♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, July 20, 2018

Part 1 | Nak pasang wainscoting?

السلام عليكم

Selamat hari Jumaat semua!

Mungkin ramai kengkawan di fb dan insta yang dah tahu, aku sekarang dalam proses nak pasang wainscoting. Ya... masih dalam proses sebab tak der masa sangat. Biasalah... bila dah buat diy ni, kenalah pandai cari masa yang sesuai. So, memang lambatlah... Huhuhu...

Lebih-lebih lagi Niesreena dah nak start trial UPSR minggu depan. So, projek terbantut sekejap sebab nak fokus pada Niesreena.

Tapi tak per... kiter buat pelan-pelan. Janji jadi. Insya Allah...

Ramai jugak kengkawan yang komen, whatsapp dan pm tanya pasal ni - dapat kayu dari mana, kos, material, etc... So, kat sini aku nak cerita pengalaman aku, macam mana nak mulakan untuk buat wainscoting ni, setakat sampai dapat kayu jer lah dulu yer. Kang panjang berjela plak.

Dinding mana yang nak pasang wainscoting

Ok, aku tetiba nak buat wainscoting ni sebab dinding area dining area tu kotor sebab terlanggar dengan bar stool masa raya hari tu. Habis comot dan sakit mata memandang. So, aku asyik terfikir, macam mana nak tutup kesan comot tu. Kalau nak cat, tak boleh nak cat separuh jer. Comot gak nanti. Tetiba datang idea untuk buat wainscoting ni.

So, dinding utama untuk buat wainscoting ni ialah dinding yang comot area meja makan tu. Tapi biasalah, bila dah fikir nak buat satu dinding, takkan nak buat satu bahagian jer kan? So, aku decided untuk buat kat dinding-dinding area meja makan. Ada 3 dinding kesemuanya.


~Wall 1~
Nampak tak tompok-tompok hitam tu. Lagipun dinding ni kosong sangat.


~Wall 2~
Kat wall 2 ni sakit hati kat kesan comot bawah suis tu.


~Wall 3~

Jenis dan corak wainscoting yang sesuai

Wainscoting ni ada banyak jenis.

Ada jenis full wall @ seluruh dinding.

Ada yang half wall @ separuh dinding.

Jenis board & batten.

Jenis beadboard.

Ada yang simple.

Dan ada juga yang complicated!

Yang pastinya, nak pilih wainscoting mana yang kita nak buat ni, bukan jer kena tengok mana satu yang menarik pilihan hati, tapi kenalah jugak tengok budget.

Kalau ikut hati... mestilah nak yang paling cantik... tapi budget pun mesti 'cantik' jugak kan? Huhuhu...

So, aku pilih untuk buat separuh dinding dan yang simple jer. Dan pilihan hati aku yang macam ni.

Budget pun ciput jer. Huhuhu...

Nak diy atau upah jer kontraktor install?

Honestly, aku ada banyak buat research dan bacaan di website, blog-blog dan youtube sebelum decide nak buat diy wainscoting ni. Di youtube banyak step-by-step diy wainscoting, kebanyakkannya dari luar negara atau omputeh. Memang seriously macam senang jer diorang buat.

Diy wainscoting di Malaysia kebanyakkannya aku baca di blog-blog. Nampak gaya macam tak berapa senang. Huhuhu... Especially part nak kena potong kayu serong-serong untuk frame.

Baca kat blog-blog, ada yang kata sampai luka-luka tangan sebab potong kayu pakai gergaji. Kalau nak beli mesin potong kayu tu, mahal dan tak berbaloi! Atau mungkin kena bawak gi kedai, upah untuk potong kayu jer. Hmmmm...

Tapi aku tetap decide nak cuba diy juga! Yang penting jimat kos!

I can do it!

💪💪

Kira dan design dinding atas kertas

So dah tahu design mana aku nak. Sebelum cari kayu, mestilah kira dulu, berapa panjang kayu nak beli, kayu yang macam mana nak beli, bentuk kayu.

Gigihlah aku mengira.

Nak tahu macam mana kiraan untuk frame wainscoting ni? Nanti aku share dalam post yang lain ye.

Tapi kalau korang nak mintak quotation dari supplier, boleh bagi panjang dinding jer. Tak perlu detail sangat.

Aku kira ni memula sebab tak tahu macam mana diorang kira quotation diorang. Ingatkan diorang kira ikut saiz kayu ke cam ner kan. Lagipun aku nak frame macam yang aku nak. Ngader kan? Huhuhu...

Cari pembekal kayu dan harga untuk wainscoting

Ok. Memula aku cari pembekal kayu wainscoting di sekitar Nilai. Macam tak der! Sumer kedai kayu dan kedai hardware tak der jual kayu wainscoting. Ada yang tak tau pun kayu wainscoting tu apa! Huhuhu... Kecewa!

Aku cari kat sekitar office, ada jumpa kat kedai hardware CSM. Tapi ada 2 jenis patern jer, pastu stok pun tak cukup. Harga mahal sikit dari kat kedai kayu biasa, yang aku tengok kat blog-blog. Tapi aku memang tak jumpa kedai kayu yang jual kayu wainscoting ni.

Pastu aku cari online.... Hmmmm... masa ni aku mula terjumpa pre-diy wainscoting. Pre-diy maksudnya, diorang jual kayu wainscoting dah siap potong ikut ukuran yang kita nak. So, kita tinggal install jer. Tapi diorang tak panggil pre-diy, diorang panggil diy wainscoting gak.

Aku dapatkan beberapa quotation.

Harga diorang kira ikut lebar wall, ikut kaki. Terkejut jugak tengok harga sebab memang berdabal-dabal dari cari kayu sendiri.

Ada satu supplier ni murah, tapi customer service dia tak bagus. Dia jawab, bagi harga untuk saiz wall yang aku bagi. Saiz frame dia tak ikut yang kita nak sebab dia ada pakej-pakej dia sendiri. Tapi bila tanya material wainscoting dan saiz frame dia tak jawab.

Hmmmm... kecewa... naper tak jawab?

Supplier kedua, harga dia tinggi sikit dari supplier pertama, tapi customer service dia bagus. Semua pertanyaan aku dia jawab. Dan frame dia boleh buat ikut ukuran yang aku nak.

Supplier ketiga, agak murah jugak dan agak bagus gak customer service dia tapi dia kat JB. So, ada kos tambahan untuk penghantaran yang agak tinggi jugak.

Kos untuk diy wainscoting ni antara RM40-RM60 sekaki bergantung kepada pattern yang kita nak.

Mahal jugak kan?

Kalau beli kayu kat kedai, harga kurang dari RM30 untuk 8 kaki.

Pastu aku ada tanya jugak beberapa kontraktor untuk pasangkan terus wainscoting. Means aku bayar jer, diorang pasang. Harganya antara RM100-RM150 sekaki. Lagi mahal!

So, lepas kira-kira, lepas pikir-pikir... bincang dengan enche Neezam... kalau memang nak buat sendiri dari scratch... kena cari kayu sendiri, potong sendiri, licinkan kayu sendiri, undercoat kayu sendiri... pastu nak cari barang-barang diy macam gergaji, alat pengukur sudut dan lain-lain... hmmm... banyak jugak effort, masa dan belanja.

(Gambar google)

So, aku decided untuk ambik pre-diy, supplier yang kedua. Kayu dah siap potong. Agak mahal sikit tapi aku yakin dia ok dan yang penting dia boleh buat ikut frame yang aku nak. Aku pun jelas dengan setiap penjelasan dan jawapan yang dia berikan pada setiap persoalan aku. Based kat Rawang. Siapa pembekal yang aku ambik?

Ada yang nak tau ker?

Soalan-soalan dan maklumat yang perlu untuk mencari pembekal

Sekarang senang... whatsapp jer kat supplier.

Korang kena tanya diorang...

[1] Tentulah harga. Harga diorang biasanya ikut kaki, panjang dinding. Pastu kalau kat dinding tu ada tingkap, bagitau dengan jelas. Bagitau jenis wainscoting yang korang nak. Kalau ada contoh atau gambar design lagi bagus.

[2] Apa material wainscoting yang diorang gunakan? Ada yang murah, diorang tak guna kayu tapi guna plastik atau polystryrene. Aku prefer kayu. Kayu wainscoting yang bagus ialah dari jenis nyatoh.

[3] Kayu dah undercoat ke tak? Undercoat maksudnya dah dicat selapis warna putih.

[4] Selain kayu, apa lagi alatan yang diorang provide? Ye lah... kalau boleh, tak nak lah kena beli alatan tambahan kan. Nanti kos lagi. Huhuhu...

Ni yang supplier aku kasi.

👇

[5] Ada warranty tak? Huhuhu... Ni yang aku lupa tanya. Tapi setakat ni, aku tengok kayu ok. Tak der retak ke, pecah ke...

[6] Jangka masa boleh dapat kayu. So, lepas buat pembayaran 50%, supplier terus sediakan kayu mengikut spesifikasi yang aku beri. Tak sampai seminggu, aku dah dapat kayu! Lengkap dengan manual dan peralatan-peralatan yang dijanjikan.

So, sekarang ni aku sedang gigih berdiy bersambil-sambil. Huhuhu... Maksudnya... curi-curi masa buat wainscoting, sambil buat kerja rumah, sambil memasak, sambil sidai baju, sambil mengajar Niesreena, sambil jaga anak. Huhuhu... Tak per... Biar lambat, asal siap. Aku nak buat sendiri. Tak moh enche Neezam buat. Takut tak puas hati. Huhuhu...

Setakat ni baru siapkan 4 frame. Minggu depan Niesreena trial UPSR. So, hujung minggu ni nak kena fokus kat Niesreena. Next weeklah baru hadap semula.

#diy🔨 #diningarea #wainscoting#goodluckformyself💪
#goodluckniesreena😘

17 comments :

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
princess ain ♥ said...

Salam dear, boleh share contact number that pembekal? Thank you. :)

husna said...

salam..boleh saya tau no contact supplier rawang tu?

littlecuppies said...

assalam.if x keberatan boleh share x contact no supplier pre diy wainscoating tu sis?

Asmidd said...

Boleh mintak no. Telefon supplier no.2 tu tak puan? Saya pon berminat untuk DIY wainscoting ni. Tq😊

Unknown said...

Boleh tau nama supplier yg puan ambik tu?

Siti said...

Bole dpt kan no supplier yang awak guna??

Fatah Abdul said...

Salam.. Boleh dptkan contact no supplier?

Unknown said...

Salam.boleh saya dapatkan no supplier?

Unknown said...

salam boss. ada no supplier tu tak. bagus la dia bagi semua equipment

Unknown said...

Salam sis.. Blh share x no telefon supplier diy wainscoating yg sis beli tu?

Roslan wainscoating melaka said...

Saya buat wainscoating area melaka, kl. Harga maaf cakapla. Mmg affordable. #BMF.

back to top