuk tinggalkan passport. So, duit boleh shopping.
  9. Cari hotel di sekitar Lee Garden hotel sebab ada night market kat area tu dan dekat dengan Kim Yong Market.
  10. Pergi floating market masa dia baru nak bukak, tak ramai orang dan senang nak tengok dan cari tempat duduk nak makan.
  11. Kat floating market kalau makan kat bahagian gerai atas lebih redup dan sejuk berbanding kat tepi sungai.
  12. Kalau nak cari tuk tuk, jangan cari yang dia tengah berkumpul cari penumpang sebab mahal. Jalan sikit dan tahan tuk tuk tepi jalan harganya lebih murah.
  13. Sediakan kertas dengan jadual penukaran duit baht ke RM. Sebab setiap kali membeli, kita kan sebuk nak convert ke RM. Sediakan dalam beberapa skala penukaran bath ke RM. Contohnya 10 baht, 25 baht, 50 baht, 100 baht, 250 bath dan nilai dalam RM.
  14. Kalau nak beli buah berangan, boleh beli kat Kim Yong market. Memang banyak. Cumanya... korang kena tengok dulu diorang bungkus dengan beg macam mana. Ada beg bungkusan yang tebal memang rugi sebab beg bungkus jer dah berat!
  15. Jangan takut mencuba makanan yang dijual... semua sedap!
  16. So, total hotel dan pengangkutan KL-Hatyai-KL kitorang cuma RM224 per pax.

Now... time to relax... dobi! And back to work!

back to top