Dak sorang ni... bayang-bayang mama yang paling comel.
Pantang nampak mama mesti nak ikut. Eh... bukan setakat kalau nampak aku jer nak ikut tapi kalau dengar suara aku pun dia dah jerit-jerit nak cari aku.
Setiap hari, baby Neeyaz akan sampai rumah selepas aku sampai rumah. Memang baby Neeyaz balik lambat dengan enche Neezam. Sempatlah aku masak dulu.
Baby Neeyaz, kalau dah sampai rumah mesti cari aku. Tengok muka dia... Ya Allah! Memang bersinar-sinar mata dia bila nampak kelibat aku. Huhuhu...
Nampak tak... tak sabar nak sampai kat mama dia. Kalau boleh nak terus terbang.
Haaa... bila dah dapat mama dia... memang dia tak lepas lah! Menepek jer lah sampailah dia tidur. Huhuhu... Sebab tu aku kata... dialah bayang-bayang aku....
Sebab tu lah jugak, setiap hari, tepat pukul 5 petang, aku kena tinggalkan office. Sign out kat opis, sign in kat rumah plak. Cepat-cepat masak dan mandi sebelum baby Neeyaz balik. Sebab kalau dia dah balik, memang dia tak nak lepas aku dah. Nak buat apa pun tak boleh. Baby Neeyaz suka tengok aku melengkar jer macam ular sawa. Baring-baring melayan dia. Pastu dokong.
Waktu aku solat, pun dia pun nak solat atas sejadah aku. Huhuhu...
Apa jer lah baby... Mama redho... Mama suka... Mama sayang Neeyaz sesangat!
No comments :
Post a Comment